Wednesday, September 9, 2009

Kisah Durian

preview
Semasa saya kecil, raja buah ini amat diminati dan ditunggu musimnya kerana pokoknya hanya berbuah pada waktu tertentu. Tak banyak jenis durian pada masa tu. Tak macam sekarang, dah macam-macam kacukan dan hampir sepanjang tahun ada... Siam mali. Tapi baru sekarang saya tahu rupanya ada orang Melayu tak makan durian... busuk katanya. Ayah saya sendiri dulu ada kebun di Jugra, Banting. Dapatlah merasa setiap tahun durian sebesar kepala kera. Saya cuma ingin bercerita...
Read more

Sunday, September 6, 2009

Mati Dan Jatuh Miskin Kerana Kos Kesihatan

preview
Antara tugasan saya semasa bekerja dulu di salah sebuah anak syarikat kerajaan ialah akan mengendaikan program kebajikan masyarakat. Kata orang korporat... 'Corporate Social Responsibilities' atau CSR. Hampir berbelas tahun saya melakukan namun pada tulisan hari ini, saya hanya ingin menyentuh tentang kemiskinan dan kesihatan secara spontan serta ringkas sebagai permulaan kepada tulisan atang. Semua orang berhak mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan sudah...
Read more

Saturday, September 5, 2009

Ekonomi Negeri Selangor... Apa Cerita?

preview
Senyap dan sunyi... itulah ayat spontan yang boleh saya katakan terhadap aktiviti ekonomi anak syarikat Kerajaan Selangor. Tiada projek baru dan tiada aktiviti baru yang dapat menjana ekonomi Selangor dalam skala yang besar. Maklumlah, Selangor bukanlah calang-calang negeri, sentiasa terkehadapan dalam segala-galanya. Jadi, aktiviti ekonominya haruslah pada skala besar bagi menampung segala operasi pentadbiran dan pengurusannya yang juga besar-besar belaka. Kata seorang...
Read more

Friday, September 4, 2009

Ketua Polis Negara

preview
'Tan Sri Musa Hassan dilantik semula sebagai Ketua Polis Negara'. Tidur tak lena dibuatnya orang yang tak suka terutamanya pembangkang. Mereka tidak mahu Melayu yang seorang ini... jahat katanya. Habis kalau tak lantik Musa, nak lantik siapa? Mereka sendiri meragui PDRM, bolehkah dilantik orang luar jadi Ketua Polis Negara? Saya juga tidak mengenali Melayu ini tapi kedua ibubapa saya mengenali ayahnya, Ustaz Hassan. Malahan, arwah bapa saudara saya merupakan kawan baik...
Read more

Solat Tarawikh @ Masjid Shah Alam

preview
Alhamdulillah, hari dah nak masuk hari ke 15 Solat Tarawikh. Seperti biasa, ramai orang solat di sini. Mungkin sehingga 13-15 saf panjang. Selalunya akan hanya tinggal 3 saf apabila selesai 8 rakaat kerana ramai memilih sedemikian, mungkin ada urusan masing-masing. Terdapat hari hari di mana imam yang mengalunkan surah-surah dengan suara yang amat merdu dan terasa seperti di Masjidil Haram Mekah. Pihak masjid juga menyediakan kerusi untuk warga emas yang kurang berupaya....
Read more

Sibuknya Jalanraya Dalam Shah Alam

preview
Tiap-tiap kali bulan Ramadhan, masalah yang sama akan berlaku... kesesakan jalanraya. Yang balik kerja akan keluar serentak bagai tak sempat-sempat padahal waktu balik lebih awal iaitu 4.30pm. Yang di rumah pun, time ni la sibuk nak keluar juga beli juadah puasa padahal beli kuih dua tiga ketul je. Bayangkan boleh sangkut atas jalan hampir sejam padahal di bulan lain selengang-lengangnya jalan. Kuatnya orang Shah Alam bakar fosil bulan Ramadhan ni. Lokasi: Bazaar Ramadhan...
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...