Monday, March 26, 2012

AZAN - PANGGILAN YANG DISAHUT MANUSIA PELUSUK DUNIA

Surau Seksyen 3, Shah Alam adalah antara surau yang agak menjadi tumpuan ramai disebabkan kedudukannya yang amat berdekatan dengan kedai-kedai makan yang ada di Seksyen 3. Sederhana besar dan chanteq juga binaannya sejak dibuat pengubahsuaian. Dan seperti biasa, jemaah waktu solat Zohor di sini agak ramai juga bilangan saf... kadang-kadang sampai 3 barisan. Bagi 'peminat' kedai mamak seperti saya ni... kedai mamak yang amat berhampiran dengan surau ni, memang sentiasa menjadi tumpuan saya. Nak park kereta senang... dalam kawasan surau. Sebab free hahaha... tapi hulur-hulur la duit kat tabung besi surau tu beb bila nak keluar kan... dari masukkan duit kat parking berbayar kat luar tu dan maintenance jalan tahapahapa sekarang ni kat Shah Alam (ayat tak puashati hahaha... tukarrrrrr).

Tapi ni bukan pasal cerita surau der... ceramah agama bukan, motivasi jauh sekali. Ini tentang kisah kehidupan... sedikit sketsa perjalanan hidup seorang insan yang juga ada hak di bumi Allah ini. Sketsa yang sedikit mengingatkan saya...



.......... ingatkan saya hebat dah, rupanya ada orang lagi hebat



Tatkala saya memberikan salam kedua seusai solat sunat... saya saksikan seorang lelaki berkopiah mengesut bergerak menggunakan kedua-dua belah tangannya kerana kedua-dua kakinya tiada... beliau kudung. Benar... kudung sekudungnya hingga pangkal. Bersama-sama dengan kami yang sempurna tubuh badan (mudah-mudahan akal fikiran juga)... berjemaah menghadap Allah.


............... solat dalam keadaan insaf dan syukur, memang amat besar nikmatnya


Selesai solat sunat... doa saya panjatkan kepada kedua ibubapa dan mertua, juga buat seluruh muslimin muslimat... lebih-lebih lagi untuk diri sendiri :). Jejak kaki saya terhenti seketika apabila melangkah keluar dari dewan solat surau. Lelaki kudung tadi ada di ruang depan... di depannya beliau hamparkan lapik yang menjual minyak wangi...


Saya hulurkan RM10... dengan niat hadiah kepada beliau atas susah payah menyusun botol-botol minyak wangi ini dengan susunan 'seni'. Amat teliti beliau meletakkan kedudukan dan jarak botol-botol itu... lurus dan berdimensi. Wangi minyak kasturi ni... dan mata saya tertumpu ke placard yang ada di sebelah...


Sekali lagi... mata saya bukanlah tertumpu pasal isikandung tulisan tu. Cuba perhatikan tulisannya... chanteq dan... 'SENI'.



........... saya memang seorang peminat seni lukisan dan fotografi



Bukan itu sahaja yang membuatkan saya kagum... hati seni beliau memang membuatkan saya 'irihati', apatah lagi melihat tulisan yang chanteq. Namun kekaguman saya bertambah apabila melihat hasil kerja beliau...


Seriously... ini satu hasil kerja yang amat baik, walaupun belum siap sepenuhnya. Kalau sesiapa pernah bekerja di mana-mana syarikat korporat atau pernah mengikuti kursus-kursus motivasi... tentu familiar dengan peralatan tulisan seperti crayon, marker pen, pen basah, pen kering, pensil... lelaki ni menggunakan semua itu untuk menghasilkan lukisan. Saya katakan lagi... ini satu lukisan yang chanteq, saya tahu kerana saya pernah menjadi 'perantara' untuk membeli beberapa lukisan yang berharga puluhan ribu ringgit.

