Sunday, March 21, 2010

DEY... CAKAP BETUL-BETUL LA


'PILIHANRAYA JIKA LOMPAT'... tu la kata Mr. Karpal Singh hari ni dalam paper dan ditujukan khas kepada semua YB-YB lompat parti. Boleh la dipertimbangkan cadangan Karpal ni dari semua segi tapi kan... apehal baru sekarang nak cakap. Tahun lepas semasa Brother Anwar dok gegar satu negara kata YB-YB Barisan Nasional (BN) nak melompat masuk Pakatan Rakyat (PR)... takde la pulak Mr. Karpal nasihat macam ni... hais.

Setiausaha Publisiti DAP, Theresa Kok pulak kata... 'ramai katak politik yang tidak mengenang budi terhadap parti lama mereka selepas bertindak lompat parti. Mereka yang melompat parti sudah pasti akan tercatat dalam sejarah dan percaya hayat politik individu seperti itu tidak lama'. Akak ni tujukan kata-kata dekat Brother Anwar kot... dulu Anwar BN, sekarang PR. Tapi kalau Theresa boleh 'predict' hayat politik orang lompat parti takkan lama... ape ke hal nya dia sokong Brother Anwar.

Tok Guru Nik Aziz pun menyelar sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain di khalayak umum apabila bertindak keluar parti. Bunyi macam marah anak sindir menantu pun ada. Takpe tok... percaya la PAS telah ada dalam kelasnya yang tersendiri walaupun tanpa parti-parti yang lain.

Apabila Ahli Parlimen Bayan Baru dedahkan dalam parlimen nama-nama YB BN yang nak lompat parti dulu... melompat masing-masing menafikannya. Sampai YDP Agong dan Ketua Angkatan Tentera pun dia dakwa 'terbabit'... suka-suka dia je main dakwa... hek eleh.

Kadang-kadang gelihati pun ada tengok gelagat sebilangan ahli politik... macam pelakon Bollywood. Aksi-aksinya mengalahkan perkara yang sebenarnya berlaku... belum sampai ke destinasi, bunyi ekzos dari jauh dah sampai dulu... pom pom pom kuat bunyinya macam dram tapi dalamnya angin je. Come on la... buat je la kerja masing-masing, takyah la kacau orang lain. Tak payah la heret rakyat dengan permainan politik... esok bila pilihanraya umum datang lagi, tau la kita jalankan tanggungjawab masing-masing, bukan bodoh sangat pun kita ni nak menilai pencapaian kerja YB-YB nih. So buat masa ni sampai ke tarikh tersebut... buat la kerja untuk rakyat yang mengundi anda.

... buat habis duit je beli paper... balik-balik cerita sama yang 'di recycle'... haissss hangin nih.

1 comment:

  1. yeah btol...buat la kerja - kerja untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat...rakyat keluh kesah mohon berikan perkhidmatan awam dan sosial kelas no. 1...tandas pon tak boleh settle...hmmm..takkan asyik nak dptkan perkhidmatan utk poket sendiri...cukup cukup aa tu..dengan rezeki yang ALLAH bagi...err...zakat jangan la pula lupa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...