Thursday, May 3, 2012

DERMA DARAH

Sebulan lebih yang lalu, seorang kawan ada BBM Blackberry Messenger meminta jasabaik rakan-rakan yang dikenali untuk menderma darah kepada seorang anak kepada kawannya yang menghidapi penyakit leukemia tahap serious. Darah A+ diperlukan sangat-sangat dan memang kebetulan itu adalah jenis darah saya. Selama beberapa hari saya cuba memastikan agar saya berada berdekatan dengan Hospital Universiti, Petaling Jaya... senang sekiranya diperlukan segera seriously, dalam hati memang seriau jugak sebab tak pernah derma darah. Namun, bukan rezeki saya untuk berbakti kepada si kecil... Allah lebih sayangkan anak kecil itu dan yang lebih menyedihkan lagi, itulah satu-satunya anak beliau. Kadang-kadang Allah tunjukkan kasih-sayangNya dengan cara yang tidak kita sangka. Semoga roh si kecil dicucuri rahmatNya.


Hakikatnya........


Saya takut jarum... pengakuan jujur hahaha. Harap statement ini tidak akan digunakan oleh musuh-musuh politik di masa akan datang hahaha. Diharap tulisan kali ini dapat memberikan keyakinan kepada sesiapa yang belum menderma darah bahawa...


.........  takde la seriau mana pun derma darah ni haha. Meh dengar pengalaman saya.......




Jumaat lepas, pada 27hb April 2012 semasa segelintir orang sibuk buat persiapan nak pergi Demo Bersih 3.0 selepas solat Jumaat di Masjid Negeri, Shah Alam... saya ternampak 'temporary bay' Pusat Darah Negara di tingkat bawah masjid. Terus saya teringat arwah si kecil dan tau-tau saya sedang beratur untuk mengambil borang di atas... macam kena 'jampi' untuk join 'Demo Baring & Derma' ni apa sangatlah demo haram korang kat Dataran tu. 4 mukasurat beb, macam-macam soalan peribadi ditanya... cuma ada satu soalan yang saya tak berapa faham. Kenapa mereka tanya samada pernah tinggal melebihi 6 bulan di Europe atau UK dari tahun 1980 hingga sekarang... must be a reason behind it saya terbayang aktiviti songsang LGBT, btw mereka yang terlibat dalam aktiviti LGBT mungkin tidak dibenarkan menderma darah... booo!!.


......... siapa yang layak menderma darah?


  1. Anda sihat pada hari itu.
  2. Berumur 18-60 tahun.
  3. Tidur melebihi 5 jam.
  4. Berat badan melebihi 45kg.
  5. Tiada masalah perubatan.
  6. Tidak mengambil sebarang ubat seperti antibiotik atau alkohol.
  7. Telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma.
  8. Bukan homoseks, bisexual, all-sexual, sex workers, drug addicts atau jadi pasangan kategori ini.
  9. Pendermaan terakhir: Whole Blood => 3 bulan / Apherisis > 2 minggu

.... so, pilih cara hidup anda sebelum bercakap tentang hak dan moral, sucks!!


... selepas isi borang macam nak amik exam hahaha





Tu dia, kena beratur lagi... timbang berat badan dan ambil sampel darah untuk ujian jenis darah. Confirmed saya A+. Terer nurse tu beb... dia belek-belek kad tu, dah tau darah kita jenis apa. Seriously, saya menggigil sedikit masa ni mengenangkan jarum besar nak cucuk kat urat tu... hadoiiii lemau. Nak lari, hilang la macho der... kawasan jajahan takluk saya nih.


... berat 71kg, darah jenis A+, nexttttttt!!!




Yang berkepung bagai ni... sesi temuduga. Punyalah perlahan conversation di sebalik tu, kita tak dapat dengar soalan bocor hahaha. Punyalah nurse Pusat Darah Negara jaga privacy penderma... saluteee!! Nurse tu tanya saya balik beberapa soalan penting dalam borang tadi untuk pengesahan. Beberapa orang saya perhatikan tak dapat menderma pada hari tu... ada yang tak cukup tidur, ada yang perut kosong sangat, ada yang baru ambil ubat antibiotik. Apa pun... saya salute la keberanian mereka mengisi borang hahaaha seriously tangan saya masih ketar masa ni, jantung pun macam tak stabil je pam hahaha. Sesi ini berjaya... hoorayyy!! Dan seterusnya ke tempat yang paling menakutkan hahahaha... hadoiii


.... harapan saya biarlah tempat penuh. Tiba-tiba nurse kata 'Silakan Encik baring sini...' Perghhh!!





