Monday, December 19, 2011

10 MINIT TUNGGU LAMB KHABSA

preview
Musim hujan sekarang ni, teringin pulak nak try makanan Arab... Lamb Khabsa di Zam-Zam Arabic Restaurant. Sambil-sambil menunggu ni, menulis la kejap apa yang patut. Teringat pulak trip ke Mesir tahun lepas... trip yang benar-benar mencabar dan menyeronokkan.... baru nak tulis, tau-tau dah siap la pulak 'takeaway' nih. Maybe next time, bila ada masa yang amat sesuai... saya akan tulis tentang pengalaman 'mengembara' di bumi Mesir. Memang amat panjang kalau nak menceritakannya...
Read more

Tuesday, December 13, 2011

NASI LEMAK 1.0 -VERSI MALAYA

preview
Saya kira tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang tidak mengenali nasi lemak. Antara makanan ringkas yang paling digemari dan murah harganya. Semasa di sekolah rendah dahulu, pasti ada kelibat anak-anak kecil yang berjalan di taman-taman perumahan, mengusung bakul yang berisi nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang dan suratkhabar. Pada hemat saya, mereka ini adalah anak-anak dari keluarga yang miskin yang mengambil peluang menjual nasi lemak bagi membantu keluarga....
Read more

Friday, December 9, 2011

CIMBCLICKS - BILA KLIK KENA TIPU

preview
Dear Customer! Your Online account has been subjected to compulsory update to secure it from electronic fraud. Please Click Here to update. Thank you & have a good day ahead! Warm Regards CIMB Team Hari ni saya terima email di atas yang tertera sender Cimbclicks.com... tiba-tiba suruh saya update akaun online, padahal saya tak guna langsung akaun online CIMB. Bila musykil bersarang kat kepala ni, saya cubalah klik 'Click Here' dan terus redirect ke website...
Read more

Thursday, December 8, 2011

KITA TIDAK DILAHIRKAN UNTUK HIDUP SELAMANYA

preview
Alhamdulillah, di Malaysia ini jika kita ke pelusuk mana sekalipun... apabila tiba waktu solat, kita masih boleh mendengar laungan azan yang menandakan wajibnya kita meninggalkan segalanya sebentar untuk kita dirikan solat. Bukan lama pun tempoh untuk melakukannya, dalam 10 minit sahaja. Dan di Shah Alam ini, di beberapa tempat tertentu... kita boleh mendengar azan yang adakalanya dari 2,3 tempat sekaligus. Maklumlah, hampir setiap taman perumahan mempunyai surau......
Read more

Wednesday, December 7, 2011

MBO CINEMA - PANGGUNG WAYANG PERTAMA DI SHAH ALAM

preview
Suatu ketika dulu, panggung wayang tidak dibenarkan berada di dalam bandar Shah Alam. Saya agak kurang pasti apakah ada sebarang larangan bertulis tentang perkara ini, namun sekarang panggung wayang berjenama MBO telah pun memulakan operasi tayangannya di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam. Mungkin kedudukan Bukit Jelutong ini yang terletak agak berjauhan dari Pusat Bandar Shah Alam, maka kehadiran panggung wayang ini tidak begitu dirasai oleh sebahagian besar penduduk...
Read more

Monday, December 5, 2011

GRAFITI - ARTIS JALANAN

preview
Kebetulan hari ni saya ke Seksyen 2, Shah Alam... tempat di mana bertahun-tahun saya habiskan masa belajar di ITM. Dah banyak berubah tempat ni... gerai-gerai lama tempat kami lepak dulu lepas kelas, sekarang telah bertukar wajah... lebih teratur dan bersih. Namun kedai-kedai lama masih ada di situ. Dan di satu sudut dinding kedai yang menghadap asrama... saya saksikan sesuatu yang sememangnya menjadi minat saya sejak kecil... LUKISAN. Grafiti di dinding yang dilukis...
Read more

Thursday, December 1, 2011

MAKAN-MAKAN DI SHAH ALAM - B'YYU PATISSERIE CAFE

preview
Ada orang kata Shah Alam ni agak 'kekampungan' sedikit berbanding bandar-bandar besar yang lain... setidak-tidaknya itulah pendapat sebilangan orang luar yang berkunjung ke sini. Senyap sunyi katanya menjelang maghrib... takde tempat liburan. Hanya baru-baru inilah muncul panggung wayang MBO di Space U8, Bukit Jelutong... itupun terletak di luar pusat bandar dan hujung bersempadan dengan Subang dan Sungai Buloh. Ramai juga yang hairan bagaimana panggung wayang ini mendapat...
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...