Friday, October 25, 2013

PERCUBAAN UNTUK SIHAT

'Apesal boroi ko sekarang Mie... buncit nih'. Itulah kata-kata kawan saya bila lihat sekali-sekala.

'Ko nak masuk bodybuilding ke?' Itu juga kata-kata kawan saya bila lihat saya sekali-sekala.

Apa pun... mereka amat prihatin dengan keadaan saya hahahaha ambil peluang mengutuk, hantu korang. Saya rasa anda juga biasa mengalami keadaan sedemikian... janganlah ambil hati, setidak-tidaknya mereka ingin bertanya khabar walaupun dengan cara yang unik haha. Kalau diaorang buat tak tau je macam mana... sentap pulak kan.

Saya tahu saya perlu sentiasa sihat... itupun yang diajar Islam. Kerjaya saya memerlukan kerahan tenaga dan otak yang amat maksima... kerja sendiri begitulah. Kita fikirkan dan lakukan segalanya sendiri... A-Z. Alhamdulillah, dikurniakan Allah sedikit kebolehan dan pengetahuan untuk bekerja. Dalam masa yang sama, saya sedar saya perlu berkeadaan sihat... untuk sihat sudah pasti saya perlu bersenam selalu. Banyak bergerak melakukan kerja harian bukanlah senaman kerana otak berjalan secara 'stress' untuk melaksanakan kerja.

Apa cara mudah? Itu soalan yang biasa kawan-kawan tanya.

Untuk berdiet dan jaga makan... saya rasa saya akan gagal secara total di situ. Hello... Malaysia terkenal dengan segala makanan yang sedap-sedap dan pelbagai.

... saya tahu saya kena bersenam juga.

Aerobik adalah salah satu cara... lihat abang-abang macho di bawah.


Betapa cerianya abang-abang di atas melakukan aerobik... kita kena bersenam seperti mereka.

Tapi nak mula memang susah kan... kita tiada pilihan, percayalah.

Apa yang boleh kita lakukan dalam keadaan 'takde masa'...

... kita boleh letak kasut jogging dan pakaian sukan dalam kereta. Berhenti di mana-mana, tukar kasut (kalau tak sempat tukar pakaian pun takde)... dan mula berjalan atau lari.

... pergi gym dan tanya trainer untuk jenis latihan yang mengambil masa 1/2 - 1 jam.

... angkut basikal kat belakang kenderaan dan kayuh la di mana-mana bersesuaian.

Itulah antara yang boleh kita lakukan... saya pasti ramai seperti saya, nak diet tu minta maaf la. Saya suka makan.

Kalau nak cari alasan juga... takpe. Berdiri depan cermin dan tanya diri sendiri... ITU SAYA KE?

Selamat bersenam


Read more

Wednesday, October 23, 2013

KEDAI MAMAK

Ramai yang tertanya kenapa orang lelaki di Shah Alam ni (dan di tempat lain juga kot) suka makan di kedai mamak... breakfast, lunch, dinner dan kadang-kadang supper di situ.

Memang ramai sepanjang masa... saya pun kadang-kadang layan situ juga.

Apa yang bestnya...


Saya tak tau orang lain... tapi kalau saya order Nescafe Tarik kaw kurang manis, macam tu la rasanya hari ni, semalam dan kelmarin. Kita duduk je, macha dah datang ambil order... sekarang diaorang ambil order pakai Ipod (macam Ipod). Tak payah kita nak bagitau kat kaunter apa kita makan... sebut saja nombor meja.

Mungkin juga kot orang kita tak suka yang ambil order tu masam je muka bila lama tunggu kita fikir nak order apa... macha-macha tu muka seposen je. Bila dah biasa, kita masuk kedai je dia dah bagi sign language 'Biasa?'... apa pun yang sedap kat kedai mamak tu kan, lauk yang sama je setiap hari hahaha.

Kita pun kadang nak makan ringkas je... ikan, nasi, sayur, kari campur semua... paling extreme pun air limau ais atau limau suam hahaha... kan.

Ada juga yang anti kedai mamak... macam-macam alasan sampailah ke 'ada hantu melambai di depan kedai'. Entahlah... mungkin betul, mungkin juga tidak. Tapi yang pasti saya makan sebab order cepat sampai. Ada juga kedai mamak yang lembab service... percayalah, tak lama lepas tu mesti tutup. Silaplah diaorang... berita cepat merebak di zaman serba 'connected 24-hours' ni. Post saja di Instagram... bersusun komen.

