Thursday, March 31, 2011

THE WARUNG, MID VALLEY

THE WARUNG adalah sebuah kedai makan ala-ala kopitiam yang terletak di Mid Valley, KL... agak tersorok dari pandangan ramai kecuali mereka yang datang menggunakan LRT. Kedudukan kedai ini terletak di tingkat 1 rasanya kot di hujung bahagian terletaknya Jaya Jusco. Di sebelah kedai ini ialah jambatan besi yang menghubungkan dengan apartment yang terletak di seberang jalan.

Dah lama sebenarnya saya  nak ambil gambar tempat makan ni. Layout kedai ni agak simple dan apa yang menarik minat saya adalah... meja makannya sama seperti rekabentuk meja yang digunakan pada tahun 70an dan awal 80an dulu... retro la kiranya... ditambah lagi dengan kerusi kayu.  Kali ni saya agak bermurah hati... saya sempat ambil gambar pekerja di situ yang saya lihat amat peramah dan rajin menegur... guys, you're on air now.


Dulu... inilah bekas lada hitam dan kicap yang digunakan... dalam bekas plastik. Selalunya kedai kat pekan-pekan kecil je guna bekas macam nih.


Kebetulan hari saya datang ni... perut tak begitu lapar. So, cuma order banjo special dan kopi tarik. Apa rasanya... kopi tarik kalau tak panas, memang tak berapa kaw la rasanya. Dan banjo telur special tu... boleh la tahan... banyak sangat mayonis yang diaorang letak, so dah jadi manis sket. Tekak saya ni kalau benda manis dan banyak garam... memang bunuh selera la. Makan cuma 3/4 dan tak habis... tak boleh la nak komen banyak sebab makanan lain saya tak cuba lagi.


Inilah lebih kurang view kedai ni yang terletak di depan F.O.S... sempoi je. Pekerja boleh tahan ramai dan kerusi meja boleh dikatakan mencukupi untuk menampung pelanggan. Semasa saya ke sana... agak penuh juga dan ramai juga yang makan nasi lemak bungkus... sedap kot tapi takut pulak buncit perut banyak makan nasi.


Tu dia... jenis-jenis makanan yang dijual... boleh tahan menarik dan banyak pilihan. Ada local foods malahan western foods. Sedap tak sedap... wallahualam, kena try juga another round nanti. Bagi yang tidak suka merokok... tempat ni memang sesuai la sebab dalam mall memang tidak dibenarkan merokok.


Dia boleh sempat tanya saya lagi... 'Abang amik gambar saya ke?'. Inilah brader yang hantar minuman... laju jugak dia kerja.


Macha sempat lagi tanya... 'Bang, saya pun nak jugak keluar dalam blog abang'. Haha... takde hal punya. Korang kalau sporting posing... aku seribu kali sudi amik gambar. Nampak tak kuih-kuih Melayu dalam bekas depan tu... boleh tahan banyak pilihan.


Adik-adik manis ni sempat sound lagi... 'takkan macha je bang, kitaorang pun nak gak'. Haha... korang semua memang sporting tapi tak tau la korang dapat tengok ke tidak gambar ni sebab terlupa nak bagitau address blog. Sibuk korang bergambar, jangan sampai hangus pulak burger kat belakang tu.

Inilah kali pertama saya ambil gambar pekerja di tempat saya makan... selalunya takut gak nak ambil gambar pekerja situ sebab masing-masing macam segan-segan nak bergambar...takut boss marah kot. Apa ada hal kan... bukan kena bayar pun boss korang confirm takleh bayar fee photography aku haha.

