Thursday, April 30, 2009
Selamat Hari Buruh
Wednesday, April 29, 2009
PRK DUN Penanti
Thursday, February 26, 2009
Daulat Tuanku
FROM STAR ONLINE By: Wani Muthiah & Edward Rajendra
SHAH ALAM: Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah is upset and worried over the intrusion of privacy and private rights for the purpose of destroying a person’s dignity and reputation.
His private secretary Datuk Mohamad Munir Bani said in a statement that the Sultan was sad that the private life and rights of people were being made public and subject to public scrutiny via the mass media.
The Sultan also expressed his sadness and sympathy over what Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong had suffered.
He hoped that Wong would remain calm and be patient in continuing with her life after the incident.
The statement was released after Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim had an audience with the Sultan at Istana Mestika here Wednesday morning.
Khalid had sought the meeting after the scadalous photographs of Wong surfaced, forcing her to offer to quit as exco member and Bukit Lanjan assemblyman. The party has yet to accept her offer.
On Wong’s political position, the Sultan declined to offer any decision as he intended to remain above politics.
The Sultan said whatever decision Khalid was going to make, it would be done accurately, fairly and with wisdom by taking into consideration the interest of the people in particular and the State of Selangor generally.
Later, Khalid thanked the Sultan for the trust in him and the state exco in dealing with the matter.
“We thank the Sultan for believing in us to make the decision regarding Wong.
“The state government will abide by the Sultan’s wishes by making a fair decision while at the same time taking into consideration the best interest of the people and the state,” Khalid said.
He was accompanied by the entire exco at the press conference which was held after the exco meeting.
Khalid said the state government was also thankful for the Sultan’s opinion regarding the intrusion of an individual’s privacy.
Khalid Ibrahim also said Wong’s leave would be extended.
He said this was done pending police investigations and any decision would only be made after the investigations had been concluded.
When contacted, former Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo said the Sultan made the right decision by declining to get involved in determining Wong’s fate.
“Khalid was wrong to bring the matter to the Sultan who must not be burdened with these problems. The problem is a party matter and the palace cannot be involved in it,” said Dr Mohd Khir.
He questioned Khalid’s intention in prolonging the issue, adding that the government was delaying accepting Wong’s resignation because it was trying to avoid the inevitable by-election in Bukit Lanjan.
The full press statement by the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, over the controversy involving Bukit Lanjan state assemblyman Elizabeth Wong, issued by his private secretary, Datuk Mohamad Munir Bani
“I am pleased to inform that Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim, the Dato’ Mentri Besar Selangor has sought an audience with His Royal Highness, The Sultan of Selangor, on Wednesday, 25th February 2009 and duly informed His Royal Highness on the political development and the issue which involved Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, the Selangor State Assemblyman for Bukit Lanjan who is also the State Selangor Exco Member.
His Royal Highness, The Sultan of Selangor, has commanded me to inform that His Royal Highness could not offer any guidance or advice to the Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar of Selangor in the matter related to the issue of Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping as it was still under police investigation and it involved her political position. It is His Royal Highness’ stance as the Sultan of Selangor to be above politics.
His Royal Highness believes that whatever decision that is going to be made by the Yang Amat Berhormat Dato’ Mentri Besar of Selangor will made with accurateness, fair and with wisdom by taking into consideration the interest of the Rakyat in particular and the State of Selangor generally. His Royal Highness is upset and worried as of late the intrusion of someone’s privacy and private rights was being used to destroy one’s dignity and reputation. It is a sad thing as one’s life and private rights were being made public and subject to public scrutiny by publicising in the mass media.
To Yang Berhormat Elizabeth Wong, His Royal Highness felt sad and sympathised with her as to the unfortunate event she had suffered and hoped that Yang Berhormat Elizabeth Wong will remain calm and be patient in continuing with her life henceforth.”
Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani Dato’ Lela Bakti Private Secretary to His Royal Highness The Sultan Of Selangor
Wednesday, February 11, 2009
Laman Maya Kelab Bolasepak PNSB
Laman tersebut sedang dikemaskini buat masa ini.