'Abang kalau nak lukisan ni, datang lepas Asar... insyAllah siap nanti'. Aduhhh... bukan rezeki saya untuk memiliki lukisan sechanteq ini yang cuma berharga RM30.... itulah yang dia beritahu saya... RM30. Sukar sebenarnya hendak menentukan harga sesebuah lukisan... sebagai 'perantara' pembeli dan penjual... saya tahu nilai sesebuah lukisan. Dan hasil kerjatangan lelaki ini... lebih dari RM30.

Cuak juga nak ambil gambar. 'Saya beli minyak wangi ni dan ambil gambar boleh ke... nak tulis dalam blog'. Inilah yang sempat saya rakamkan aksi beliau...


Yup... beliau bergerak menggunakan skateboard, sama seperti budak-budak yang main di Extreme Park, Seksyen 13. But brader ni... way too cool kalau nak compare dengan budak-budak skater tu. Hahahaha sorry boys... nanti abang snap gambar aksi-aksi terlentang kuak dada korang... one fine day.


............ 'kalau abang nak lukisan ni, saya simpankan sampai Asar nanti'.


Sampai sekarang saya rasa terkilan sebab tak dapat lukisan tu... hal ke sana-sini, terlupa nak solat di Surau Seksyen 3... bukan rezeki saya.

'Saya ada facebook, kalau nak tengok lukisan yang pernah saya buat... add fren saya'. Beliau keluarkan sekeping kertas, lipatnya elok-elok dan dikoyakkan 4 segi semata-mata hendak menuliskan facebook name dia...


... jadi, bagi sesiapa yang ingin add fren brader Dasuki ni... silakan add.





................ saya masih lagi 'irihati' dengan kebolehan senilukis lelaki ini, sepertimana saya 'irihati' dengan rakan-rakan yang begitu berbakat dalam lukisan dan fotografi.




Selamat majujaya kawan... kebolehan lelaki ini benar-benar 'membutakan' mata saya untuk menyedari bahawa beliau sebenarnya seorang yang kudung kedua-dua kaki.

Allahu Akbar... selawat dan salam kepada Rasulullah. Semoga Allah kurniakan Ar-Raudhah kepada kedua ibubapa kita semua.
Read more

Sunday, January 1, 2012

MELAKA: APA NAK BUAT DALAM SEHARI?

Melaka sekarang ini telah menjadi lokasi pelancong yang paling kerap dikunjungi, bukan sahaja di musim cuti sekolah malahan pada cuti hujung minggu... memang padat. Bayangkan, kita perlu tahan sabar untuk memandu dari tol Ayer Keroh ke Bandar Hilir... adakalanya hampir 40 min - 1 jam. Mana taknya... bersusun kenderaan menuju ke destinasi yang sama... BANDAR MELAKA. Walhal, pada hari-hari lain, ianya hanya mengambil masa kurang dari setengah jam.

Apapun, tahniah kepada Ketua Menteri Melaka dan hulubalangnya yang pada hemat saya telah menjalankan tugas dengan amat baik, menjadikan Melaka lokasi pelancongan yang semakin menarik saban tahun... ditambah pula dengan orang Melaka yang memang terkenal dengan ramah-tamahnya.

... tapi, apa yang kita boleh dibuat dalam sehari? Mungkin ada yang sampai sahaja ke Melaka... check-in hotel, lepak baring-baring melepaskan lelah dan silap-silap dah nak petang baru la sibuk nak pergi cari tempat makan. Lepas makan yang kadang-kadang hingga agak lewat malam... kemudian terus balik ke hotel semula untuk tidur.

Rugi beb, datang jauh-jauh lepas tu setakat layan ikan bakar kat Umbai dan... tidur kekenyangan. Meh saya bagi sakjesion... terutamanya bagi yang datang dari Lembah Klang, yang cuma sempat nak luangkan masa hanya sehari semalam cuti hujung minggu.

