Lama betul tak menulis di blog ni... ada juga kawan-kawan minta saya tulis lagi tentang makan-makan politik takmo kata diaorang... hik hik. Apa la, best apa cerita politik... banyak bahan nih, cerita-cerita politik menarik dari sumber yang amat sahih lagi meyakinkan. Kalau nak cerita politik, kita sembang kat kedai kopitiam la... panjang sangat kalau nak tulis sini, silap-silap ayat... kena saman ratus-ratus juta nanti. Ada sapa-sapa nak tolong bayar?
Ada banyak bahan kalau nak tulis pasal tempat makan ni... tapi tak sempat nak tulis. Nak mulakan mana dulu pun tak tau. Nanti la kot tulis detail sket pasal tempat-tempat makan tu... ni hari nak pasal tempat makan yang nampak ada class sket... Gardens.
Saya cuba cari gambar-gambar lama kafe ni tapi tak jumpa la pulak... so saya tak dapat la nak paparkan dekor kafe ni di sini. Bagi sesiapa yang berkunjung ke MidValley KL, tentu akan tahu di mana letaknya kafe Gardens ni... kafe dengan dekor ala-ala English dan ada orang main piano dalam sangkar hahaha. Tak tau la siapa design dekor kafe ni... tapi 'i loike', menyamankan. Kafe butik ni juga rasanya terdapat di 1Utama, Damansara sebelah escalator dari basement parking. Kalau masuk kafe ni, confirm pelanggan akan bergambar kerana suasana dekor di dalamnya memang menarik.
Hari ni sempat saya berkunjung ke kafe Gardens, Midvalley KL... takde la niat nak makan situ tapi dah lalu kan, masuk la kejap hehehe. Cuma nak tulis panjang pasal kafe ni, 'mood' tak mari disebabkan pekerja yang ambil order.
Orang rumah saya order sirloin steak dan dia beritahu pada budak yang ambil order tu... 'welldone please'. Apa jadi lepas tu... saya cerita nanti.
Saya order lamb... memang faveret nih kalau ada peluang makan (teringat masa di China tahun lepas, puas makan lamb dan mee yang dibuat oleh tukang masaknya masa ambil order... the best ever). Dah makan sikit, baru teringat nak ambil gambar... hehe lapar.
Lamb saya memang no problem... walaupun mintak 'welldone' tapi tak berapa nak welldone... memang hangin sket la sebab bukan murah satu hal... nak mengunyah daging ni kalau tak welldone cara masakannya, memang agak liat sikit.
Orang rumah saya lepas makan sikit, dia beritahu steak tu tak 'welldone' langsung... isinya agak merah sikit. So, saya panggil la budak tadi dan beritahu dia... 'please make it welldone'. Laju dia ambil plate tu dan bawa ke dapur... tunjuk kat chef kot. Selang beberapa minit, budak tu datang balik dan beritahu chef nak masakkan yang baru... yang kita ni pun nak tunjuk polite dan kesiannya... 'it's ok, no need to do that.'
Agak lama juga menunggu, lamb kat plate saya dah habis saya bedal... steak orang rumah saya tak sampai gak lagi hinggalah beberapa minit kemudian budak tu datang dan bawa ini...
HADOIIIIIIiiiiiiiii... rasa macam kena halau ada, nak baling kerusi pun ada hahaha. Mamat tu marah dah ni boleh packed kan steak tu. Yang kita ni menunggu steak tu, untuk habiskan makan di situ... panas-panas. DIA BOLEH BUNGKUSSSSssssss... nak tegur pun hilang mood.
Saya panggil budak lain budak Melayu dan minta bil... saya tanya juga budak mana yang ambil order tadi. Dia bagitau tu budak dari Filipina... hadoiiiiii, takkan tak paham English kot. Boleh budak Melayu ni lagi faham English dari budak Filipina tu... lemau. Dan saya beritahu la budak Melayu tu apa dah jadi... beriya-iya dia minta maaf bagi pihak Gardens.
.... so, maaf memang la boleh diterima tapi macam mana kaki makan yang ekstrim macam saya ni nak lupa peristiwa ni... maybe bertahun kot.
Apapun, mungkin ini kesilapan terpencil... it's ok la kot.
Rating pula...
- Dekor dan ambiance dalam Gardens ni memang menyamankan untuk lepak-lepak dan makan.
- Steak di Windmill Shah Alam lebih sedap dan takleh celen Tony Roma :).
Chilli's tu different kategori la beb. - Harga makanan dan minumannya fair la... lebih kurang harga di kafe-kafe butik seperti ni.
Delicious tu harganya mengarut sket la... not my taste :p.
No comments:
Post a Comment