GABEM Selangor
Bukit Selambau... Siapa Calonnya?

Apa Cerita Bukit Gantang...
Secara peribadi dan sebagai pemerhati awam, saya lihat pilihanraya kecil kali ini lebih menarik dan berstatus ‘pecah panggung’:-
1. Salah sebuah DUN di bawah Parlimen ialah Changkat Jering yang kebelakangan ini terkenal dengan berbagai kontroversi, YB segera bernama Mohd Osman Mohd Jailu. Sekarang beliau mewakili parti bebas bertaraf penyokong BN. Kesian dia, khabarnya masih di hospital akibat masalah jantung, kes mahkamah sedang disebut dan sekarang terpaksa bersengkang mata berkempen untuk parti lompatnya.
2. Ianya berlaku semasa Perak ‘diterajui’ oleh 2 orang yang mendakwa Menteri Besar yang sah. Zambry menduduki Pejabat Rasmi MB manakala Nizar masih menduduki rumah rasmi MB yang dijadikan sebagai pejabat rasmi MB.
3. Ianya juga berlaku semasa kerajaan baru yang ditubuhkan oleh BN dengan sokongan 2 orang ADUN yang sedang menghadapi tuduhan rasuah.
4. Ianya menjadi medan aksi untuk MB yang baru dilantik dari BN.
5. Berlaku dalam suasana rakyat Perak berbelah-bagi terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Perak yang merestui perlantikan MB yang baru.
6. Sudah tentu Najib akan memastikan kemenangan BN bagi memastikan lantikannya sebagai Presiden UMNO pada bulan Mac berlaku dengan bergaya. Najib dilihat akan cuba menghapuskan persepsi sebilangan rakyat Perak bahawa pengambilalihan kerajaan negeri Perak adalah benar dan mengikut lunas undang-undang.
7. Memberi lanjutan platform kepada Anwar untuk menyebarkan falsafah politiknya yang dilihat semakin terhakis sejak akhir ini. Beliau mengatakan bahawa pengambilalihan kerajaan negeri oleh BN adalah tidak bermoral, tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan.
8. Keputusan pilihanraya ini kelak mungkin dijadikan sebagai satu referendum rakyat tentang perasaan dan kehendak sebenar rakyat.
9. Isu rasuah dan sifat bongkak UMNO yang dimainkan oleh PAS pada pilihanraya lalu dilihat dapat memenangi hati pengundi bukan Melayu. Apakah isu ini masih bertahan dan ini boleh memberikan petanda bahawa pengundi melihat samada UMNO benar-benar telah berubah atau tidak.
10. Berdasarkan kata-kata Najib dan Zahid Hamidi bahawa mereka akan berhabisan menakluk kembali Perak, apakah akan ada lagi ADUN PR yang mengisytiharkan keluar PR dan menjadi ahli parti lompat yang menyokong BN pada hari-hari terakhir pengundian nanti?
11. Sekiranya UMNO memainkan isu anti-Monarki dan anti-Melayu semasa tempoh berkempen kelak, apakah ahli-ahli komponen lain akan mengambil pendirian berbeza? Sudah tentu watak-watak Hang Tuah dan Hang Jebat akan dimainkan dengan hebatnya memandangkan Perak sendiri penuh dengan cerita sejarahnya.
12. Ianya turut akan menjadi medan kempen 3 orang ‘pemuda’ yang sedang berebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sudah tentu ketiga-tiga mereka akan memainkan sentimen kemelayuan bagi memenangi hati wakil-wakil bahagian yang bakal mengundi mereka pada pemilihan parti kelak. Melainkan Mukhriz yang dilihat kukuh dengan peribadi dan sokongan kuat Tun Mahathir, Khir dan Khairi dilihat terpaksa bekerja lebih keras memandangkan Khir bukan lagi orang penting dalam UMNO Selangor dan Pak Lah yang dilihat akan menyerahkan jawatan kepada Najib. Isu Melayu yang keterlaluan boleh memberikan impak ke belakang kepada BN lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat yang begitu pantas sekarang ini.