Ok, dari Shah Alam (contoh paling best hahahaha)... keluar dalam pukul 8am. Tapi sarapan la dulu dekat Geylang Kopitiam ke, PappaRich Seks 13 ke... atau mana-mana la yang sesuai untuk lapik perut perjalanan 2 jam ke Melaka. Makanan dekat R&R highway tu... confirm kurang sedap hahaha. Gedebak gedebuk lepas sarapan bagai, saya rasa bolehlah sampai kat Ayer Keroh tu dalam pukul 11am. Nak check in kat hotel... pukul 2pm baru line clear beb, takkan nak terkedek-kedek kat lobby hotel tunggu kunci.

Nak makan asam pedas awal sangat... silap-silap belum siap lagi. So, park je kereta kat area dekat-dekat Mahkota Parade atau Dataran Pahlawan. Lepas tu boleh la berjalan hala ke Kota Melaka, area situ banyak tempat sejarah untuk bergambar. Malas nak jalan? Believe me beb, walking is much better than driving dekat-dekat sini... jem. Lagipun memang tak terasa sangat berjalan... khayal tengok orang dan bergambar. Lapar... no problem, tahan sket la untuk belasah asam pedas nanti.

Ni dia.... ais kacang kat sebelah Sungai Melaka, depan bangunan merah Belanda tu...






Kamon... takkan korang nak makan heavy sebelum lunch kan... layan ais kacang dengan ABC aiskrim la dulu...






ABC tak cukup? Takde hal dowh... sebelah stall tu ada brader jual kuih, panas-panas lagi...






Kadang-kadang kena tunggu la kalau nak tempat duduk... tapi makanan pun ringkaskan, makan berdiri pun no hal. Tapi memang enjoy la sambil tengok telatah pelancong yang lalu-lalang.

Lepas pekena ni, kat tepi tu je boleh layan view yang menarik macam kat Venice dan Belanda... korang tak percaya, layan nih...













Korang boleh berjalan hala ke atas... view memang menarik dan menyamankan. Mana korang nak cari view ni kat tempat lain. Kalau jalan hala ke bawah sampai ke simpang nak ke area Jonker's Street, kita akan jumpa replika kincir air... berdepan dengan Hotel Casa Del Rio. Hala ke hujung tu ialah tempat port feri yang membolehkan kita menikmati pengalaman Sungai Melaka dan juga terletaknya replika kapal Portugis yang terkenal tu.







Saya rasa kalau setakat pusing-pusing jalan di sini je akan mengambil masa hampir sejam atau lebih sedikit.

Sekarang... jam dah dekat pukul 12.30pm... makan lunch time, kenalah jalan balik ke tempat letak kereta. Mana lagi kalau bukan asam pedas Melaka... wajib tu. Ada beberapa pilihan. Pertama, di kedai corner lot bersebelahan Pahlawan Walk dekat Mahkota Parade tu (lupa nama kedai). Kedua, juga sebuah kedai selang satu blok dari sini... juga di corner lot blok. Dan, ketiga... ini yang nak cerita... kena drive la sikit dalam 10-15 minit ke Jalan Ujong Pasir. Nama kedai ni Perhentian Kuih Tradisional... betul-betul sebelah Hotel Arenna De Lux.

Meh tengok...






Sempoi je kedai ni...


























Hidangannya simple je... dengan nasi putih, timun dan telur masin. Tu je, tapi asam pedas Jenahak atas tu... memang sedap. Asam pedas Melaka ni cair sedikit tapi memang terasa la... i loike :).






Kuih ni pun murah... macam-macam jenis ada.

Korang layan la makan kat sini pelan-pelan sampai nak pukul 2pm. Parking ada kat seberang jalan dan kalau nasib tak berapa baik... tempat duduk takde. So, datang awal sikit dalam pukul 12pm kalau nak selesa makan.

