Thursday, May 3, 2012

DERMA DARAH

Sebulan lebih yang lalu, seorang kawan ada BBM Blackberry Messenger meminta jasabaik rakan-rakan yang dikenali untuk menderma darah kepada seorang anak kepada kawannya yang menghidapi penyakit leukemia tahap serious. Darah A+ diperlukan sangat-sangat dan memang kebetulan itu adalah jenis darah saya. Selama beberapa hari saya cuba memastikan agar saya berada berdekatan dengan Hospital Universiti, Petaling Jaya... senang sekiranya diperlukan segera seriously, dalam hati memang seriau jugak sebab tak pernah derma darah. Namun, bukan rezeki saya untuk berbakti kepada si kecil... Allah lebih sayangkan anak kecil itu dan yang lebih menyedihkan lagi, itulah satu-satunya anak beliau. Kadang-kadang Allah tunjukkan kasih-sayangNya dengan cara yang tidak kita sangka. Semoga roh si kecil dicucuri rahmatNya.


Hakikatnya........


Saya takut jarum... pengakuan jujur hahaha. Harap statement ini tidak akan digunakan oleh musuh-musuh politik di masa akan datang hahaha. Diharap tulisan kali ini dapat memberikan keyakinan kepada sesiapa yang belum menderma darah bahawa...


.........  takde la seriau mana pun derma darah ni haha. Meh dengar pengalaman saya.......




Jumaat lepas, pada 27hb April 2012 semasa segelintir orang sibuk buat persiapan nak pergi Demo Bersih 3.0 selepas solat Jumaat di Masjid Negeri, Shah Alam... saya ternampak 'temporary bay' Pusat Darah Negara di tingkat bawah masjid. Terus saya teringat arwah si kecil dan tau-tau saya sedang beratur untuk mengambil borang di atas... macam kena 'jampi' untuk join 'Demo Baring & Derma' ni apa sangatlah demo haram korang kat Dataran tu. 4 mukasurat beb, macam-macam soalan peribadi ditanya... cuma ada satu soalan yang saya tak berapa faham. Kenapa mereka tanya samada pernah tinggal melebihi 6 bulan di Europe atau UK dari tahun 1980 hingga sekarang... must be a reason behind it saya terbayang aktiviti songsang LGBT, btw mereka yang terlibat dalam aktiviti LGBT mungkin tidak dibenarkan menderma darah... booo!!.


......... siapa yang layak menderma darah?


  1. Anda sihat pada hari itu.
  2. Berumur 18-60 tahun.
  3. Tidur melebihi 5 jam.
  4. Berat badan melebihi 45kg.
  5. Tiada masalah perubatan.
  6. Tidak mengambil sebarang ubat seperti antibiotik atau alkohol.
  7. Telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma.
  8. Bukan homoseks, bisexual, all-sexual, sex workers, drug addicts atau jadi pasangan kategori ini.
  9. Pendermaan terakhir: Whole Blood => 3 bulan / Apherisis > 2 minggu

.... so, pilih cara hidup anda sebelum bercakap tentang hak dan moral, sucks!!


... selepas isi borang macam nak amik exam hahaha





Tu dia, kena beratur lagi... timbang berat badan dan ambil sampel darah untuk ujian jenis darah. Confirmed saya A+. Terer nurse tu beb... dia belek-belek kad tu, dah tau darah kita jenis apa. Seriously, saya menggigil sedikit masa ni mengenangkan jarum besar nak cucuk kat urat tu... hadoiiii lemau. Nak lari, hilang la macho der... kawasan jajahan takluk saya nih.


... berat 71kg, darah jenis A+, nexttttttt!!!




Yang berkepung bagai ni... sesi temuduga. Punyalah perlahan conversation di sebalik tu, kita tak dapat dengar soalan bocor hahaha. Punyalah nurse Pusat Darah Negara jaga privacy penderma... saluteee!! Nurse tu tanya saya balik beberapa soalan penting dalam borang tadi untuk pengesahan. Beberapa orang saya perhatikan tak dapat menderma pada hari tu... ada yang tak cukup tidur, ada yang perut kosong sangat, ada yang baru ambil ubat antibiotik. Apa pun... saya salute la keberanian mereka mengisi borang hahaaha seriously tangan saya masih ketar masa ni, jantung pun macam tak stabil je pam hahaha. Sesi ini berjaya... hoorayyy!! Dan seterusnya ke tempat yang paling menakutkan hahahaha... hadoiii


.... harapan saya biarlah tempat penuh. Tiba-tiba nurse kata 'Silakan Encik baring sini...' Perghhh!!





Tu dia... bermulalah perjalanan suci saya yang berikutnya. Dengan cuba mengekalkan langkah macho Abang Besar... saya memberanikan diri 'berlawan dengan persepsi'. Ini semua hasil orang dulu-dulu la, suka takutkan kitaorang dengan hantu semata-mata nak suruh duduk kat rumah... jarum pun takut.