13. PAS awal-awal telah menunjukkan kesediaannya menghadapi pilihanraya apabila mencadangkan pembubaran DUN manakala BN dilihat lebih berminat menerima ahli lompat sebagai ‘balasan kepada apa yang dimulakan oleh Anwar’. Sudah tentu persediaan yang akan dibuat oleh kedua-dua pihak melebihi kebiasaan dan ini akan menjadikan kempen di DUN Bukit Selambau menjadi kurang menarik kerana ianya dilihat kemenangan yang tidak banyak mengubah situasi politik di Kedah.
14. Lain-lain perkara biasa yang memeriahkan lagi suasana kempen. Rumah-rumah sewa dan harga makanan di Bukit Gantang akan naik harga. Tokeh lori sengih. Kenderaan pacuan 4 roda habis disewa. Kedai mamak jadi tumpuan.
15. Berdasarkan pilihanraya yang lalu, 72% dari pengundi berdaftar yang keluar mengundi. Untuk memenangi Parlimen ini, calon haruslah memperolehi sekurang-kurangnya 20,000 undi. Sekiranya peratusan keluar mengundi diambilkira dan sokongan 50-50 dari orang Melayu, jumlah maksima pengundi Melayu yang boleh diperolehi oleh kedua-dua pihak adalah 17,620 pengundi Melayu sahaja. Ini bermakna kedua-dua pihak amat memerlukan pengundi bukan Melayu yang merupakan ‘swing voters’ iaitu undi penentu. Ini belum lagi mengambilkira undi pos, sekiranya ada, dilihat sebagai ‘simpanan tetap’ BN kerana walau apapun keputusan undian, undian pos sebanyak 90% akan tetap diberikan kepada BN.
ISU-ISU YANG DIJANGKA AKAN DIKUMANDANGKAN OLEH PARTI-PARTI YANG BERTANDING
ISU DERHAKA
BN - Isu ini benar-benar dimanipulasikan oleh terutamanya apabila En Karpal, Pengerusi DAP bertindak menyaman Sultan Perak dan keengganan En. Nizar melepaskan jawatan MB Perak. Kedua-duanya dituduh derhaka terhadap Sultan Perak. Rakyat yang berbangsa Melayu sudah tentu akan marah sekiranya kedaulatan raja mereka dipermainkan dan diperbodohkan oleh sesiapa jua.
PR – Mereka telah menyatakan tidak menyokong kenyataan En. Karpal. Sudah tentu PR akan memainkan kembali situasi yang berlaku semasa pemilihan MB Terengganu yang lalu apatah lagi bahan-bahan beritanya berlambak di laman maya. 35 tahun yang lalu dalam sejarah Perak, mengikut cerita dari buku biografi Tan Sri Ishak Tadin, semasa pemerintahan Baginda Tuanku Sultan Idris Shah. Pada tahun 1974, MB pada masa itu adalah Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu ayah kepada Mohd Tajol Rosli, bekas MB. Dikatakan Tuanku tidak memperkenan lantikan Ghazali untuk penggal kedua namun Ghazali tetap berdegil dengan pendirian bahawa Sultan tiada hak memecat atau memberhentikan seseorang dari jawatan Menteri Besar. (Mungkin ini yang digunapakai oleh Nizar sekarang ini). Tuanku juga telah bernazar tidak mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti. Akhirnya beliau berhenti juga pada tahun 1977 setelah dinasihatkan oleh Tun Hussein Onn.