Habis makan, boleh la check-in hotel dan rehat sekejap. Tapi pukul 4pm kena keluar beb... boleh la jamak solat tu. Malam confirm semua orang nak layan seafood kat area Umbai/Pernu... Kedai Makan Laksamana... kena sampai kat sini dalam pukul 6.30pm, kalau datang lepas pukul 8pm... nasib-nasiblah kalau ada tempat kosong. Tak jauh dari Bandar Melaka... dalam 20 minit memandu ikut Jalan Ujong Pasir menghala ke Umbai.

Nak makan apa sini... suka korang la pilih ikan :)

























Kepah beb... hehehe sedap ni masak black pepper





















Rasanya dalam pukul 8pm habis makan kot... hahahaha. Tepi laut der... sambil nikmati dan ambil gambar... rugilah datang jauh-jauh takde gambar.












Ok, habis ni... boleh terus balik ke hotel. Tapi, sebelum tu singgah dulu dekat area replika kapal Portugis tu untuk ambil gambar waktu malam. Kamon la... malam masih muda, takkan nak balik bilik kan...
















Memang meriah kat sini. Dan kalau larat... boleh berjalan dalam 10 minit hala ke Jonker's Walk. Area ni ada konsep pasar malam dan deretan kedai-kedai pra merdeka yang cantik. Sori la beb tak dapat ambil gambar malam tu sebab hujan. Sempat masuk Hardrock Shop je... Hardrock Cafe sedang dalam proses renovasi untuk dibuka pada awal tahun 2012.











Dulu la... beberapa tahun dulu... rambut wa pun macam brader sebelah tu dowh. Sekarang, style imam muda hahahaha.

Habis layan Jonker's Street ni... boleh la balik bilik, jam pun sudah hampir pukul 10.30pm. Ok kan untuk percutian sehari... esoknya check out pukul 11am dan sempat lagi layan asam pedas untuk lunch sebelum drive balik ke Shah Alam.

Bukan susah pun nak menikmati keindahan negara sendiri... pilihan kita :)

SELAMAT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA... semoga tahun ini memberikan harapan baru kepada semua dan dimakbulkan segala doa... amin
Read more

Monday, December 19, 2011

10 MINIT TUNGGU LAMB KHABSA

Musim hujan sekarang ni, teringin pulak nak try makanan Arab... Lamb Khabsa di Zam-Zam Arabic Restaurant. Sambil-sambil menunggu ni, menulis la kejap apa yang patut. Teringat pulak trip ke Mesir tahun lepas... trip yang benar-benar mencabar dan menyeronokkan.

... baru nak tulis, tau-tau dah siap la pulak 'takeaway' nih. Maybe next time, bila ada masa yang amat sesuai... saya akan tulis tentang pengalaman 'mengembara' di bumi Mesir. Memang amat panjang kalau nak menceritakannya di waktu yang singkat nih... sepanjang sejarah Mesir itu sendiri.

Apapun, Lamb Khabsa dah siap dibungkus... kita jumpa dilain waktu. Sementara itu, nikmatilah pemandangan yang saya ambil semasa berada di Sungai Nil... sungai yang panjang kisah sejarahnya.









... jangan main hujan, nanti demam :)
Read more

Tuesday, December 13, 2011

NASI LEMAK 1.0 -VERSI MALAYA

Saya kira tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang tidak mengenali nasi lemak. Antara makanan ringkas yang paling digemari dan murah harganya. Semasa di sekolah rendah dahulu, pasti ada kelibat anak-anak kecil yang berjalan di taman-taman perumahan, mengusung bakul yang berisi nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang dan suratkhabar. Pada hemat saya, mereka ini adalah anak-anak dari keluarga yang miskin yang mengambil peluang menjual nasi lemak bagi membantu keluarga. Memang murah pada masa tu, semurah RM0.50 sahaja sebungkus. Nasi lemak, sambal yang diletak atas potongan daun pisang dan telur rebus suku size.... nampak memang amat ringkas tapi puas makan. Kadang-kadang tu sampai 2 bungkus sekali bedal hehehe.