Tak bolehlah nak compare dengan kedai makan Melayu atau kedai makan lain... tiap-tiap satu ada tarikan tersendiri. Mungkin kedai mamak ini telah menempatkan identiti mereka di hati masyarakat Malaysia... ia sebahagian dari 'lifestyle' kita, kalau boleh saya katakan demikian.

Kalau kedai mamak boleh berjaya hingga pemiliknya mempunyai berbelas cawangan... saya pasti kedai Melayu juga demikian.

Kita sekarang bukan sekadar bayar untuk makan... kita mahukan servis yang memadai.
Read more

Sunday, October 20, 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Saya mungkin orang yang paling lambat pergi ke Universal Studio Singapore (USS) di antara kawan-kawan... teruja mendengar cerita kawan-kawan maka saya 'set'kan hari yang sesuai ke sana. Kalau berkunjung ke JB, saya gemar tinggal di Thistle Hotel... tu je hotel yang saya tahu jalannya dan selesa haha.

Saya sekadar membawa pasport Malaysia ke sana... risau juga hendak ke USS dengan memandu sendiri. Kali terakhir saya memandu masuk ke Singapura beberapa tahun yang lalu... USS belum ada. Malahan Legoland dan Iskandar pun belum ada dalam perancangan kerajaan.

Saya bertanya beberapa orang rakan untuk ke sana... jawaban kurang memuaskan hahaha. Saya cerewet... yup. Orang rumah saya cuba bertanya dengan pekerja hotel cara mudah untuk ke sana... RM240 untuk one-way teksi, itu belum tambang balik yang juga RM240... gila beb, RM480 untuk teksi sahaja. Kena pulak bila dia sebut hampir RM200 lebih seorang untuk masuk USS... dua orang hampir RM800 lebih? Tak boleh jadi macam ni... makan?

Tiba-tiba teringat kawan twitter, En. Hazrey yang juga seorang wartawan di JB dan dia beritahu cara paling mudah dan murah untuk ke USS... terima kasih banyak kepada beliau dan di sini saya tuliskan untuk tatapan kawan-kawan. Mungkin ada cara lain yang lebih murah dan mudah... saya tidak tahu.

Ada perkhidmatan bas dari Tune Hotel JB terus ke USS... diuruskan oleh sebuah syarikat travel yang mempunyai pejabat di tingkat bawah Tune Hotel JB. Jadi, sesiapa nak mudah... boleh menyewa di hotel ini dan bersiap pada 7.00am untuk membeli tiket ke sana. Kaedahnya... first come first serve basis. Saya tinggal di Thistle Hotel, jadi terpaksa memandu awal pagi untuk membeli tiket di pejabat Odyssey Travel ini...




Di atas itulah pejabat Odyssey... tempat berkumpul di sini. Bas bertolak sekitar 7.30-8.30am dan akan mengambil kembali kita di USS pada pukul 7.15pm di tempat letak bas di bawah USS... jadi, bila turun nanti ambil gambar tiang dan tempat naik ke USS guna handphone agar tidak terlupa.

Bagaimana dengan package yang ditawarkan...


Bagi sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi nombor telefon di atas... Khai.


RM195 seorang... tambang pergi balik, tiket masuk, Voucher Gift SD5 dan Voucher Makan SD5. Kalau tak silap, voucher gift tu boleh digunakan apabila beli cenderahati di mana-mana kedai di dalam USS untuk barangan melebihi SD30. Voucher makan boleh digunakan di beberapa food court dan cafe di dalam USS.


Di atas adalah jadual berangkat...


Lihat facebook ini sekiranya ingin tahu lebih lanjut.


Tiket ada 3 bahagian... tiket masuk, voucher makan dan voucher gift.


Ambil gambar bas yang anda akan naiki kerana bas inilah juga yang akan mengambil anda balik nanti di USS di tempat yang sama di mana ia turunkan anda semasa tiba di USS.

Ringkasnya begini...

TEMPAT TINGGAL

Lebih murah sekiranya anda tinggal di Tune Hotel kerana bas akan bertolak dari sini. Anda mungkin perlu book awal bilik jika waktu cuti sekolah... pasti penuh. Saya tidak pernah menetap di hotel ini, jadi anda boleh kunjungi website mereka.