Begitu juga dengan kes imuniti raja-raja suatu ketika dahulu di mana media memainkan peranan yang bukan sedikit dalam memainkan cerita-cerita berkenaan perilaku peribadi raja-raja sehingga memaksa raja-raja tunduk kepada kehendak pemerintah. Sejarah ‘pemberontakan prinsip’ oleh BN terhadap institusi raja telah berlaku sejak dahulu lagi. Di Kelantan, ada usaha-usaha dahulu hendak menabalkan Tengku Ibrahim menggantikan Raja Kelantan yang ada dan kisah Tuanku dengan Diablonya yang disimpan oleh kastam. Di Selangor, seorang MB membawa ‘lari’ puteri Sultan Selangor sehingga tuanku berkata ‘… habislah dengan saya-saya kena pindah ke Pulau Ketam’. Di Negeri Sembilan, kisah tuanku dan minuman kerasnya. Di Johor, membawa kepada pembubaran tentera peribadi tuanku iaitu Timbalan Setia Negeri. Di Terengganu, Tuanku Sultan Mahmud diugut akan digantikan dengan Tengku Ali yang dikatakan waris sah. Inilah sebahagian dari ingatan saya kerana saya juga sebahagian warga ‘keluarga diraja’ untuk hampir 20 tahun dan cerita-cerita ini saya perolehi dari kerabat-kerabat yang saya kenali. Apapun, PR mungkin menghadapi sedikit kesukaran mendapatkan undi Melayu kerana secara umumnya isu institusi Raja merupakan isu sensitif kepada orang Melayu. DAP yang memang dilihat konsisten dalam penentangannya terhadap Sultan dijangka memberikan satu persepsi kurang senang kepada sebahagian besar masyarakat Melayu
ISU RASUAH
BN – Mungkin tiada isu besar yang dapat dimainkan kerana dua orang ADUN yang sedang menghadapi tuduhan rasuah sekarang merupakan ahli bebas yang menyokong BN. Kalau ada pun, penyalahgunaan Nizar dalam isu pemberian geran kepada orang Cina dan pembelian kereta rasmi Toyota Camry. Atau mungkin juga ada isu rasuah penyalahgunaan kuasa setelah MB baru menginterpretasikan segala dokumen-dokumen yang ada semasa pemerintahan Nizar.
PR – Seperti biasa, isu rasuah yang dilakukan oleh BN terutamanya pemimpin-pemimpin atasan BN akan diulangtayang kepada umum. Namun beberapa isu mungkin akan diolah semula seperti harga minyak, harga barang, tarif TNB dan lain-lain berkaitan kepenggunaan akan cuba dimanipulasikan. Tuduhan rasuah ke atas dua orang bekas ADUN PR sudah pasti akan dilagukan semula dengan paluan nobat.
ISU PEMBANGUNAN
BN – Tiba-tiba akan ada peruntukan pembangunan yang entah datang dari mana. Dan secara tiba-tiba akan ada berbagai projek pembangunan yang akan diluluskan serta-merta. Tetapi agak menghairankan kerana isu ini tidak begitu mendapat perhatian pengundi.
PR – Memang tidak berduit mereka ini jadi tidak ada apa-apa pembangunan yang dapat diberikan segera kecuali janji-janji yang belum pasti dapat dilunaskan dalam masa terdekat.
ISU CALON
BN – Dahulu BN mempertaruhkan Bendahari UMNO namun ditolak oleh majoriti rakyat Bukit Gantang. Kali ini, BN tentu berhati-hati dalam memilih calon lebih-lebih lagi calon yang dilihat elit dan tidak mesra rakyat. Mungkinkah Khairy Jamaludin akan menjadi faktor penentu calon seperti yang didakwa berlaku di Kuala Terengganu dan mengakibatkan pemboikotan jentera pelobi protes? Atau kali ini calon akan ditentukan oleh Najib yang juga Pengerusi UMNO Negeri. Rasanya BN mesti menang kerana ini menentukan bahawa rakyat benar-benar menyebelahi mereka setelah apa yang berlaku kebelakangan ini.
PR – DAP sudah mencadangkan Nizar. PKR telah memberikan laluan kepada PAS. PAS belum lagi menentukan siapa calon mereka, mungkin belum dapat seru. Seperti biasa, PAS mungkin akan meletakkan anak tempatan.
ISU PEMBERIAN GERAN TANAH
BN – Sudah ada suara-suara yang tidak puashati dengan tindakan Nizar memberikan geran tanah kepada penduduk Cina. Namun apakah BN berani memainkan isu ini kerana kaum Cina mewakili 27% pengundi berdaftar. Jika pengundi Melayu yang menyokong BN adalah 50-50 bermakna pengundi Cina akan menjadi penentu.
