Friday, August 10, 2012

SKIM SAHAM WAKAF LADANG GETAH DI KEMBOJA

Hanya tinggal 10 hari terakhir berpuasa di bulan Ramadan kali ini... 2012. Alhamdulillah kerana diizinkan Allah untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadan. Agak mencabar bulan puasa kali ini... cuaca agak panas dan kerja saya menuntut untuk saya berada di luar pejabat. Takpe la bersusah-susah dahulu... ber'ferrari-ferrari' kemudian hahaha. Namun kenikmatannya tetap terasa... dapat meluangkan masa bersolat jemaah di masjid-masjid. Bidang kerja yang agak fleksibel masanya sekarang ini memungkinkan kesempatan ini.

Lama benar rasanya tak 'update' blog ini... banyak perkara yang hendak saya tulis dan kongsi namun kesempatan masa agak terhad. Malas pulak rasanya nak usung laptop ni ke sana-sini... maklumlah terpaksa bergegas ke banyak jabatan kerajaan untuk menguruskan berbagai kelulusan mandatori sebelum projek hartanah dapat diuruskan.

Kalau nak diceritakan semua... banyak pulak rasanya. Saya ceritakan satu sahaja dulu... tentang skim saham wakaf yang saya nampak setelah selesai solat jumaat di Masjid Negeri Shah Alam hari ni. (p/s: suara Imam Masjid dari Mesir yang mengalunkan ayat-ayat Al-Quran sebelum solat jumaat tadi... memang mengasyikkan).

... dan saya terlepas program berjumpa dengan Imam Masjid dari Palestine yang diadakan pada pukul 11.30am di PGPF. Kuala Lumpur hari ni. Dah dua tiga kali terlepas program sebegini...

Skim Saham Wakaf Ladang Getah di Kemboja ini (saya tulis kembali apa yang saya perolehi dari pamplet) adalah anjuran Cambodian Intellectual Alliance (CMIA) dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JAKIM. Skim saham wakaf ini disokong sepenuhnya oleh JAKIM.


Tak banyak yang dijelaskan secara spesifik tentang wakaf ladang getah ini. Cuma ada sedikit penjelasan... 'Skim Wakaf Kebun Getah sebagai sumber ekonomi Islam untuk membantu pendidikan Islam. Hasil dari getah akan di bantu gaji guru-guru terutamanya pembangunan pendidikan Islam Kemboja dan dakwah' Juga dimaklumkan bahawa hasil kutipan Ramadan 2011, CMIA berjaya membeli 25 ekar tanah wakaf di Kg Cham. Tujuan projek ini juga adalah untuk pendidikan Islam dan dakwah meliputi pembinaan sekolah, rumah anak yatim dan pusat kesihatan.


APAKAH MISI CMIA?

Untuk mempromosikan Sistem Pendidikan Islam dalam pelbagai bidang untuk mereka yang memerlukan.

Mempromosikan dakwah Islam.

Membangun dan meningkatkan ekonomi minoriti masyarakat Islam di Kemboja dalam pelbagai cara dengan membina hubungan kesatuan ekonomi di antara masyarakat Islam di Kemboja dan juga masyarakat Islam sedunia.

Mengutip derma untuk pembinaan sekolah, masjid, pusat kesihatan dan pusat jagaan anak-anak yatim dan orang-orang tua.

Menterjemah dan memasarkan buku-buku yang berkaitan dengan agama Islam seperti syariah dan buku pelajaran yang lain.

..................


Jadi, bagaimana hendak menyalurkan sumbangan anda...


... hopefully boleh baca la kot.

Berapakah nilaian sumbangan wakaf anda dalam meter persegi (mp) atau kaki persegi (kp)? Mereka ada menyenaraikan seperti berikut:
  • 5 mp (53.8 kp) = RM10
  • 10 mp (107.64 kp) = RM20
  • 25 mp (269.10 kp) = RM50
  • 50 mp (538.19 kp) = RM100
  • 100 mp (1,076.39 kp) = RM200



... ini pula resit yang mempunyai stamping Majlis Agama Islam Selangor. Oleh kerana kutipan ini dijalankan bersebelahan dengan kaunter pintu utama dewan saf masjid... saya kira ianya 'halal' la kot. Terpulanglah kepda perkiraan masing-masing. Saya ingin menutup tulisan ini dengan ayat di pamplet tersebut...

SEMOGA ALLAH MERAHMATI ANDA
TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...