MINUMAN

Air mineral 500ml di Singapure berharga SD2.80 kalau tidak silap saya... duit kita dah hampir RM7.00 lebih. Kita boleh beli 7 botol mineral di sini. Bawa beg sandang dan bawa air mineral sendiri dari Malaysia... saya tak nampak pula petugas di kaunter tiket masuk memeriksa beg atau menghalang sesiapa membawa air mineral masuk ke dalam USS. Jauh nak berjalan di dalam USS (sila lawat website USS untuk melihat peta kawasan yang terdapat di dalam USS) korang semua nak aku tulis kat sini kan... memang banyak nak minum air.

Kalau hendak kepastian samada air mineral boleh dibawa masuk, tanya dengan Odyssey nanti semasa membeli tiket. Kedai 7-11 ada di sebelah pejabat Odyssey ini yang juga terletak di tingkat bawah Tune Hotel. Siapa tahu kan tiba-tiba USS tukar peraturan melarang air mineral dari luar di bawa masuk.

TIKET BAS DAN TIKET MASUK

Syarikat Odyssey ni menawarkan pakej menarik... RM195 seorang seperti yang saya nyatakan di atas tak perasan pulak berapa harga budak-budak.

PASSPORT

Pastikan pasport anda sah laku dan belum tamat tempoh... periksa betul-betul.

KASTAM DAN IMIGRESEN

Bas akan berhenti di Pusat Pemeriksaan Imigresen Malaysia... anda kena melalui auto gate, tak payah cop-cop macam dulu. Selepas itu perlu berjalan untuk jarak yang agak jauh ke Pusat Pemeriksaan Imigresen Singapura... pastikan anda telah mengisi borang masuk ke Singapura (minta dari Odyssey), keratan borang itu nanti harus disimpan untuk keluar dari Singapura petang nanti. Jadi, simpan elok-elok dalam pasport.

Sila tanya dengan pemandu bas, di mana mereka berhenti di pusat pemeriksaan imigresen Singapura... samada Stesen A atau Stesen B. Kalau boleh ambil nombor telefon pemandu bas... jangan terlalu lambat sangat, takut ditinggalkan bas nanti.

USS

Jangan tergesa-gesa berjalan di dalam USS... nikmati masa anda sekeluarga sebab bas cuma akan datang pukul 7.15pm nanti. Bayangkan anda sampai lebih kurang pukul 10.30am dan ada banyak masa. Ada beberapa taman tema di dalam USS dan di setiap taman tema ada gift shops dan food court tersendiri... cuma hati-hatilah bila beli makanan, perhatikan tanda halal kalau ada. Mereka bukan seperti Malaysia...

Ok... cukup kot, cerita banyak-banyak hilang thrill nanti.

Oh ya... Hard Rock Singapura terletak di depan USS... lebih kurang macam dalam satu kompleks la. So, keluar awal sikit dari USS dalam pukul 5.30 dan pusing di kawasan kompleks yang ada Hard Rock dan beberapa kedai lain seumpama di Empire, Subang.

Tukar duit Singapura awal-awal di Malaysia... kot la dapat good bargain kat money changer tu. Takde kelam-kabut mencari dalam USS tu... tapi memang ada satu money changer di dalam USS.

Gambar USS terlalu banyak yang saya ambil, jadi tak dapat kongsi di sini...

Selamat bercuti.
Read more

Saturday, October 19, 2013

MERAKYATKAN WAKIL RAKYAT DAN AHLI MAJLIS

Semasa kempen PRU atau pemilihan parti, saya biasa dengar para pemimpin bercerita bagaimana mereka akan jadi pemimpin kepada rakyat... MARHAEN... DEMI RAKYAT! Sehinggalah mereka dipilih dan keadaan akan kembali seperti sediakala... dia jadi YB dan kita tetap jadi rakyat... kehidupan pun berjalan seperti biasa selepas itu.

Selepas PRU13 yang lalu, saya luangkan sedikit masa di perhentian bas awam, perhentian teksi, hospital awam, klinik kesihatan, gerai-gerai makan dan perhentian komuter. Menakjubkan kerana keadaan adalah seperti biasa... seperti belasan tahun yang lalu walaupun PRU bersilih ganti.

Saya lihat jalanraya perbandaran, taman-taman rekreasi awam, landskap jalan, padang-padang awam dan ruang awam di jabatan-jabatan kerajaan... amat menakjubkan kerana keadaannya juga seperti belasan tahun yang lalu.