Kena kalau nasi lemak yang dijual tu, kita dah pernah test... memang tunggu di jalan masuk taman beb. Kalau nak tunggu dia sampai kat rumah kita yang terletak di hujung taman... kirim salam je la. Ada juga yang jual pada harga RM1 sebungkus... semua jadi double la, telur rebus tu pun dapat setengah dan siap timun lebih pulak tu. Dan memang puas makan sampai kadang-kadang tu buat bekal ke sekolah.

Rata-rata pada zaman tu, pendapatan setiap keluarga tidaklah mewah... jadi, nasi lemak bungkus memang sesuatu yang amat dinikmati. Tapi itu dululah... sekarang ni, hidangan nasi lemak yang sama... sampai RM10 sepinggan pun ada. Macam-macam ada dalam tu... ayam, sotong, ikan kering... saya tak minat sangat. Dah tak rasa macam makan nasi lemak... dah macam lauk campur. Saya masih lagi menggemari nasi lemak yang dijual seperti dulu... dibungkus dalam kertas suratkhabar beralaskan daun pisang. Kadang-kadang rasa agak janggal makan nasi lemak dalam pinggan walaupun dah banyak kali berbuat demikian.




Mungkin ada perkara tertentu lebih elok dibiarkan seperti dulu walaupun harga tidak semurah dulu. Dan kadang-kadang tu sanggup bangun awal pagi memandu sejauh 20-30 minit, semata-mata hendak makan nasi lemak yang biasa dimakan waktu sekolah dulu... yang dijual di kaki lima kedai.

... mungkin juga ada perkara tertentu lebih elok jika dibiarkan sedemikian seperti dulu... tak perlu 2.0, tak perlu inovasi, tak perlu rebranding... biarlah seadanya :).
Read more

Friday, December 9, 2011

CIMBCLICKS - BILA KLIK KENA TIPU

Dear Customer!

Your Online account has been subjected to compulsory update to secure it from electronic fraud.
Please Click Here to update.


Thank you & have a good day ahead!

Warm Regards
CIMB Team

Hari ni saya terima email di atas yang tertera sender Cimbclicks.com... tiba-tiba suruh saya update akaun online, padahal saya tak guna langsung akaun online CIMB. Bila musykil bersarang kat kepala ni, saya cubalah klik 'Click Here' dan terus redirect ke website cimb.com... ok, that is cool, mungkin betullah kot website cimb. Kebiasaannya, saya akan semak address website ni di kolum atas sekali page website tu dan beginilah rupanya...






Message email yang saya terima dari sender... CIMB Clicks, macam real beb





Beginilah redirect website tu... cuba perhatikan address di atas yang menggunakan http://cimbclicks.com.my.pcdlog.com/ibk/selection.......

.......... betul ke website nih?!!!

Saya pun gagau la ke website official CIMB dan lain pulak feature website tu walaupun nampak macam hampir-hampir sama...






Website CIMB menggunakan secured address iaitu https://www.cimbclicks.com.my/ibk/ ... memang lain beb, cuba perhatikan betul-betul.

Saya yakin email yang saya terima itu dihantar oleh sindiket secara rambang. Apatah lagi apabila rediect page tu, terus minta kita berikan userID dan password... sedangkan website cimb yang sebenarnya tidak minta password. Jadi, sebelum tangan tu gatal nak tekan bagi password... semak official website cimbclicks.com.my atau telefonlah mana-mana cawangan cimb untuk mendapatkan pengesahan. Silap-silap bagi password, lesap semua duit gaji nanti beb.

