Friday, April 16, 2010

Benda Mudah Tapi Payah Nak Selesai...


Walaupun tiap-tiap tahun kerajaan naikkan cukai dan harga rokok, namun bilangan perokok dikatakan tidak pernah berkurang. Apa nak buat lagi? Apa kata selepas ni... sesiapa sahaja yang merokok di tempat awam harus dikenakan tindakan mengganggu ketenteraman awam, pembakaran terbuka, pencemaran udara, buang sampah merata-rata dan kesemua pertuduhan itu diletakkan di bawah Kanun Jenayah yang boleh dikenakan hukum sebat... boleh gitu? Yang herannya tu si perokok ni bila ada orang kentut sebelah dia, pandai pulak dia komplen bau busuk... cheh.

Kalau nak duit... KERJA. Kalau nak bergaya... KERJA. Kalau nak kahwin tanggung anak orang... KERJA. Kalau nak bercuti ke luar negara... KERJA. Kalau setakat gaji boleh hidup takat pakai proton... takyah sibuk beli majalah Mototrade tengok keta-keta mewah. Kalau nak sarapan pun harap orang belanja... takyah la mimpi nak pakai Blackberry atau Iphone. Agak-agak kalau tak tahan gak... gi beli Bluberi atau CSL... lebih kurang gak kan kalau setakat nak sms je.


Gerun ooo tengok budak-budak ni kalau lenjan motor atas jalan... dia dengan motor tu macam satu jasad. Kenapa budak-budak ni rempit... sebab motor diaorang laju. Jadi, luluskan je lesen orang nak import motor elektrik yang takat leh layan 90km/j... tu pun setakat 200km je leh layan. Petronas pun takyah la komplen sales drop apa ke bagai... dah tentu TNB kaya giler lepas ni. Bukan orang lain pun... kompeni adik-beradik kerajaan je.

Ni satu lagi hal... kalau ditegur kang, ada je NGO yang dok becking diaorang ni... siap keluar nas-nas dari kitab mana tah... demi kebebasan hak. Habis nak buat macam mana... kat Malaysia ni kebebasan bertamadun dah terlalu 'advance'. Yang pompuan tegap macam lelaki dah... yang lelaki pulak... lenggoknya mengalahkan janda berhias.


Kalau nak banding dulu dengan sekarang... rasanya kurang dah orang buang sampah merata-rata. Hanya perokok sahaja yang 'istiqamah' buang puntung rokok merata-rata. Dok teriak pun tak guna... bila Kerajaan Selangor lancarkan Hari Sabtu Hari Tanpa Plastik... ikut je la, takyah la nak politikkan benda-benda macam ni... sampah masyarakat pun dah terlalu banyak, jangan la kita menambahkan lagi.


Sekarang ni hari-hari orang buang bayi... tak kira tempat. Dengar cerita kat Europe pun ada gak kes orang buang bayi macam ni... tapi siap dalam bakul cantik... ada botol susu sekali. Buang pun dekat balkoni rumah orang... walaupun bukan mulia perbuatan tu tapi ada la harapan bayi tu nak hidup. Yang tak best tu... apesal polis dok cari mak budak tu je. Kot dah tangkap mak dia... buatlah DNA... siapa pulak bapak budak tu. Tapi kalau tak sosial sangat budak-budak ni... rasanya kurang la sikit kes ni kan... kalaupun takleh nak cegah langsung.

... kadang-kadang tu kan, penyelesaian isu-isu di atas ni mudah saja dan boleh diusahakan... tapi semua orang sibuk nak gi Putrajaya kan. Malangnya...
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...