Saturday, March 20, 2010

LOMPAT PARTI

Ramai juga kawan-kawan yang bertanya kepada saya tentang tindakan sebahagian ahli politik yang 'melompat parti' samada ke parti lawan atau parti bebas (saya tidak pasti samada konsep parti bebas sesuai dalam politik). Jawapan saya agak ringkas... 'tidak bersetuju'. Apabila kita telah memulakan sesuatu perjalanan secara berkumpulan... eloklah sampai ke destinasi bersama-sama juga, walaubagaimana susah sekalipun liku-liku perjalanan tersebut apatah lagi bagi sebuah pakatan yang baru setahun jagung.

Memang benar kita boleh menghuraikan berbagai alasan dan dakwaan bagi menghalalkan tindakan namun saya tetap tidak bersetuju. Ditambah lagi dengan 'membuka pekung' atas nama kebenaran dan keadilan di dalam Parlimen yang sepatutnya membincangkan kepentingan rakyat seperti kita. Memang cerita yang bersifat 'mengata' bisa menarik perhatian ramai namun bagi saya... ianya agak memualkan.

Saya sangkakan setelah YDP Agong menegur semua Ahli Parlimen... perbahasan parlimen kali ini lebih berfokus dan 'people oriented'... sekali lagi ianya amat menghampakan. Perbahasan ala-ala cerita kedai kopi masih lagi berkumandang di dewan parlimen yang mulia. Sampai bila agaknya fenomena begini akan berakhir... itu belum lagi gelagat 'perbarisan keluar dewan' semasa dewan parlimen sedang bersidang yang mana ianya berlaku hampir setiap kali parlimen bersidang... amat memualkan. Cukuplah dengan cara perbahasan ahli parlimen yang kadang-kadang membuatkan kita rakyat Malaysia malu apabila kawan-kawan dari luar negara bertanya apakah kelayakan akademi ahli parlimen Malaysia... jangan la ditambah lagi dengan berbagai drama.

Agaknya bila la saya boleh mendengar parlimen membincangkan...

HOSPITAL DAN KLINIK AWAM YANG BERTARAF KELAS SATU

... apakah kita sanggup melihat rakyat Malaysia jatuh miskin atau dibiarkan mati perlahan-lahan semata-mata berkehendakkan rawatan perubatan yang berkualiti tetapi murah. Mustahil sangat ke untuk menyediakan perkhidmatan sedemikian? Bukankah mereka ahli politik Islam selalu mengatakan mereka memperjuangkan agama dan bangsa? Dan adakah Islam tidak mengajar bahawa menjaga kemakmuran dan keadaan umatnya adalah suatu perbuatan yang dituntut? Saya agak tersinggung apabila membaca ada rakyat yang mati begitu sahaja kerana tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan yang baik. Tak perlulah cari salah sesiapa... usahakan la sesuatu melalui parlimen.

PEMBELAJARAN PRA-SEKOLAH PERCUMA

... bayangkan satu keluarga terpaksa membayar hampir RM400 sebulan untuk seorang anak bagi mendapatkan pembelajaran di taska. Dan bagi menampung perbelanjaan tersebut, si keluarga terpaksa bekerja bagai nak rak tanpa mengira masa dan waktu hingga terpaksa mengupah orang menjaga anak mereka semasa mereka sedang bekerja... dan upah menjaga anak kecil mereka juga boleh menjangkau RM400 sebulan... duit lagi tu. Dan jika banyak sangat upah yang mereka perolehi sehingga melebihi paras pendapatan bercukai... kena bayar cukai pendapatan pulak. Amat tertekan sungguh hidup berkeluarga di Malaysia... dan mereka juga disalahkan apabila masalah sosial anak-anak muda semakin berleluasa.

HARGA BARANG MAKANAN MURAH

... dah jadi macam tebiat pulak, tiap-tiap kali kerajaan umum bonus kepada kakitangan kerajaan, harga barang makanan mesti naik. Kalau harga tak naik, kuantiti makanan dikurangkan. Bayangkan dulu teh tarik jual dalam gelas besar, bila harga naik... saiz gelas dah jadi macam cawan walaupun harganya masih sama. Sudah la isu sumber makanan halal masih tak selesai... harga makanan dah jadi makin mahal setiap 6 bulan. Satu mangkuk bubur pun dah RM3.50 sekarang nih. Esok-esok kalau orang dah tak mampu beli makanan berkhasiat sebab terlalu mahal... apa jadi pada anak-anak yang memerlukan tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas? Makan maggi je la tiap-tiap malam...

PERKHIDMATAN AWAM YANG EFISIEN DAN MURAH

... tak tau bila Malaysia mampu mencapainya dan saya pun bukanlah pakar sangat dalam hal ni sebab jarang sangat guna perkhidmatan awam kecuali kapalterbang (... eksyen). Tapi kesian la kat kawan-kawan kita yang bangun awal pagi berebut-rebut naik komuter dan balik lewat malam juga dalam keadaan berebut-rebut dengan 'pendatang asing'. Bukan semua mampu pakai kereta... nak naik motor pun ramai yang tak berani. Agaknya kalau semua kenderaan awam ada pengiring polis trafik... bangkrap tokeh kereta.

