Saturday, November 14, 2009

Cerita 1001 Malam... Cerita Tak Berkesudahan

Semasa di sekolah rendah dulu, saya pernah baca sebuah buku bertajuk... Kisah 1001 Malam. Ringkasnya buku itu menceritakan tentang seorang gadis yang berkahwin dengan sang Raja yang suka membunuh kesemua gadis yang pernah dikahwininya setelah berakhirnya malam pertama. Gadis terakhir yang dikahwininya itu cukup bijak... beliau bercerita tanpa henti dan bersambung-sambung hingga sang Raja tidak dapat membunuh isterinya tu sebab sentiasa ada sambungan cerita. Dan tak sangka pulak saya... di zaman moden ni pun... kisah 1001 malam masih ada.

Tidak seperti kisah-kisah di dalam cerita 1001 Malam, rakyat biasa seperti saya ini amat mengharapkan keadaan ekonomi yang bertambah baik di Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Benar-benar kehilangan wajah rakan-rakan yang ceria tersenyum kerana semua projek berjalan lancar. Apatah lagi Selangor sekarang ni diperintah oleh watak-watak yang hebat belaka... korporat, professional, pejuang keamanan dan kebebasan serta berbagai watak yang ditonjolkan semasa pilihanraya umum yang lalu. Pendek kata, watak 'superhero' segala. Dek kerana gegak-gempitanya suara mereka menikam dan menerjah watak-watak yang didakwa jahat, korup, sombong... maka berbondong-bondong la orang memangkah mereka kerana percaya bahawa mereka itu 'superhero' yang boleh membawa perubahan drastik. Dan selepas dari detik itu... bermula la Kisah 1001 Malam.

Bukan sedikit orang yang berbual dengan saya tentang kerajaan 'superhero' ini... Pakatan Rakyat (PR). Hampir setiap hari... saya terima email yang bertanyakan pendapat tentang PR... saya pun tak paham kenapa pendapat saya diminta walhal saya bukanlah ahli berdaftar dengan mana-mana parti politik... jauh sekali pengalaman berpolitik. Tapi bolehlah kalau setakat politik kedai kopi tu... kalau setakat nak menghentam dan menuding jari kat orang... boleh la sikit-sikit. Itupun saya belajar dari orang gak... dari ahli politik sekarang ni.

Dek kerana panjangnya cerita 1001 malam ni... saya ringkaskan la. Terbaca saya di Sinar Harian hari ni... seorang 'superhero' dilantik sebagai Penasihat Ekonomi. Kata Bapak Menterinya, pengalaman 'superhero' itu yang memungkinkan perlantikan itu. Saya juga ambil maklum la... memang Sheikh sorang ni banyak hubungan baik dengan negara luar dan doa saya juga agar Selangor akan menjadi lebih baik kedudukan ekonominya.... BERMULA DARI HARI PERTAMA BELIAU MENJADI PENASIHAT EKONOMI. Saya pasti beliau ini dilantik kerana watak 'superhero' yang bisa memungkin segala-galanya dibuat lebih berkesan dan cepat. Kalau beliau pun kerja dan hasilnya sama je macam exco-exco kerajaan yang ada... memang naik hangin kita semua nanti. Dan tak payah la nak kena tunggu 1001 malam baru nak naik ekonomi Selangor ni... kita pegang KPI dia dan kalau tak bagus gak dalam 3 bulan pertama ni... YOU ARE FIRED. Tak payah la war-warkan gaji beliau cuma RM1 sebulan... saya rasa Bapak Menteri yang sememangnya kaya-raya tu patut gaji RM1 sebulan je... elaun kat anak-anak syarikat tu... sedekah je la kat badan amal... kannn.

Tapi nanti dulu... cerita ni saya pasti takkan habis takat tu je... percaya la. Tengok la nanti bila Sheikh ni takleh perform... ada la pulak puak-puak seberang yang komen nanti. Saya gerenti, Bapak Menteri pun macam biasa la akan buat statement... akan buka segala macam 'rahsia' orang lama bagi 'menutup' kisah malam pertama... panjang berjela la nanti dia buat cerita malam ke-2. Dan kita rakyat pun terhegeh-hegeh la mendongak nak dengar cerita malam berikutnya. Dek kerana asyiknya nanti kita dengan kisah malam ke-3, lupa sungguh nanti kita akan kisah malam pertama yang takde kesudahan. 'Tagline' kegemaran mereka... tak boleh dilaksanakan sebab 'masih ada saki-baki orang lama dalam kerajaan'... pendek kata, orang lain jugak la yang buat hal. Kita yang duduk kat kedai kopi ni kalau asyik dengar tagline tu je pun lama-lama menyampah gak.