PR – Ada sedikit kelebihan memandangkan PR dilihat memihak kepada semua kaum. Geran tanah milik kekal juga diberikan kepada banyak penduduk kampung Melayu walaupun ianya tidak digembar-gemburkan oleh media. Wakil Cina di dalam BN sekarang ini hanyalah dua orang dan sudah tentu perkara ini menjadi perhatian pengundi Cina yang dilihat lebih rasional dalam memilih wakil rakyat. Hanya ada seorang EXCO berbangsa Cina dalam exco Perak sekarang ini.
Apapun, kesemua parti-parti yang bakal bertanding pasti kena bekerja lebih keras kerana masing-masing mempunyai kelebihan. Cuma diharap isu yang boleh menyemarakkan perselisihan perkauman tidak dikumandangkan seperti biasa kerana adakalanya isu terdapat memakan diri sendiri. Dengar khabar, geng 'markas' sudah pun memulakan perang saraf dan geng 'Gerak Gempur' masih lagi menunggu bajet turun untuk memulakan kerja.
Selamat berkempen kepada rakan-rakan semua dan pesanan dari seorang abang, adik, saudara dan kawan... walau apa pun prinsip dan pandangan politik kita... kita tetap adik-beradik yang pernah makan sedulang dahulu.
Tuesday, February 10, 2009
Pemain Harapan Negara... Suatu Hari Nanti

Jangan 'under estimate', ni Manager belum hantar buat trimming lagi nih.
1. Jangan sampai rugi meniaga.
2. Jangan main bomoh.
3. Jangan lompat kelab.
4. Jangan lambat datang mesyuarat.
5. Jangan letak jawatan.
6. Jangan lemah semangat.
7. Jangan pergi disco.
8. Jangan makan nasik lemak sampai 2 bungkus.
9. Jangan mintak cuci kereta free.
10. Jangan malas jogging.
11. Jangan me'manchester united'kan kelab.
12. Jangan suruh pemain-pemain ikut pemain Malaysia.
13. Jangan sebut perkataan 'siam' atau 'utara' depan pemain-pemain.
14. Jangan bawak 'henfon' dalam padang.
Dan yang paling utama... JANGAN PANDANG BELAKANG. Biarkan pencinta wanita frust menonggeng akibat kena tinggal, biarkan ahli politik tinggalkan masyarakat sebab nak kejar jawatan, biarkan pemancing termenung sebab dapat sepat lepas 3 jam mancing, biarkan bonet keta tak ber'repair' sebab takde keta 'spare', biarkan kasut pecah sebab nak tunggu Pakcob sponsor, biarkan cameraman bengang sebab lampu stadium malap, biarkan boss marah sebab padang tak roll... tapi JANGAN PANDANG BELAKANG.
Majulah sukan untuk negara.
Friday, February 6, 2009
Politik di Perak
Kesian rakyat Perak... yang menjadi penentu siapa memerintah Perak adalah orang-orang yang masih di dalam pendakwaan kes rasuah. Bak kata Che Det... diaorang masuk BN pun tak menambah kualiti BN... diterima pun, bila kes disebut di mahkamah dan kebetulan menang... orang kata BN pengaruhi mahkamah. Rasanya BN bukanlah parti yang menyokong rasuah kan... kesian Jawatankuasa Disiplin UMNO... nak kena siasat pulak ahli baru ni... apa pulak agaknya cadangan Tengku Ahmad Rithauddean. Mungkin agaknya dia cadangkan Kelab Penyokong UMNO untuk sesiapa yang suka melompat... ye la, nak dakwa manjang takde bukti. Nak buang, Presiden kata cadangan tak sesuai.
Nampaknya pilihanraya akan datang akan ada sayap parti baru.... Cap Katak.
Wednesday, February 4, 2009
BN ambilalih Kerajaan Negeri Perak
Mana satu yang betul nih.









