Tuesday, May 12, 2009

The End Of Food


Buku ini baru saya beli di Kinokuniya, KLCC kerana kebetulan tajuknya bersesuaian dengan beberapa perbualan terdahulu dengan beberapa rakan tentang makanan. Buku ini ditulis oleh seorang wartawan Amerika iaitu Paul Roberts yang juga pernah menulis buku The End of Oil pada tahun 2004. Cuma 'cover' buku yang dijual di Kinokuniya agak berlainan sedikit dengan tajuk penuh 'The End of Food - The Coming Crisis in the World Food Industry'. Harga buku adalah RM48.50.

Mungkin topik tentang makanan tidak begitu mendapat perhatian masyarakat umum di Malaysia kerana setiap hari hampir kesemua media lebih berminat memainkan lagu-lagu politik. Namun ada beberapa perkara yang agak mengganggu fikiran saya tentang makanan:-
  1. Penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun perosak dan baja bagi memaksimakan pengeluaran semata-mata memenuhi matlamat keuntungan maksima pengusaha.
  2. Kebersihan di tempat pemprosesan makanan.
  3. Lambakan makanan segera di pasaran.
  4. Mutu makanan yang dihasilkan dan kesannya terhadap kanak-kanak.
  5. Harga makanan berkualiti yang semakin naik dan mungkin suatu hari nanti hanya mampu dibeli oleh golongan kaya.
  6. Kebanyakan penduduk Malaysia yang dikatakan 'overweight' atau 'obese'. Dalam Bahasa Melayunya... boroi.

Saya belum sempat membaca buku ini, seperti kebanyakan buku-buku yang saya beli kerana sudah menjadi hobi saya... membeli buku. Namun yang pastinya, buku ini pasti akan dibaca.

Fakta ringkas buku ini:-

  1. Harga: RM48.50 (Paperback Edition)
  2. Penulis: Paul Roberts (Penulis buku The End of Oil - 2004)
  3. Kedai buku: Kinokuniya, Suria KLCC
  4. Mukasurat: 400
  5. Tahun: 2008

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...