So... kepada kawan-kawan sekalian. Biar kita kalah bergaya... tapi jangan sekali-kali kalah makan. Lagipun itu je yang boleh menyatukan kita semua sebab ayat yang paling suka kita dengar bila jumpa kawan... WEH, DAH MAKAN?... lebih-lebih lagi kalau orang belanja makan... kan.
Read more

Tuesday, March 29, 2011

HOBI LAMA YANG TINGGAL KENANGAN

1970an-80an... pada masa tu sebilangan rumah masih tidak memiliki tv warna rasanya belum masuk Malaysia kot... bahkan masih banyak penghuni rumah tidak mampu memiliki sebuah tv yang herannya masa tu kena bayor lesen TV beb.. masa tu siaran tv cuma TV1 dan TV2 sahaja. Pagi hingga pukul 3 petang adalah rancangan tv pendidikan dan pukul 11 malam dah habis siaran... penutup siaran pula adalah bacaan Al Quran. Budak-budak sekarang kalau dengar agaknya kata... boring beb. So, apa yang budak-budak zaman tu buat... selain dari bersukan dan dengar radio... ada la hobi sampingan.

Sumber: internet
Yup... kumpul stamp. Boleh dikatakan ramai juga budak-budak sekolah minat kumpul stamp masa tu. Terutamanya bagi yang tinggal berhampiran Lembah Klang... banyak sumber dan pilihan. Bagi yang ada kenalan di luar negara... setiap bulan hantar poskad beb, semata-mata nak stamp. Siap sound member suruh guna stamp berlainan setiap kali hantar poskad. Mungkin ramai tidak tahu... stamp is a work of art. Mula-mula, artis akan lukis di kertas yang besar dan memang amat terperinci dan kemudian akan diproses dalam bentuk lebih kecil. So, kumpul stamp ni seolah-olah... kumpul lukisan kecil. Percaya atau tidak... ada stamp tertentu yang mempunyai nilai muka cuma 25 sen tetapi disebabkan faktor tertentu... ianya boleh mencapai ribuan ringgit selepas beberapa tahun... percaya la.

Sumber: internet
Saya tak pasti samada sekolah sekarang masih menggunakan lencana sekolah yang dibuat dari besi seperti contoh di atas. Saya pun tak pasti idea siapa kena pakai lencana yang ada pin di belakang ni sebab tak praktikal langsung. Pertama, menggelebeh beb poket baju. Kedua, berlubang-lubang baju. Ketiga, selalu sangat jadi bahan gaduh dengan pengawas sebab kerapkali terlupa atau tertinggal lencana ni di rumah. Keempat, mudah sangat misplace... sah kena denda kalau datang sekolah.. Kelima, lencana ni kami selalu gunakan untuk main terbalikkan lencana lawan atas meja. Keenam, ada la kutu-kutu mana tah guna lencana ni sebagai senjata bila bergaduh. Walaubagaimanapun... kumpul lencana memang jadi hobi dan memang selalu ambil peluang tukar-tukar lencana dengan budak-budak sekolah lain. Hehehe... itu la pun salah satu modal nak ayat anak dara sekolah... 'u nak tukar lencana dengan i ke?'

Sumber: internet
Bagi yang otai-otai sikit... diaorang suka kumpul kotak mancis. Masa tu kalau siapa ada peluang makan lunch ke, makan dinner ke kat hotel atau pub atau kelab malam memang kelab malam banyak zaman tu, atas stesen bas Klang pun ada... memang selalu cilok mancis yang ada atas meja makan tu. Entah kenapa tah masa tu, hotel mesti ada provide mancis atas meja. Sekarang ni... haram, letak ashtray je... tu pun ada yang cilok buat subenir. Tak tau la samada ada orang maintain lagi hobi kumpul kotak mancis nih.

Sumber: internet

Kumpul duit syiling.dan duit kertas... memang best. Walaupun masa tu agak sukar nak dapat tapi oleh kerana rumah berdekatan dengan Pelabuhan Klang... dapatlah kumpul dari ahli keluarga kawan-kawan yang bekerja sebagai kelasi.

Banyak lagi sebenarnya hobi-hobi zaman dulu yang sekarang semakin dilupakan... nak sebut pun lupa dah bendanya.. Lencana besi sekolah yang saya kumpul berpuluh-puluh banyaknya dulu pun entah ke mana halanya. Cuma tinggal buku-buku stamp dan koleksi duit syiling dan kertas... dan saya masih meneruskan hobi ini kerana minat terhadap lukisan dan fotografi.

