Sunday, July 25, 2010

FAKTA MENARIK BULAN RAMADHAN DI MALAYSIA


Ramadhan 1431 datang lagi... alhamdulillah Allah izinkan kita bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. Teringat zaman kecil dulu, bulan ramadhan ni sememangnya satu bulan yang amat dinantikan sebab tiap-tiap malam ada makan-makan selepas solat tarawikh dan... sebulan lepas tu hari raya... duit raya beb.

Selalunya bila nak masuk Ramadhan ni, penuh la semua ruang dalam 'mainstream media' siarkan kelebihan bulan Ramadhan (... tiap-tiap tahun macam tu je ulasannya, ye la... rakyat Malaysia tak insaf-insaf kot). Mari kita lihat dari perspektif yang agak berlainan kalaupun tidak radikal tentang... perkara menarik yang cuma berlaku di bulan Ramadhan. Harap-harap takde la mana-mana kutu yang dok kaji setiap patah perkataan saya dalam tulisan kali ini sebab membahaskan sesuatu isu berdasarkan setiap patah perkataan... pada saya SUNGGUH KEBUDAK-BUDAKAN... gi cari orang lain ajak bertekak... heh.

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Seingat saya la... dari umur saya mula mengenal peti talibisyen hitam putih hingga la sekarang ni... saya tak pernah lihat orang lain yang akan mengumumkan tarikh mula berpuasa. Skripnya pun sama je dari dulu sampai sekarang. Tapi dulu best... pengumuman ni memang dinanti-nantikan sebab tarikh puasa ditentukan selepas lihat anak bulan. Sekarang tidak lagi... siang-siang kita dah tau bila tarikh berpuasa... potong stim betul la. Tapi macam mana pun, seperti biasa, saya akan tunggu siaran pengumuman ni... haha, kadang-kadang ada perkara yang kita hargai lebih dari wang ringgit... dan ini adalah salah satu darinya.

BAZAR RAMADHAN


Kalau nak cari la kuih-muih Melayu di luar bulan Ramadhan... memang jenuh satu Shah Alam ronda. Balik-balik goreng pisang dan goreng cempedak. Tapi bulan Ramadhan ni la... bulan berhimpunnya segala bagai kuih... yang pelik dan tak pernah dengar pun ada. Semua orang kata sedap padahal... siapa pulak la yang jadi 'tester' sedangkan kuih tu dibuat time orang puasa... ek eleh. Lauk-pauk jangan cerita la... tak percaya pergi la kat Stadium Shah Alam tu... macam funfair beb. Ustaz kata time Ramadhan ni la perut kena rest... buah pinggang nak kurang operasi. Tapi kalau tengok abang kakak jalan berlenggang imbang badan dengan kiri kanan tangan penuh plastik berisi makanan... macam nak buat kenduri pun ada... apahal.

PEROKOK


'Inilah tahun terakhir ko tengok aku hisap rokok'... begitulah sucinya azam kawan-kawan setiap kali tiba Ramadhan. Sesungguhnya memang begitulah pun azamnya... SETIAP TAHUN sejak beberapa tahun lama yang lalu. Dan setiap kali itu jugalah apabila azan Maghrib ke udara... diaorang ni teguk air je, lepas tu bersidai kat luar pagar rumah... 'berjaya jugak aku tak merokok untuk hampir 12 jam'... aku agak dah. Kalau tengok rupa diaorang ni la tengah puasa... haha, lembik.

PENGHILANG DAHAGA


Bendera Malaysia pun kalah... macam baju pantai... berwarna-warni. Kadang-kadang ringan gak mulut nak tanya penjual tu... kaler apa diaorang pakai? Halal ke? Selamat ke? Takut weh kalau masuk dalam darah, lepas tu buah pinggang nak proses... terkejut organ tu. Elok-elok sihat... boleh jadi sakit. Patut-patut la kan... cari rezeki halal tu takde hal... buat orang jatuh sakit sebab air kaler-kaler tu... jadi lain pulak nanti.

BAGI MEREKA YANG 'UZUR' TAKLEH PUASA


'Layout' drive thru McD ni memang nampak biasa je... mana nak masuk, mana nak order dan mana nak keluar. Namun ini la satu-satunya cara paling 'mulia' dan selamat untuk kaum yang 'uzur' berpuasa... baik si Hawa mahupun si Adam. Yang si Hawa... takde hal. Yang si Adam, siap pakai spek itam beb... haha, macam la orang takleh cam keta yang takat berpusing-pusing area Shah Alam. Jangan marah, nanti kena jual. Tapi sekarang dah banyak pilihan... dulu ada McD Drive Thru je di Seksyen 3, Shah Alam, sekarang dah ada Burger King dan KFC... so tak payah la nak upah kawan-kawan 'non-muslim' atau budak-budak pompuan tolong tapau... amekkao, buat sendiri.

Jangan la ada yang marah saya dengan tulisan ni... sekadar bacaan ringan dan tiada kena-mengena samada yang hidup atau mati. Semoga Allah berikan Ramadhan yang terbaik buat saya dan semua kawan-kawan yang saya muliakan... amen.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...