Belum pun sempat pujian dan tahniah diberikan kepada Sheikh ni.... dah keluar pulak cerita Bro Zaid kata... Nik Aziz patut jadi Kepala PR... pulak. Kan kata dah... belum pun sempat nak tau detail pasal Penasihat Ekonomi yang 'super hebat' ni... dah Bro Zaid kata kalau nak rakyat masih terus menyokong PR... lantik la Tok Guru jadi kepala. Tok Guru pun belum sempat menangkis buruk sangka orang yang dengki sebab ada insan yang nak 'sponsor' Tok Guru ke Mekah. Ni dah kira cerita malam ke-3 pulak ni... panjang cerita ni. Kalau dah Bro Zaid kata camtu... bermakna kalau lantik Pak Sheikh jadi Penasihat Ekonomi, orang Selangor akan lari dari memberi sokongan terhadap PR? Ni dah jadi cerita dalam cerita malam pertama ni... pening Yusof Haslam kalau baca skrip ni. Kalau betul la semua setuju dengan cadangan Bro Zaid... nak ke YB PKR dan DAP buat 'baiah'? Draft baiah pun ada 2 version... boleh pilih... isteri atau parti.

Tup-tup... Bro Azmin pecah lubang la pulak pasal 'orang dalam' syarikat pasir Selangor 'curi dan jual' pasir... cerita cadangan jual pasir Selangor ke Singapura bagi menjana pendapatan negeri pun masih hangat di pasaran. Kalau dah permintaan dalam negeri pun hebat sampai curi-curi pasir... apahal la pulak nak jual ke Singapura... ish. Tapi ada dengar jugak la cerita kata... jual pasir juta-juta tapi royalti ke kerajaan tempatan sikit... apa cerita? Dah berlonggok la pulak orang kat kedai sebelah nak dengar cerita malam ke-4... machaaa, teh tarik satu lagi.

Panjang kalau nak bercerita ni... sama panjang la macam cerita Harry Potter. Harap-harap kalau nak 'cover line' cerita pun... tak payah la asyik bukak pekung orang je semata-mata nak harapkan sokongan dan simpati pengundi-pengundi seperti kami ni... baik orang seberang sini atau orang seberang sana. Muak sebenarnya bila tengok kerenah kamu semua ni... asyik menepuk air dalam dulang. Itulah... dulu korang sendiri yang melukiskan watak korang macam 'super hero' masa nak raih undi dulu... jadi tak keterlaluan jugak la kalau rakyat mengharapkan perubahan ala 'superhero' kan... 'you asked for it' kata orang kampung saya. Tiba-tiba bila tak boleh nak buat. olah pulak cerita lain nak 'cover line'... tak bagus la macam tu kawan... haisss.

Seronok la pulak tengok Bro Najib akhir-akhir ni... tu hari Bapak Presiden Indonesia datang ke Malaysia lepas dipilih semula sebagai presiden. Lepas tu, Taipan China pulak datang jumpa Najib... tup tup hari ni... Najib dengan semua taiko-taiko ekonomi. Sungguh-sungguh betul nampaknya Bro Najib ni jaga Malaysia... tapi dengar ada la pulak arahan suruh serang dan burukkan peribadi Bro Najib. Ala tak best la macam ni kan... orang dah kerja kuat tu, kita nak naya dia pulak. Kalau dah dikatakan teruk sungguh Bro Najib ni... tak nampak pulak apa-apa yang hebat berlaku di negeri-negeri PR... macam tu gak dengan cerita 1001 malam yang tak berkesudahan.

... apa pulak agaknya cerita malam ke-5?

1 comment:

  1. Salam bro,

    agak musykil juga kenapa tetiba tan sri lantik penasihat ekonomi selepas hampir 2 tahun memerintah? Satu jangkamasa yang agak lama untuk membuat keputusan melantik penasihat ekonomi, kalau 6 bulan lepas memerintah ke setahun ok la. Mungkin agak terdesak atas sebab faktor kecelaruan di Selangor.

    Yang kedua, kenapa Anwar? Penasihat ekonomi kan bagus kalau dilantik dikalangan ahli bukan politik sebab nanti ianya pasti akan menyebabkan pertindihan dari segi pentadbiran. Politik nak jaga, ekonomi nak jaga. Rasanya ramai lagi penasihat ekonomi yang berpengaruh di Malaysia. Pak syeikh tu biar dia berpolitik sudah la. Dulu dia pun pakai penasihat eknomi juga masa jadi Menteri Kewangan.

    Tapi sungguh kehadiran taikun China ke Malaysia untuk lawatan balas memang memberikan impak yang besar terutama sokongan China kepada Malaysia.Agak bagus juga dari segi reputasi najib as Perdana Menteri.

    Komen den tentang Tok Guru pergi Haji dengan sponsor tu, terpulanglah pada pendapat masing masing. Bagi aku kalau nak pergi Haji ke Umrah ke, selagi kita mampu mencari dan menggunakan titik peluh dari rezeki yang halal baik kita guna duit sendiri dulu daripada harapkan sponsor. Yang kita nak pergi bukannya tempat pelancongan...tapi pergi ke rumah ALLAH swt.

    Semoga cerita 1001 malam nie ader pengakhirannya...mungkin...?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...