Saturday, September 5, 2009

Ekonomi Negeri Selangor... Apa Cerita?

Senyap dan sunyi... itulah ayat spontan yang boleh saya katakan terhadap aktiviti ekonomi anak syarikat Kerajaan Selangor. Tiada projek baru dan tiada aktiviti baru yang dapat menjana ekonomi Selangor dalam skala yang besar. Maklumlah, Selangor bukanlah calang-calang negeri, sentiasa terkehadapan dalam segala-galanya. Jadi, aktiviti ekonominya haruslah pada skala besar bagi menampung segala operasi pentadbiran dan pengurusannya yang juga besar-besar belaka.

Kata seorang pakcik di Bazaar Ramadhan, silap-silap kutipan zakat Lembaga Zakat Selangor lebih besar dari keuntungan semua anak syarikat Kerajaan Negeri. 'Kenapa pulak begitu' tanya saya. 'Itulah orang muda macam ko ni, lembab menilai' kata dia. Rupanya tanya soalan boleh mendatangkan kemarahan. 'MB Selangor tu kan ke pakar ekonomi, orang korporat. Takkanlah dia nak bergantung hasil kerja MB lama, bergegor-gegor dia salahkan orang itu ini, apa dibuatnya?'. Rupanya anak pakcik ni kerja di salah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri. Anak dia beritahu banyak projek ditahan, projek baru tiada, ramai yang ambil keputusan bersara dan berhenti, halatuju syarikat tak tau ke mana... panjang cerita pakcik ni. 'Anak ni duduk mana, kerja apa?' tanya dia. Ohhh panjang dia bila saya kata saya cuma seorangcameraman.

Ada juga beberapa pengarah syarikat usahasama dengan anak syarikat Kerajaan Negeri beritahu saya... sekarang semua tak boleh jalan, banyak susah. Mereka banyak melabur di China untuk pembangunan hartanah dan lain-lain. Saya amat memahami keluhan mereka, maklumlah modal dah keluar, pakai duit bank pulak tu... mana tahan tanggung interest bank lama-lama. Tapikan, kalau dah MB sendiri tokoh korporat tentulah projek jalan lebih cepat berbanding doktor gigi dulukan. Mungkin jugalah, mereka ingin mengenalpasti status projek dulu, ada seleweng ke, ada pengarah orang BN ke... lepas tu mungkin mereka akan ambil tindakan. Proses ni pun dah berjalan setahun enam bulan... hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak kot. Lepas itu barulah ada projek baru agaknya. Kita tunggulah sebab kalau nak lawan berhujah dengan bijak pandai ni... confirm kita kalah. Maklumlah, kita hanya seorang PENGUNDI.

Ada lagi cerita pakcik tadi. Dia tanya saya bolehkah seorang ahli politik seperti MB jadi Pengerusi anak syarikat Kerajaan Negeri? PM pun tak jadi Pengerusi mana-mana GLC kata dia. Lebih elok hal-hal pengurusan ekonomi diuruskan oleh profesional jadi tidaklah timbul isu berat sebelah atau kronisme. 'Ini tidak, semua dipukalnya. Anak syarikat dia Pengerusi, syarikat induk pun dia Pengerusi. Berani agaknya kakitangan nak bantah atau komen dia kalau dah dia sendiri adakuasa MB jadi Pengerusi? Esok bila bertukar kerajaan, MB baru pulak nanti tuduh kakitangan tu talibarut MB lama. Samalah macam yang berlaku sekarang, sibuk tuduh pegawai tu orang UMNO. Siapa jadi mangsa, kakitangan juga. Jadi eloklah jangan bagi orang politik pegang jawatan dalam anak syarikat, biar bebas dan adil.' kata dia. 'Selamat berbuka puasa pakcik, nanti kita sambung'... saya pun salam... jalan.

Terlalu awal untuk saya berikan komen. Mungkin setelah saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang masih bekerja di anak-anak syarikat, barulah gambaran yang lebih jelas dapat saya perolehi. Cuma saya sentiasa berkeyakinan... kadangkala suara kecil bisa menggegarkan dunia... banyak kawan-kawan saya mempunyai pandangan sedemikian juga kerana... kami pernah melaluinya dahulu.

Selamat Berpuasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...