Tu dia... bermulalah perjalanan suci saya yang berikutnya. Dengan cuba mengekalkan langkah macho Abang Besar... saya memberanikan diri 'berlawan dengan persepsi'. Ini semua hasil orang dulu-dulu la, suka takutkan kitaorang dengan hantu semata-mata nak suruh duduk kat rumah... jarum pun takut.


... seram sejuk lagi




Saya bukan sekodeng nurse tu... sumpah. Tapi inilah pemandangan dari tempat saya baring... sekejap lagi lengan saya akan dipenuhi dengan wayar. Bila nurse tu letak peralatan di kaki saya... lagilah saiko beb.


.... muka maintain macho




Apa ada halllllll!!! Tu dia... darah sedang keluar dengan lajunya. Dulu mati-mati saya ingat jarum tiub tu nak cucuk gitu je kat urat... giler besar cam straw jarum tu bai. Rupanya nurse tu cucuk ubat bius tu dulu... sakit la sket cam kena geget semut ayat arwah abah masa saya nak sunat dulu. Bila nurse tu cucuk jarum besar tiub tu... tak rasa apa, Alhamdulillah. SAYA BERJAYA MENGATASI KETAKUTAN BERTAHUN-TAHUN LAMANYA... YESSSSS!!! Pam, pam dan pam... fikiran saya masa tu masih teringatkan arwah si kecil... hampir menitis juga airmata.


.... soalan lazim kawan-kawan. Berapa banyak darah ko diaorang amik?




Korang jangan tanya aku la berapa liter ke, pint ke, kg ke... yang aku tau, satu paket. Tengok sendiri... darah yang bakal didermakan kepada mereka yang memerlukan. Semoga usaha kecil ini bermanfaat untuk rakyat Malaysia. Pergh... masa tu memang rasa macam baru balik perang. Rasa macam nak masuk syurga pun ada hahahaha... aminnn. Apehal la korang gi derma darah kat Demo tu, lepas tu publish tayang kat FB... hekelehhh.


....... berrrrrakhirrrrr sudahhhhh




'Encik baring dulu 10 minit ye'
'Baik nurse'
... hehehehe




Terimakasih kepada kakitangan Pusat Darah Negara kerana sanggup berjalan merata Malaysia untuk memastikan bekalan darah mencukupi untuk mereka yang memerlukan.


...... selepas 10 minit




Saya diberikan makanan dan minuman ini untuk alas perut selepas menderma darah. Cuma minum 100 Plus dan makan Oat Krunch je... tak larat makan yang lain tu sebab, perut dah teringat nasi hahaha. Alhamdulillah, takde rasa apa-apa pun lepas derma darah tu... cuma ada 'bayang' sikit la. Patut la diaorang suruh baring 10 minit dulu.


...... pergh, ada sijil beb




Sijil penghargaan dari Pusat Darah Negara sebagai tanda terima kasih Kerajaan Malaysia... honestly, saya amat berbesar hati menerimanya. Terharu dan bangga... fikiran saya masa tu masih teringat arwah si kecil. Walaupun saya tidak pernah bersua dengannya tapi... entahlah, seperti beliau ada.


.... akhirnya buku merah ini milik saya.





Buku rekod derma darah ini amat besar maknanya... saya amat bangga memilikinya bersama-sama dengan jutaan lagi penduduk Malaysia yang telah menderma darah. Anda tidak akan dapat dengan membelinya sebab takde kedai buku yang jual... hahaha. Ada berbagai keistimewaan sebagai penderma darah... rawatan percuma hospital kerajaan, wad kelas satu... dan bla bla. Kalau nak tau apa... DERMA DARAH dan baca sendiri notis di dalam buku tu. 


