Monday, February 2, 2009

Harga Gula Naik



Harga gula pulak naik lepas ni. Shahrir kata 80-90 peratus gula kita diimport dan kebetulan pula kontrak beli gula dah tamat, jadi kenalah buat kontrak baru dengan harga baru yang tinggi sedikit dari harga lama. Harga lama kurang lebih RM1.45 sekilogram dan kalau kerajaan diminta kekalkan harga gula pada paras lama maka kerajaan harus memberikan subsidi. Gula tidak pernah diberikan sebarang subsidi oleh kerajaan. Shahrir tambah lagi, jika harga gula akan dinaikkan maka ianya akan dinaikkan secara berperingkat.

Gawat ni, macam-macam hal boleh jadi disebabkan gula ni:-
  1. Harga barang makanan lain yang berasaskan gula pasti naik juga.
  2. Bila Shahrir kata naik berperingkat, bermakna harga baru gula adalah tinggi. Tak mungkin naik 5 sen sahaja sebab tidak munasabah naikkan harga gula 1 sen setiap 3-4 bulan.
  3. Siapa yang pegang AP gula ni jika ada AP diperlukan?.
  4. Berapa banyak syarikat yang memonopoli pengimportan gula yang boleh menyebabkan harga dimanipulasi oleh mereka?
  5. Lepas ini tentu akan diadakan kempen dan promosi besar-besaran tentang bahaya gula. Siapa pula dapat kontrak buat iklan ni nanti?
  6. Mungkinkah ada pengilang gula di Malaysia yang enggan menjual gula di pasaran tempatan sebaliknya rela menjual ke luar negara pada harga yang lebih tinggi?
  7. Jika kerajaan ada memberikan banyak subsidi kepada pengilang gula di Malaysia dalam bentuk galakan pelaburan, subsidi harga dan taraf monopoli, bukankah tidak adil jika syarikat tersebut menjual gulanya ke pasaran luar negara dan membiarkan harga di pasaran tempatan tinggi?
  8. Tidakkah kerajaan terfikir untuk mengambilalih kilang-kilang gula ini kerajaan ianya adalah barang keperluan yang penting? Malaysia boleh hantar seorang penumpang ke angkasa lepas yang menelan belanja hampir RM100 juta, takkan tak boleh 'hendel' hal gula kot.
  9. Daripada bina satu lagi lapangan terbang sehingga RM1.6 billion, lebih baik dibangunkan industri makanan. Bukankah kerajaan sendiri habiskan duit buat kempen... 'Pertanian Adalah Perniagaaan'. Rasanya banyak lagi tanah-tanah yang terbiar di seluruh negara.
  10. Berita BERNAMA bertarikh 3 April 2008 dulu ada melaporkan Shahrir berkata... 'kerajaan boleh mengatasi masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga barangan menerusi langkah mengimport barangan berkenaan'. Tapi sekarang bila nak import, dah kena harga baru pulak, nampaknya salah juga strategi... atau BERNAMA tersalah lapor?
  11. Beberapa tahun dulu pernah dilaporkan permintaan gula di Malaysia adalah sekitar 900,000 tan sahaja berbanding keupayaan pengeluaran sebanyak 1.3 juta tan. Apakah perkara yang sama berlaku sekarang ini akibat dari manipulasi pengeluar-pengeluar gula? Nasib baik IJN tidak diambilalih oleh Sime Darby, jika tidak tentu perkara yang sama akan berlaku apabila harga rawatan dinaikkan dengan berbagai alasan yang menyebabkan akhirnya rakyat juga yang mengalah.
  12. Pernah juga dulu dilaporkan harga gula di utara tanahair tidak stabil akibat kekurangan bekalan dan akhirnya dipersalahkan KTM Berhad kerana keretapi lambat hantar gula. Rakyat juga yang kena tanggung akibatnya.
  13. Tidak bolehkah dikenakan penalti yang berat ke atas pengilang-pengilang gula tempatan sekiranya mereka tidak memenuhi permintaan gula tempatan sedangkan mereka mampu berbuat demikian, setiap tan gula yang dieksport akan dikenakan cukai berlipat ganda?
Mahu atau tidak, rakyat terpaksa mengurangkan penggunaan gula. Lagipun penggunaan gula berlebihan akan memudharatkan kesihatan. Tapi Kementerian Shahrir Samad pun janganlah asyik keluar suratkhabar cerita pasal naik turun harga sahaja... 'takkanlah manis kata di bibir sahaja'. Ekonomi makin gawat ni Pak Shahrir... rakyat kalau dapat 'gula-gula' sikit pun jadilah, mungkin boleh cadangkan pada Bakal Perdana Menteri... kurangkanlah sikit cukai pendapatan rakyat tahun 2009 ni... ramai pengundi BN tahun lepas minta tolong... takkanlah sampai 'habis madu sepah dibuang'. Nanti rakyat cari gula melaka pulak buat ganti madu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...