YB bersilih ganti... semua mengaku wakil rakyat.

YB tukar kereta baru, pakaian mereka lebih kemas sedikit dari selekeh dulu, memakai kot dan tali leher yang cantik, kawan baru dari sektor perniagaan bertambah, dikelilingi oleh orang sibuk berniaga... mereka nampak DIVA. Saya kurang pasti perkataan yang sesuai untuk 'nampak tak macam rakyat marhaen'... mungkin yang tinggal cuma perkataan-perkataan mereka yang sentiasa tidak kering menyebut 'rakyat marhaen'.

YB patut pertimbangkan untuk buat pejabat di Tingkat 8, Hospital awam... kongsi bilik air dengan pelawat dan pesakit bila nak kencing, kongsi kantin di LG ketika makan, kongsi tempat letak kereta ketika datang awal pagi, kongsi lif bila ke pejabat atau sama-sama naik tangga bila lif rosak. Saya rasa YB patut berperangai marhaen untuk memahami ucapan-ucapan marhaen yang sering YB jeritkan di pentas-pentas ceramah.

YB tahu tak menaiki tangga hospital ke tingkat 8 adalah lebih pantas dari menaiki lif... para doktor dan jururawat kerap melakukannya. Jika YB buka pejabat di sini, inshaAllah YB berjemaah dengan mereka setiap hari.

YB patut gunakan segala elaun kenderaan untuk naik pengangkutan awam. Seperti rakyat lain, keluar awal pagi kerana bimbang terlepas komuter, menahan kencing kerana tandas sering rosak, berdiri dalam bas atau komuter dari Pelabuhan Klang ke KL, berhimpit-himpit dengan pekerja asing ketika pulang kerja, mendengar 50 lagu di Ipod sambil menunggu komuter yang dah satu jam lambat. Mungkin selepas bersara nanti, YB boleh menulis buku berkenaan ini... David Teoh pasti inginkan bahan cerita untuk filem-filem dia... HANTU YB NAIK KOMUTER.

YB patut gunakan segala elaun makan untuk menjamu selera di kedai makan biasa seperti kami... seriously YB, bukan sedap pun makanan di coffee house hotel tu. Saya tau kerana situ tempat makan saya dan kawan-kawan yang berniaga. Kami kena makan di situ kerana perbelanjaan di situ ada resit dan kami boleh buat tuntutan tolakan cukai... ya, cukai yang bayar elaun YB. Takkan tak tau pulak... tiap-tiap tahun lulus dalam Bajet di Parlimen... duit kami la tu.

Kalau YB tak tahan lauk di kantin hospital, minta tolong isteri bekalkan lauk... bolehlah makan sama-sama dengan kami semua di taman di tengah-tengah hospital sambil melihat tikus-tikus sebesar kucing riang-ria berlari ke sana ke mari. YB pasti terhibur... cubalah, kerana kami terhibur bila lihat makcik dan kakak melompat dek geli. Kelakar YB... sungguh hahaha.

YB tau tak, makan nasi lemak di gerai biasa tepi longkang yang banyak lalat tu... memang sedap. Sambal sotong itu tidak ada di cafe hotel... saya tau. YB tau tak, warga asing dah pandai masak asam pedas sekarang, sampai saya tak perasan... ingatkan asam pedas Melaka. Tapi kami dah kurangkan minum teh tarik... kadang-kadang minum air suam je sebab harga dah naik. Gaji kawan-kawan saya macam tu juga... mereka juga pakai motor cup EX5 macam belasan tahun yang lalu. Hisap rokok tu biasa la yb... doktor kata, lagi stress hidup... maka lagi kuatlah merokok. Doktor kata macam tu kat kawan-kawan saya YB... kena bayar pulak RM50 ambil ubat setiap kali pergi klinik swasta. Mereka rushing nak ke tempat kerja YB, tak sempat pergi klinik awam... sebab warga asing dah beratur penuh pagi-pagi ambil ubat. Mereka pun sakit YB, maklumlah semua kerja di Malaysia mereka buat... takkan YB tak perasan pulak bila sesekali pergi klinik awam ambil ubat darah tinggi dan kencing manis.

Lupa pulak saya nak tanya YB... 'rakyat' yang YB selalu sebut atas pentas tu, siapa ya?
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...