Sunday, September 6, 2009

Mati Dan Jatuh Miskin Kerana Kos Kesihatan

Antara tugasan saya semasa bekerja dulu di salah sebuah anak syarikat kerajaan ialah akan mengendaikan program kebajikan masyarakat. Kata orang korporat... 'Corporate Social Responsibilities' atau CSR. Hampir berbelas tahun saya melakukan namun pada tulisan hari ini, saya hanya ingin menyentuh tentang kemiskinan dan kesihatan secara spontan serta ringkas sebagai permulaan kepada tulisan atang.

Semua orang berhak mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan sudah menjadi trend fikiran... yang terbaik pasti membabitkan kos kewangan yang tinggi. Bagi orang miskin, kos sebanyak RM30 untuk rawatan demam di klinik swasta... adalah kos makanan mereka untuk beberapa hari. Malahan ada penduduk miskin yang saya temui berkata wang sebanyak itu adalah kos makanan mereka selama satu minggu. Jika dinisbahkan dengan purata pendapatan bulanan mereka rata-rata RM300... bermakna ianya adalah 10%. Itu satu jumlah yang banyak untuk seorang yang demam, bagaimana pula kalau 3-4 orang yang demam? Kerana rata-rata penduduk miskin berkeluarga besar!!

Apakah seseorang itu patut menjadi papa kedana kerana terpaksa menanggung kos kesihatan yang tinggi?

Apakah seseorang itu patut mati atau terbiar mati hanya kerana tidak mampu mendapatkan rawatan terbaik kerana bimbangkan kos rawatan yang tinggi?

Apakah kita patut menyalahkan mereka lagi kerana mereka malas bekerja dan berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih?

Apakah ADUN kawasan yang hidup kaya-raya berumah banglo merata-rata pelusuk dunia tidak mahu langsung mengeluarkan duit sendiri membantu mereka?

Atau...

Apakah patut kerajaan berusaha keras memberikan rawatan terbaik percuma kepada setiap warganegara Malaysia?

Apakah patut kerajaan berusaha keras menyediakan pusat-pusat makanan berkhasiat percuma kepada orang miskin di setiap daerah?

Apa pandangan kawan-kawan semua? Harap-harap orang tak baling saya dengan kepala lembu atau kerusi atau telur... hanya kerana saya berkata begini. Duduklah berbincang dengan baik demi fakir miskin ini kerana saya amat yakin... tidak ada seorang pun patut mati atau jatuh miskin hanya kerana tidak mampu menanggung kos kesihatan yang tinggi demi mendapatkan rawatan yang terbaik...

... mereka juga mahu menikmati kehidupan yang penuh dengan senyum dan gembira.

Selamat Berbuka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...