Monday, May 30, 2011

TEKSI KITA, BUDAYA KITA

preview
Gambar: amirizzat.com Hari ini saya mencatatkan sejarah sekali lagi... menggunakan pengangkutan awam, TEKSI. Kali terakhir saya menggunakannya pada tahun 1993 kot... masa tu saya jalani latihan praktikal sebagai juruaudit dan kena travel satu Malaysia. Nak layan dengan motor Yamaha RXZ sampai Johor dan Kedah... tanggal rantai beb. Hari ni hantar kereta Mrs untuk service, macha centre bagitau kena tinggal kereta pulak sebab banyak benda nak kena buat. Nak mintak tolong...
Read more

Monday, May 23, 2011

BUKAN PERKARA BARU TAPI SAYA MASIH TERTANYA-TANYA

preview
Saya kerapkali menduga akal saya akan perkara-perkara yang sememangnya memberikan persoalan... macam Einstein pulak saya, ya memang benar kadang-kadang saya terlalu amat berfikir... hampir dalam semua perkara. Adakalanya perkara tersebut tidak perlu kot untuk difikirkan tetapi setiap kali saya baca apa saja tulisan atau semasa perbualan dengan sesiapa sahaja... beberapa persoalan baru tetap akan timbul. Baru sebentar tadi saya berbual dengan orang rumah saya dan beliau...
Read more

Friday, May 20, 2011

ZAKAT MEMBAWA BERKAT KEPADA SEMUA MANUSIA

preview
Beberapa tahun lalu, apabila pemerintahan kerajaan di Selangor bertukar tangan... suasana agak kelam kabut dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak terlepas dari berbagai dugaan. Pada masa itu, timbul gesaan oleh beberapa pihak malahan dari orang Islam sendiri yang mahukan agar duit zakat yang dikutip oleh Kerajaan Negeri agar dibolehkan untuk dibelanjakan kepada golongan selain Islam secara terus. Kecoh masa tu... tiba-tiba tampuk kerajaan baru bertekad hendak mengubah...
Read more

Monday, May 16, 2011

BELLY'S COTTAGE - NEW 'KEDAI' IN TOWN

preview
Yup, ada sebuah kedai makanan segera baru dibuka di Bukit Jelutong Shah Alam... tak dapat nak ambil gambar dari luar tadi sebab hujan. Kedai ni jual 'western foods'... burger, sandwiches, garlicos, hot chick... itulah antara nama-namanya. Bagi sesiapa yang tak tau di mana Bukit Jelutong, ianya terletak di hujung Shah Alam hala ke jalan Bukit Cherakah dan Kg Melayu Subang... hahaha, takkan la korang tak tau mana haisss. Inilah lebih kurang pintu masuk kedai nih......
Read more

Sunday, May 15, 2011

JIBAM

preview
'Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti'... itulah ayat yang tertera di kulit buku novel berjudul JIBAM yang ditulis oleh Ujang, seorang kartunis yang pernah melukis komik Aku Budak Minang dalam majalah humor GILA-GILA pada tahun 80an. Novel ini bukanlah karya baru, ianya telah lama ditulis dan saya pernah membacanya lama dahulu, buku tersebut saya pinjam dari seorang kawan. Adik saya telah memaklumkan tentang buku ini yang ada dijual di MPH dan kesempatan itu...
Read more

Monday, May 9, 2011

KISAH 4 PAHLAWAN

preview
Tiba-tiba seorang kawan saya hari ini bercerita tentang Hikayat 4 Pahlawan... memang menarik apabila beliau menghuraikannya dalam ertikata tersendiri... pahlawan yang beliau maksudkan adalah jenis-jenis bos yang terdapat di dalam sebuah syarikat. Walaupun saya tidak mampu hendak menceritakannya sebaik mungkin... tapi saya cuba la, kerana huraian beliau secara vokal adalah lebih menarik dari kata-kata berbentuk tulisan. Bos pertama boleh diertikan seperti Laksamana...
Read more

Sunday, May 8, 2011

IPHONE ATAU BLACKBERRY

preview
Suatu ketika dulu apabila telefon mudahalih mula diperkenalkan di Malaysia, tidak ramai pengguna yang mampu memilikinya. Saya masih ingat pada tahun 1985, beberapa orang kawan saya yang lebih dewasa dan telah bekerja menggunakan telefon mudahalih sebesar beg. Telefon itu biasa dipanggil ATUR. Kalau tak silap nombornya bermula dari 011 kot dan menggunakan sistem satelit. Oleh itu masuk la di ceruk rantau mana sekalipun, line memang ada tapi yuran bulanan dan caj panggilan...
Read more

Monday, May 2, 2011

BERIRAMA SENANDUNG SEMALAM... MAKAN LA BEB

preview
Saya berkunjung lagi ke pantai Bagan Lalang, Sepang... apa lagi, makan seafood la beb. Nak mandi laut... hahaha, rasanya last buat macam tu masa kecik-kecik dulu kot... masa pesta bulan Safar. Masa tu memang ada pesta tapi lepas ulama bersepakat pesta bulan Safar haram... tiada lagi acara sedemikian... syirik katanya. So, kita hormati la pandangan ulama... tak payah banyak soal, banyak la acara yang boleh kita jalankan. Ramai juga kawan-kawan minta saya cuba makan...
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...