Bilalah agaknya akan muncul insan yang boleh mengingatkan kita kepada Rasulullah... insan yang boleh kita kenali dari perbuatannya yang mulia. Tunggu punya tunggu... yang muncul 'insan' yang ikut sunnah (... katanya) kahwin dengan budak umur 10 dan 11 tahun... amat memualkan. (... lama-lama boleh muntah jugak aku nih, haisssss!!!!)

4 comments:

  1. salam nie aku sokong...

    Kelas Hospital dan klinik bertaraf kelas 1 untuk semua termasuk ubat ubatan- sebab pengalaman aku bawak anak aku g ke hospital kerajaan nie amat la menakutkan..maklumlah masa tu kes denggi la H1N1 la...so kena pergi hospital kerajaan..sampai ke kaunter pendaftaran kena bayar RM2,,,tak apa lah..tunggu la 40 minit..bayangkan la kalau orang tua tua...atau orang yang ada penyakit serius( kekadang orang yang sakit teruk nie malu nak berkeras keras so tunggu je a..)..masuk bilik doktor...duduk kat kerusi depan doktor...tiba tiba kena tegur..' bangun bangun encik..nie tempat saya..encik duduk sana..'la..rupanya satu meja kongsi dua doktor...apasal la jadi mcm nie..dengan fail melambak..kertas bersepah..nurse tengah isi borang cuti pun ada...tak sampai 2 minit..pergi tunggu ubat and ambil ubat...lebih kurang 1jam 30 minit selesai...tapi dia punya enviroment...sedih..sepatutnya..di kaunter pendaftaran tu dibuat satu sistem memudahkan orang ramai...yang selesa dengan ruang yang luas..dan petugas yang ramai..Bilangan doktor pun ditambah dengan ruang yang selesa untuk pesakit...ruang pemeriksaan dan ruang kerja...suasana klinik dan hospital juga perlu dinaiktaraf kepada ruang selesa...apa salahnya letak sofa yang besar dan sedap untuk bersandar...



    Cuma terpikir kekadang kerajaan banyak menghabiskan duit dengan membina projek - projek yang sepatutnya tak payah dibuat..mungkin EPU kena check balik...banyak keperluan untuk rakyat perlu didahulukan dari segi perkhidmatan....

    ReplyDelete
  2. salam..

    politik..politik la..tapi kekadang politik nie menyusahkan orang juga...nak lompat sana la..lompat sini la...kutuk sana kutuk sini tapi kita tak tahu...bila dalam hp lain pulak diaorang nie...last last rakyat jd mangsa..

    doktor doktor malaysia nie ramai tak nak kerja kerajaan sebab gaji skit...sama la perkhidmatan hsopital nie...cuba bg isentif macam polis...dapat rumah...elaun itu naik...gaji itu naik...lepas tu bangunan hospital tu buat la mentaliti mcm swasta skit...susah sgt ker nak beli sofa...nie kalau pergi hospital kat daerah daerah tuh adoi meja pun dah nak reput....staf pon macam malas jer...abis tak ada insentif apa apa ...kerja pun tak semangat...dah la kalau sapa ambik skim doktor..abis jer graduate..gaji start rm 2000 lebih...belajar bagai nak rak...sampai pening kepala kawan tu...cuba bagi insentif untuk doktor katakan gaji permulaan graduate rm 5000.00 3 tahun bekerja dapat rumah ker...and semua peringkat termasuk nurse ke attendan ke merasa...

    and termasuk juga taska...bagi percuma...hehehe anak aku tiga orang...letak sampai petang ...1200.00 sebulan...pampers tak kira lagi...susu tak kira lagi...lain lain lagi...adoiiii

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Aku rasa bercakap dan comment tentang kerajaan ni memang senang. Cakap je apa nak cakap. Kalau ada idea yang bagus pegi lah masuk politik tidak kira parti apapun. Janji boleh ketengahkan idea kita yang bernas. Insyaallah berjaya. Kun fa ya kun. Tapi kenalah follow dulu ketua kita. Sabar bro...Aku kalau boleh nak lawan post Perdana Menteri (ikutkan nafsu)atau Anwar Ibrahim. Tak taulah berjaya ke tak.

    ReplyDelete
  4. 1. Hal membabitkan perubatan untuk rakyat ni sebenarnya tidak memerlukan banyak campurtangan politik. Tidak perlu juga masuk parti untuk membawa idea yang baik kerana dari pengalaman saya, sebarang idea hanya berjalan jika ianya menguntungkan orang politik.

    2. Pelaksanaan sesuatu perkara melalui politik selalunya tidak berjalan kerana ianya lebih berlandaskan retorik bagi menarik perhatian ramai.

    3. Jangan sesekali membuang masa lawan PM atau Anwar... tak berbaloi langsung.

    4. Percayalah... mudah sebenarnya melakukan kebajikan untuk rakyat tanpa campurtangan politik kerana saya telah banyak kali melakukannya... semudah kita menyuarakan pendapat.

    5. Saya amat yakin suatu hari nanti... suara persatuan penduduk akan menjadi lebih 'berkuasa' dari suara parti politik... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...