So, hati-hatilah semua... semua orang nak kaya mudah sekarang ni.
Read more

Thursday, December 8, 2011

KITA TIDAK DILAHIRKAN UNTUK HIDUP SELAMANYA

Alhamdulillah, di Malaysia ini jika kita ke pelusuk mana sekalipun... apabila tiba waktu solat, kita masih boleh mendengar laungan azan yang menandakan wajibnya kita meninggalkan segalanya sebentar untuk kita dirikan solat. Bukan lama pun tempoh untuk melakukannya, dalam 10 minit sahaja. Dan di Shah Alam ini, di beberapa tempat tertentu... kita boleh mendengar azan yang adakalanya dari 2,3 tempat sekaligus. Maklumlah, hampir setiap taman perumahan mempunyai surau... kita boleh saksikan sendiri bersusun kereta di bahu jalan apabila pemandunya berhenti sebentar untuk solat.





Ada yang memilih untuk solat berjemaah dan ada juga yang lebih selesa solat bersendirian... ikut masing-masing la, jangan solat 'takyah' sudah.





Sejuk hati melihat anak-anak ini membaca Al-Quran sementara menunggu tibanya waktu solat. Teringat di zaman kanak-kanak dulu apabila saya sering ikut arwah abah ke surau di quarters Istana Klang. Dan saya perhatikan didikan agama peringkat awal ini amat subur di Shah Alam... alhamdulillah.

Pernah juga saya melihat di Masjid TUDM Subang, semasa solat Jumaat... seorang lelaki yang kudung kedua-dua kakinya, datang untuk bersolat Jumaat dengan menaiki 'skateboard'. Sama seperti skateboard yang digunakan oleh budak-budak skater boys di Extreme Park, Shah Alam. Beliau menggunakan kedua-dua tangannya untuk menggerakkan skateboard tersebut dengan bag sandang di belakang.

... rasa sedih ada, bangga pun ada melihat saudara seagama yang begitu menghargai solat Jumaat.

Dan banyak kali juga saya lihat di Masjid Negeri Shah Alam, beberapa lelaki yang cacat penglihatannya... jalan berpimpinan satu sama lain menuju ke dewan solat. Dan agak terharu menyaksikan apabila mereka berada di antara 7 saf hadapan.

Itu juga yang saya saksikan hari ini semasa solat Asar di Masjid Negeri Shah Alam, dua orang pemuda yang rabun/cacat penglihatan bersolat di saf paling hadapan. Perasaan saya agak bercampurbaur apabila melihat mereka... cuma mampu berdoa agar saya bersyukur dengan sepasang mata yang dipinjamkan untuk sementara waktu ini. Tak dapat saya bayangkan jika kehilangannya di waktu saya sudah amat terlalu selesa memilikinya, ditambah pula dengan hobi saya yang amat meminati fotografi.

Namun kelebihan mata yang saya miliki ini kadangkala 'menyeksa diri'. Setibanya saya ke tempat letak kereta setelah selesai solat asar tadi, sebuah kereta yang cuma terletak selang beberapa buah kereta... pecah cermin pintu belakangnya. Amat jelas ianya seperti dipecahkan oleh seseorang yang mahu mengambil barang di tempat duduk belakang.

MALU kerana ianya berlaku di tempat letak kereta di dalam kawasan masjid.

MALU kerana ianya berlaku di kala umat Islam sedang menunaikan solat.

MALU kerana ianya pasti dilakukan oleh seseorang yang ada mata celik seperti saya... yang boleh melihat dan menikmati pemandangan sebaliknya digunakan untuk 'rekki' kereta orang kot-kot ada barang berharga yang boleh disonglap.

... bukan lama pun hidup ni kan.
Read more

Wednesday, December 7, 2011

MBO CINEMA - PANGGUNG WAYANG PERTAMA DI SHAH ALAM

Suatu ketika dulu, panggung wayang tidak dibenarkan berada di dalam bandar Shah Alam. Saya agak kurang pasti apakah ada sebarang larangan bertulis tentang perkara ini, namun sekarang panggung wayang berjenama MBO telah pun memulakan operasi tayangannya di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam. Mungkin kedudukan Bukit Jelutong ini yang terletak agak berjauhan dari Pusat Bandar Shah Alam, maka kehadiran panggung wayang ini tidak begitu dirasai oleh sebahagian besar penduduk Shah Alam. Apatah lagi panggung wayang di Bukit Raja, Klang dan MBO Cinema di Subang Parade, Subang Jaya adalah lebih dekat jaraknya bagi sebahagian besar penduduk Shah Alam.