... apa agaknya hobi budak-budak sekarang ni?
Read more

Monday, March 28, 2011

APABILA ORANG TUA BERGADUH... ANAK DUDUK LUAR RUMAH

Ahli Parlimen Korea Berkelahi
Masa kita kecik-kecik dulu, kerapkali ibubapa kita menegur... 'korang ni kalau bertemu je mesti bergaduh, macam anjing dengan kucing'. Dah nama pun budak-budak kan... selisih sikit mesti gaduh. Puas la dipujuknya anak-anak supaya berbaik-baik, macam-macam hadiah la dibaginya suapaya anak mahu mendengar kata.

Tapi sekarang dekat Malaysia... hari-hari orang tua bergaduh. Mengalahkan budak-budak yob. Dulu kalau bukak suratkhabar... takde berita lain... mat rempit, buang anak, artis skandal VIP dan khalwat. Sekarang ni... bukak la paper kata orang utara, hari-hari cerita orang-orang tua bergaduh. Nasib baik la mukasurat belakang bahagian sukan tu terkecuali... walaupun kadang-kadang ada jugak berita pegawai-pegawai bergaduh... orang tua gak tu.

... apa nak jadi nih. Kalau orang tanya saya macam mana... biasanya saya jawab... 'macam mana lagi ko nak? memang macam ni la...'. 

Sedang diaorang ni dok bergaduh... akibat dari tsunami dan gempa bumi baru-baru ni di Jepun, sehingga 18 Mac 2011, Kerajaan Jepun melaporkan seramai 6.405 mati dan 10,259 masih hilang manakala 2,409 tercedera. Setakat ni saya cuma dengar tak tau la kot ada laporan lain hanya Putera Malaysia hantar sukarelawan bagi membantu mangsa di sana. Dapat la juga jaga air muka kita yang kononnya terkenal dengan ramai alim ulama tersohor. Agaknya sebab Jepun ni bukan negara Islam... so, tak perlu la kot kita sibuk-sibuk nak bantu. Ye la, diaorang dulu kan ke kejam masa takluk Malaya... so dalam hati agaknya ada yang kata... padan muka. Syabas kepada Putera Malaysia... tetapkan tekad anda walaupun apabila korang pulang ke Malaysia nanti ada orang tuduh usaha ini hanyalah konspirasi politik semata-mata.

Sedang kita dok istiqamah buat demo depan masjid membela orang tua... NATO telah lancarkan kempen serangan selama 60 hari bagi memaksa Muammar Gaddafi letak jawatan. Saya masih ingat dulu, bukan main ramai orang Malaysia yang berbangga apabila bercerita tentang Presiden Libya ni... semua orang agungkan beliau sebab pemimpin Islam yang cukup rendah diri dengan hanya tinggal di dalam khemah. Menggunakan nama Presiden ni dalam apa-apa kempen mereka sekaligus juga melabelkan mereka pemimpin Islam hebat seperti Gaddafi. Namun tidak ada sebarang demo dilakukan apabila negara asing bertindak mencerobohi kedaulatan Libya... tidak ada siapa pun pemimpin di Malaysia yang mahu mendesak agar Israel juga dikenakan sekatan ruang udara... NATO juga tidak pernah bincang langsung nak lancarkan serangan terhadap Israel yang dah bunuh beribu rakyat Palestin... tidak kira orang tua, wanita atau kanak-kanak. Takut nanti kena cemuh dengan orang bukan Islam sebagai TAK COOL.

Sedang semua pihak yang bertelagah saling mendoakan kejahanaman lawan masing-masing... tiap-tiap kali semasa khutbah solat jumaat, khatib selalu mendoakan kesejahteraan semua umat Islam di Malaysia dan merata dunia agar dirahmati serta diredhai Allah. Bukak la mana-mana e-ceramah di Youtube dan sebut la penceramah bebas mana sekalipun... mereka juga membaca doa agar setiap umat Islam dilindungi dan dirahmati... TANPA KIRA POLITIK ATAU BANGSA.

