Friday, February 6, 2009

Politik di Perak



Kesian rakyat Perak... yang menjadi penentu siapa memerintah Perak adalah orang-orang yang masih di dalam pendakwaan kes rasuah. Bak kata Che Det... diaorang masuk BN pun tak menambah kualiti BN... diterima pun, bila kes disebut di mahkamah dan kebetulan menang... orang kata BN pengaruhi mahkamah. Rasanya BN bukanlah parti yang menyokong rasuah kan... kesian Jawatankuasa Disiplin UMNO... nak kena siasat pulak ahli baru ni... apa pulak agaknya cadangan Tengku Ahmad Rithauddean. Mungkin agaknya dia cadangkan Kelab Penyokong UMNO untuk sesiapa yang suka melompat... ye la, nak dakwa manjang takde bukti. Nak buang, Presiden kata cadangan tak sesuai.

Nampaknya pilihanraya akan datang akan ada sayap parti baru.... Cap Katak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...