Saturday, July 10, 2010

KUDUNG


Sambil makan malam sebentar tadi, mata dan telinga saya tertumpu ke peti televisyen leper yang menayangkan tentang berita seorang wanita di Sarawak (... kalau tak salah dengar)... MENUNGGU 6 TAHUN UNTUK MENDAPATKAN KAKI PALSU UNTUK KAKINYA YANG KUDUNG. Mulanya saya sangka tempahan kaki palsu tersebut yang mengambil masa namun rupa-rupanya kedaifannya yang menghalang beliau untuk mendapatkan kaki palsu tersebut. Dan kepala saya mula terfikir bukan-bukan... takkan beliau nak kaki macam The Six Millionaire Dollar Man kot.


Habis makan 'dinner' saya pun menggagau la beberapa laman sesawang berkenaan dengan kaki palsu. Rupa-rupanya ada banyak jenis kaki palsu. Kaki palsu termahal yang pernah dicatatkan pun tak la sampai enam juta 'henggit'... RM90,000 sahaja. Namun kaki palsu untuk paras lutut ke bawah adalah semurah RM400... empat ratus 'henggit' sahaja. Dan untuk paras dari lutut atas lutut, harga adalah sehingga RM7,000 dan ke atas.

Saya kira bilangan orang yang kudung tidaklah begitu ramai di Malaysia ni... jarang-jarang kita jumpa. Dan apabila berita seperti ini dikeluarkan oleh sebuah stesen media perdana di waktu puncak siaran... ianya agak memualkan. Harapan saya agar semua pihak yang dipertanggungjawabkan atau 'membeli undi' untuk menerima tanggungjawab... lantik la wakil-wakil agar rajin melawat kawasan... bukan susah pun kan.

2 comments:

  1. diorang tengah sibuk pasai korek pasir,, terlupa dah,,, saya pun heran,, kedua dua pihak pemerintah dan pembangkang tidak kira BN atau PR hanya sibukkan benda yg tak banyak memberi manfaat kepada rakyat,, nampak sangat isu isu yg ditimbulkan hanya merugikan rakyat dan kepentingan politik masing-masing,, bila banyak rumah org politik atau ADUN kena samun dan rompak,, rupanya banyak betul duit diorang ni,,,

    ReplyDelete
  2. ... mungkin memang itu yg mereka kejar... PUBLISITI. Isu pasir ni memang menarik perhatian ramai apatah lagi pilihanraya lagi setahun dua, jadi masing2 nak buat promo... mungkin la kan. Sampai sekarang kita tak nampak lagi apa manfaatnya duit pasir ni kepada rakyat Selangor kalau setakat kutip royalti pun tak sampai RM10 juta

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...