Friday, September 4, 2009

Ketua Polis Negara

'Tan Sri Musa Hassan dilantik semula sebagai Ketua Polis Negara'. Tidur tak lena dibuatnya orang yang tak suka terutamanya pembangkang. Mereka tidak mahu Melayu yang seorang ini... jahat katanya. Habis kalau tak lantik Musa, nak lantik siapa? Mereka sendiri meragui PDRM, bolehkah dilantik orang luar jadi Ketua Polis Negara? Saya juga tidak mengenali Melayu ini tapi kedua ibubapa saya mengenali ayahnya, Ustaz Hassan. Malahan, arwah bapa saudara saya merupakan kawan baik kepada Ustaz Hassan.

Bermula 13 September 2009, Musa ada 365 sahaja untuk mengotakan janjinya akan menurunkan kadar peratusan jenayah sebanyak 20%. Tolak masa tidur makan, lawatan sana sini, cuti, menghadiri majlis kerajaan dan lain-lain... rasanya makin kurang hari yang tertinggal.

Mungkin Abang Kamal di bahagian forensik lebih arif tentang kerja siasatan jenayah. Berapa lama agaknya masa diperlukan untuk siasatan satu kes jenayah. Berapa banyak kes pula dapat diselesaikan dalam 365 hari --. (bukan 365 hari ++)

Mungkin juga agaknya ada tangkapan besar-besaran selepas ini? Atau mungkin semua samseng-samseng akan ambil cuti ke luar negeri selama setahun?

Kalau diimbas secara 'lurus bendul' la macam orang awam seperti saya ni, memang melampau jika nak dikatakan polis tak buat kerja. Kalau tidak tentu penjenayah akan melakukan jenayah secara terang-terang macam orang beli roti canai di kedai mamak... selamba je.

Kalau polis terlalu lembut pulak, mahu ke penjenayah takut? Nak tangkap kena bagi notis 24 jam, siasat macam tok kadi tanya soalan pada bakal pengantin, buat penjara macam Hotel Seri Malaysia... boleh macam tu? Tengok apa jadi bila polis dikritik bila ambil tindakan pada mat rempit... NGO kata kasar sangat. Sekarang mat rempit naik kepala dah.

Polis pun kena sentiasa ingat, mereka bukan sahaja harus bekerja cepat dan betul malahan setiap anggotanya harus juga kelihatan cepat dan betul. Bukan sedikit cerita yang didengar tentang prilaku sebilangan anggota mereka yang dirasakan 'amat menghancurkan imej PDRM'... hancus.

Semoga Malaysia menjadi tempat yang selamat dan aman damai untuk kehidupan yang singkat ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...