Alhamdulillah, sejak dari kecil saya ingin melakukan berbagai jenis perkara dan merasai setiap jenis makanan di berbagai jenis kedai makan walaupun hanya sekali. Dan kali ini, saya telah berjaya menderma darah. Tak perlu jadi superhero untuk menderma darah... insyAllah mudah dan saya sepatutnya berbuat begini sejak di ITM lagi... takpe la, mungkin ini permulaan yang baik.

So, sahabat-sahabat pembaca sekalian... kadang-kadang kita rasa patut derma darah atau rasa ianya satu perbuatan mulia atau sekadar ini membantu. Apa pun niat kita... darah itu nanti banyak membantu mereka yang memerlukan. Ikhlas ke tak ikhlas ke... kadang-kadang paksaan terhadap sesuatu yang baik akan menjadikan ianya satu tabiat yang menguntungkan kita dunia akhirat.

CUBALAH... ANDA JUGA BOLEH MELAKUKAN PERUBAHAN DAN MENOLONG MEREKA YANG MEMERLUKAN.
Read more

MAKAN DAN SEDEKAH

Suatu perkembangan yang baik tentang Shah Alam ialah... politik makin membosankan semakin banyak tempat makan yang tumbuh macam cendawan selepas hujan btw tak silap saya banyak lagu yang guna keyword hujan kan. Bagi mereka yang bukan orang Shah Alam, tentu akan pening jika saya sebutkan segala seksyen yang ada di sini di mana segala bagai kedai-kedai makan itu terletak, kerana apa yang mereka akan terbayang adalah 'Shah Alam yang menakutkan dengan banyak roundabout' hahaha.


.... STOP!!


... dah lari topik, iklan beb. Berminggu-minggu melayan cerita politik je... akal ada sedikit lemau. Sekali layan dah rasa macam tersilap... layan banyak-banyak kali, macam torture pulak.

Ok... pasal kedai-kedai makan tadi, seriously memang semakin banyak dan terdapat berbagai pilihan. Nak cerita satu persatu... lain kali la ya. Saya nak cerita tentang kerenah 'pengunjung touch and go'... budak jual barang, pakcik minta derma, makcik jual keropok, budak tah mana punya NGO minta donation macam-macam pusat... dan macam-macam lagi. Sekali-sekala layan sambil makan tu boleh tahan sabar lagi la... kalau dah 5-6 datang, kepala ada sikit 'weng' la... hangin beb, hangin hahaha.


.... ADEGAN BERMULA!!


Restoran Syed kedai mamak la, ada orang tak suka... uwekk :p adalah salah satu dari tempat yang saya suka makan err saya tak pasti ada ke tempat makan yang saya tak suka di Shah Alam haha. Haji Syed tu pun dah macam kawan budak-budak kata abah hahaha dan pekerja dia pun dah kenal saya... dah berbelas tahun saya makan situ beb, sejak dari ITM lagi. Senang parking di situ MBSA datang baru bayar parking :), surau pun tak sampai 100m... dan boleh refill air free hahaha.

Cukup la promo Syed. Breakfast simple je... selalunya barli panas dengan roti bakar. Sesekali tu bila terasa nak rosakkan kesihatan, order la Nescafe tarik dengan roti canai kononnnn!! Tak sampai 10 minit duduk, nah sorang budak datang jual nih...



'Assalamualaikum bang, saya... anak yatim... jual... kalau taknak beli... sedekah berapa sahaja....'. Seriously, saya tak berapa dengar sangat semua ayat yang disebutnya dan tidak juga saya nak jadikan hal ni 'lawak'. Mood nak makan boleh jadi marah beb... budak tu sepatutnya sedang sekolah. Bila saya offer dia makan... dia takmo, Dan bila saya beri duit RM5... dia terus bagi kismis ni 2 kotak dan terus jalan. Saya tak tau samada 'saya telah melakukan sesuatu untuk pahala' atau saya sekadar kesian kat budak tu. And you know what... kadang-kadang sampai 2-3 orang budak-budak macam ni muncul... get serious!!


... BABAK KEDUA!!