... seram sejuk lagi




Saya bukan sekodeng nurse tu... sumpah. Tapi inilah pemandangan dari tempat saya baring... sekejap lagi lengan saya akan dipenuhi dengan wayar. Bila nurse tu letak peralatan di kaki saya... lagilah saiko beb.


.... muka maintain macho




Apa ada halllllll!!! Tu dia... darah sedang keluar dengan lajunya. Dulu mati-mati saya ingat jarum tiub tu nak cucuk gitu je kat urat... giler besar cam straw jarum tu bai. Rupanya nurse tu cucuk ubat bius tu dulu... sakit la sket cam kena geget semut ayat arwah abah masa saya nak sunat dulu. Bila nurse tu cucuk jarum besar tiub tu... tak rasa apa, Alhamdulillah. SAYA BERJAYA MENGATASI KETAKUTAN BERTAHUN-TAHUN LAMANYA... YESSSSS!!! Pam, pam dan pam... fikiran saya masa tu masih teringatkan arwah si kecil... hampir menitis juga airmata.


.... soalan lazim kawan-kawan. Berapa banyak darah ko diaorang amik?




Korang jangan tanya aku la berapa liter ke, pint ke, kg ke... yang aku tau, satu paket. Tengok sendiri... darah yang bakal didermakan kepada mereka yang memerlukan. Semoga usaha kecil ini bermanfaat untuk rakyat Malaysia. Pergh... masa tu memang rasa macam baru balik perang. Rasa macam nak masuk syurga pun ada hahahaha... aminnn. Apehal la korang gi derma darah kat Demo tu, lepas tu publish tayang kat FB... hekelehhh.


....... berrrrrakhirrrrr sudahhhhh




'Encik baring dulu 10 minit ye'
'Baik nurse'
... hehehehe




Terimakasih kepada kakitangan Pusat Darah Negara kerana sanggup berjalan merata Malaysia untuk memastikan bekalan darah mencukupi untuk mereka yang memerlukan.


...... selepas 10 minit




Saya diberikan makanan dan minuman ini untuk alas perut selepas menderma darah. Cuma minum 100 Plus dan makan Oat Krunch je... tak larat makan yang lain tu sebab, perut dah teringat nasi hahaha. Alhamdulillah, takde rasa apa-apa pun lepas derma darah tu... cuma ada 'bayang' sikit la. Patut la diaorang suruh baring 10 minit dulu.


...... pergh, ada sijil beb




Sijil penghargaan dari Pusat Darah Negara sebagai tanda terima kasih Kerajaan Malaysia... honestly, saya amat berbesar hati menerimanya. Terharu dan bangga... fikiran saya masa tu masih teringat arwah si kecil. Walaupun saya tidak pernah bersua dengannya tapi... entahlah, seperti beliau ada.


.... akhirnya buku merah ini milik saya.





Buku rekod derma darah ini amat besar maknanya... saya amat bangga memilikinya bersama-sama dengan jutaan lagi penduduk Malaysia yang telah menderma darah. Anda tidak akan dapat dengan membelinya sebab takde kedai buku yang jual... hahaha. Ada berbagai keistimewaan sebagai penderma darah... rawatan percuma hospital kerajaan, wad kelas satu... dan bla bla. Kalau nak tau apa... DERMA DARAH dan baca sendiri notis di dalam buku tu. 


Alhamdulillah, sejak dari kecil saya ingin melakukan berbagai jenis perkara dan merasai setiap jenis makanan di berbagai jenis kedai makan walaupun hanya sekali. Dan kali ini, saya telah berjaya menderma darah. Tak perlu jadi superhero untuk menderma darah... insyAllah mudah dan saya sepatutnya berbuat begini sejak di ITM lagi... takpe la, mungkin ini permulaan yang baik.

So, sahabat-sahabat pembaca sekalian... kadang-kadang kita rasa patut derma darah atau rasa ianya satu perbuatan mulia atau sekadar ini membantu. Apa pun niat kita... darah itu nanti banyak membantu mereka yang memerlukan. Ikhlas ke tak ikhlas ke... kadang-kadang paksaan terhadap sesuatu yang baik akan menjadikan ianya satu tabiat yang menguntungkan kita dunia akhirat.

CUBALAH... ANDA JUGA BOLEH MELAKUKAN PERUBAHAN DAN MENOLONG MEREKA YANG MEMERLUKAN.

2 comments:

  1. Assalam.. adik Muhd Danial Azri 5thn skrg dekat SDMC Subang Jaya. Die perlukan darah A+ utk amek platlet due to lukimia.. kalo xkeberatan, derma la ye. Just mention name die kat hosp tu kalo nk menderma. Sy just bantu. Xkenal pon parents die n xde pon contact no die.. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana beritahu tapi tak berkesempatan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...