Thursday, March 11, 2010

HALAL ATAU TIDAK HALAL?

















Agak-agak pening tak kepala kita bila pergi supermarket nak beli barang makanan... setiap pek makanan tersebut ada logo halal yang berlainan dari berbagai authoriti yang mendakwa boleh mengesahkan persijilan halal. Dan di setiap bahagian rak barangan makanan tersebut tidak ada walau satu notis pun samada dari JAKIM atau JAIS yang memaklumkan logo halal yang sah digunapakai di Malaysia.

Di sebalik penguatkuasaan logo halal ni... saya lebih tertarik dengan kempen pengurangan penggunaan barangan plastik oleh Kerajaan Selangor. Di Selangor telah diisytiharkan 'No Plastic Day' untuk setiap hari Sabtu. Pembeli dikenakan bayaran 'khifarah' sebanyak RM0.20 setiap plastik beg yang digunakan pada hari Sabtu jika membeli barang.

Tapi apa JAIS dah buat? Apa usaha Kerajaan Negeri yang turut didokongi oleh PAS menyokong umat Islam membeli makanan yang halal? Begitu juga dengan Kerajaan Persekutuan... adakah sekadar memadai buat tangkapan, keluar dalam media tapi dalam masa yang sama terlalu banyak logo halal yang digunakan di pek-pek makanan.

Rasa-rasanya kalau baca semua blog yang ada... berjela-jela syor yang diberikan oleh rakyat Malaysia tentang penguatkuasaan logo halal ni. Masalah dok lagu tu jugak. Pada ustaz-ustaz yang dok ceramah kat orang pasal janji-janji syurga tu... tangguhkan la kejap ceramah tu (... maklum la dapat duit kan). Gemblengkan la idea dan tenaga bagi memastikan orang yang mereka ceramahkan tu makan makanan yang halal... asyik dok ceramah air liur je suruh orang beringat kalau tak dibantu secara gerakan fizikal... tak ke mana gak ceramah tu kesannya.

... ha apa lagi ustaz, singsing la lengan baju tu turun ke bawah. Asyik dengan henfon je confirm ceramah sana-sini... umat makin teruk gak. Turun ye....

2 comments:

  1. salam...

    Bentangkan akta dalam parlimen and iktiraf penggunaan logo halal JAKIM sahaja..lepas tu JAKIM kena keluarkan satu list kepada semua pasaraya supaya tampal besar besar dekat setiap department makanan produk apa yang mendapat iktiraf JAKIM...mana mana produk yang tak ada logo halal JAKIM asingkan ruang...yang guna logo halal palsu JAKIM kenakan denda dan sita produk tersebut untuk semua pasaraya...termasuk kilang...kalau sita nie pengusaha takut sikit...kalau denda dengan penjara boleh kira lagi...tapi bab bab sita and keluarkan kenyataan akhbar...market boleh merundum...Kalau JAKIM boleh buat logo HALAL nie kuat untuk produk makanan...kita yang pertama kat dunia...Kerajaan yang monitor and keluarkan status halal...and nama JAKIM juga naik...nak buat..buat betul betul....selalu asyik buat ala kadar jer...

    ReplyDelete
  2. 1. Semua pengusaha makanan wajibkan salah satu prosedur untuk dapatkan lesen kena mohon status halal JAKIM di Malaysia...
    2. Semua pengusaha makanan perlu dapatkan kelulusan halal JAKIM sahaja untuk dapatkan status halal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...