Tak berapa minit kemudian, datang seorang pakcik saya tak sanggup describe cara pakaiannya kerana ia mencerminkan seorang Muslim... 'Assalamualaikum... mintak derma cik', dia hulur folder sama macam yang kita guna letak sijil masa nak cari kerja lepas grad dengan macam-macam gambar, surat dan entah hapa-hapa lagi. Yang bestnya... saya baru nampak dia semalam di kedai makan yang sama sedang 'menjalankan tugas'. Kalau tak pun... orang lain yang mungkin satu geng, tukar port je... takut orang cam. Tapi bukan besar pun Shah Alam ni... kita pergi makan kat tempat lain, kita akan jumpa mereka balik. Cuma apa yang saya perhati... lepas beberapa bulan, geng ni akan bertukar lokasi. Mungkin saya prejudis... tapi honestly... takkan hari-hari beb. Saya takde masalah bagi sesiapa nak sedekah... ikut niat masing-masing.


.... BABAK KETIGA!!


... datang pulak budak jual minyak angin dan kalendar takwim... urghhhh come on!!


.... BABAK KEEMPAT!!


Ada hari-hari tertentu, saya akan berada agak lama di kedai makan. Businessman chessss!! cam saya ni kerap jumpa orang di tempat-tempat macam ni... di mana boleh bincang, di situlah ofis kami hahaha. Tiba-tiba datang pulak tah warga mana tah... gaya macam kurang upaya, cam geng Taliban ada China mainland ada, Kublai Khan pun ada... pun mintak derma gak. Padahal, baru pagi tadi jumpa di tempat yang sama. Serious beb... diaorang buat kita rasa bersalah. Tak bagi... macam tak masuk syurga pulak. Bagi... hati pun dah goyah tak ikhlas. Fikirlah... hari-hari?!!


.... BABAK KELIMA!!


... ada masa-masa tertentu ada makcik-makcik datang pegang beg plastik besar kiri kanan tangan nak jual keropok. Pernah juga la... macam-macam makanan ada dalam kereta sebab asyik beli. Tak beli kang... keluar ayat makcik-makcik tu kata datang dari jauh... susah. Mau tak menitik airmata dibuatnya... beli jugakkkk!! Dalam sudah panas hati... sapa nak makan rempeyek banyak-banyak. Sudahnya longok kat Kelab Bolasepak kitaorang... hahaha bagi la sapa-sapa yang datang tu makan.


.... BABAK KEENAM!!


Sesekali budak-budak Cina dan akak-akak India akan muncul dengan macam-macam folder foster homes, rumah orang tua dan entah hapa-hapa lagi NGOs. Kadang-kadang promote entah hapa-hapa barang... kita dah bagi signal takmo tu, datang gak. Korang suka bila tengah baik punya saperderk... orang datang letak barang atas meja?


.... BABAK KETUJUH!!


'Bang, saya nak promote buku-buku agama. Takpe bang kalau taknak beli, dengar dulu saya nak cerita apa. Ini Yasin bang, cetakan baru...' 

'Takmo dik, takpe...'. 

'Ok bang, macam mana dengan ni... tajwid'. 

'Takpe dik, dah beli last week'.

'Ye ke bang, ok. Yang ni macam mana bang... sesuai untuk kanak-kanak...'

'Takpe dikkk....' suara sudah sampai key Azlan The Typewriter.

'Ok bang, assalamualaikummmm...'


.... BABAK KELAPAN!!


Perut yang kenyang, boleh lapar balik korang tau tak. Hari-hari diaorang muncul... takkan nak makan kat Hotel Concorde. Tokeh balak pun surrender beb....


.... MORAL OF THE STORY


Hahaha saya takde la marah pun sebenarnya... tulis kena la dramatik sket kan. Ikutlah masing-masing, kadang tu memang rasa kesian... kita pun hulurlah, tengok la siapa yang datang. Kalau segar-bugar tu... gi la cari kerja macam orang lain.



.... MERIAHKAN MALAYSIA KU YANG INDAH NI.


.......... korang ingat dah habis cerita? Start keta sampai trafik light... ada pulak foreigner mana tah jual tasbih dengan sticker ayat Al-Quran. Perghhhhhhhh champion laaaaaaaa...
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...