Terpulanglah kepada penerimaan masing-masing terhadap kewujudan panggung wayang ni di Shah Alam. Bagi saya yang boleh dikatakan agak 'kaki wayang' ni, saya menghargainya kerana agak berdekatan dengan rumah. Kepada sesiapa jua, bila ke panggung wayang ni 'tengok wayang'... bukan 'buat wayang' sendiri kat dalam tu haha. Just behave politely and treat this place as a 'tempat liburan keluarga'.

Di mana Space U8, Bukit Jelutong ni... google sendiri la beb haha. Dan MBO Cinema ni berada di tingkat 3 (Dengar khabar Shalin's Bowl pun mungkin dibuka berdekatan dengan MBO)... orait la tu kan. Filem versi 3D pun ada beb... harga tiket double sket la.

So, meh kita tengok...






Masuk je, kita akan nampak logo ni di feature wall MBO. Seriously, saya jangkakan posisi ini akan menjadi tempat yang paling sesuai untuk bergambar :)





Di entrance juga, ada display panel yang agak retro... cara pamer secara non-digital.





Layan Ombak Rindu beb hari tu... hahahaha. Orang kata la dulu saya macam Aaron Aziz, la ni saling tak tumpah macam Haron Mahfiz dalam citer Anak Bapak.... hahahaha, orang kata la, bukan saya kata.





Di ruang legar MBO, ada kaunter menjual makanan... macam-macam ada.





Ni la lebih kurang kedudukan seat dalam bilik yang paling besar... Cinema No. 7. Ada pilihan untuk 'couple seat'... korang jangan ingat seats ni tempat buat drama pulak. Cuma ada orang tertentu prefer privacy bila pergi menonton berdua... especially laki bini. Tiket normal RM10 kot, so sapa nak couple seat ni... kena tambah singgit la beb. Apa sangat la kan... selesa la untuk saya yang kaki panjang nih.





Ni dia menu yang ada... pilih.

Selamat menonton guys... boleh la Ombak Rindu tu, buat layan jiwa. 'Tuhannnn, tolong lembutkan hatinyaaaaaaa'.... pergh, suara cam Hafiz AF beb... hahaha.
Read more

Monday, December 5, 2011

GRAFITI - ARTIS JALANAN

Kebetulan hari ni saya ke Seksyen 2, Shah Alam... tempat di mana bertahun-tahun saya habiskan masa belajar di ITM. Dah banyak berubah tempat ni... gerai-gerai lama tempat kami lepak dulu lepas kelas, sekarang telah bertukar wajah... lebih teratur dan bersih. Namun kedai-kedai lama masih ada di situ. Dan di satu sudut dinding kedai yang menghadap asrama... saya saksikan sesuatu yang sememangnya menjadi minat saya sejak kecil... LUKISAN. Grafiti di dinding yang dilukis oleh entah siapa benar-benar menarik perhatian saya... sangat chanteq.











Kedua-dua lukisan di dinding ni bukanlah hakmilik saya... saya cuma mahu abadikan di sini. Sebelum ianya dicat semula oleh pemilik kedai atau dicemari oleh pelukis-pelukis lain... saya mahu gambar ini dirakamkan dan direkod untuk tatapan sesiapa jua yang menghargai seni. Apapun, saya amat mengagumi kedua-dua lukisan ini... memang chanteq. Tahniah la kepada sesiapa yang melukisnya.

Nota: Grafiti di atas bukanlah hakmilik penulis, diminta tidak digunakan semula untuk apa-apa tujuan.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...