Sedang semua pemimpin Islam saling bertekak siapa lebih Islam, siapa masuk neraka... kedengaran di sana-sini ada orang Melayu-Islam jadi rendah diri dan malu apabila berdepan dengan orang bukan Islam. Segala yang teruk adalah orang Islam... segala yang perkauman juga adalah orang Islam. Ikatan sesama kita semakin longgar bukan kerana perbuatan orang lain dan bukan kerana usrah mubaligh yang kononnya hendak menyesatkan umat Islam... hubungan sesama semakin longgar kerana Yang Berhormat sekalian dok sibuk menjahanamkan satu sama lain untuk menunjukkan kepada kita... mereka adalah anugerah Tuhan yang paling tinggi kasyafnya.

... kepada semua orang-orang tua sekalian, tolonglah jangan bergaduh macam budak-budak. Kalau ada yang jahat tu, saya rasa taklah sejahat Firaun... kalau ada yang baik sangat tu, saya rasa taklah sebaik Malaikat. Patut-patutlah pun kalau nak bertekak. Takut nanti kalau hari-hari bertekak... anak-anak pakat keluar rumah. Nanti tuduh pulak... anak-anak tak pedulikan orang tua.

... bawak-bawak la duduk berbincang ya.
Read more

Sunday, March 27, 2011

MAKAN BOLA TIDUR BOLA - TAHNIAH PNSB F.C.

Tahniah kepada PNSB F.C... pemain, jurulatih, penolong jurulatih, pasukan teknikal, ibubapa, penyokong dan pengurusan Kelab... tahniah kerana hari ini PNSB-Turi telah mengalahkan PPJ  (2-1) untuk Liga FAS Division 1 Group D (2 gol jaringan Hafiz, Jiman kena red card) dan untuk Liga FAS Super League pula... PNSB telah mengalahkan Smart Fokus (3-0) bau telor. (Gol jaringan M Noor, Pacat dan To'yu). Sorry la bro, wa tak dapat datang untuk merakamkan saat-saat kemenangan sebab untuk beberapa perlawanan yang lalu, setiap kali wa datang bawak kamera... korang bukan nak main bola tapi sibuk posing je atas padang hahaha statement cam siot. Apa pun, yang penting korang dah menang hari ni. Majal En. Salleh dah melekat kat aku. Tiap kali aku bawak kamera, korang mesti mengada-ngada kalah.

Walaubagaimanapun, sempat juga saya rakamkan detik-detik semasa korang berlatih pada hari Jumaat sebelumnya... gambar korang takde la banyak sangat sebab yang tak berkenaan sibuk nak bergambar. Tapi macam mana pun... sekali-sekali best jugak hadap pelakon tambahan ni dan beberapa gambar kali ni dari beberapa sudut yang agak kreatif dan bersifat lebih metafora. Mari kita saksikan... siapa yang kena

'Budak-budak ni... lain yang aku suruh buat, lain yang ko sebat... hadoi lemauuu'
'Aku kata 1-2... yang korang gentel sampai kotak D tu apehal'
'Ni macam mana goalie jerit mintak bola, lepas tu boleh tendang tak kena nih... first time aku tengok goalie jaring gol sendiri'
'Suara la oi... SUARAAAAA!!!'
'Takkan nak suruh si Farid jadi subs nih... berat berat'
Weh Coach... ni apehal Kecik pakai baju England ni... baju PNSB mana weh?
Doc sedang menunjukkan aksi fisioterapi
Macam suasana dekat England tu beb
'Kiblat arah belah sana korang tau'
'Aku nak korang libas budak2 Coach Zainal kaw-kaw... dah tua semua tu'
'Coach... takkan kita nak main tiang gol kecik ni... apa barang'
'Coach... dah nak maghrib nih. Bila nak start game?
Briefing sebelum turun hentam bola
Apesal aku tengok Farif ni macam dah slim pulak dari belakang

'KITA BAKOR JE.... KITA BAKOR JEEEEE'

... sudahnya bola jugak la yang menyatukan kita semua. Tak payah la korang sibuk-sibuk nak hadap demo haram atas jalan tu. Negara kita, rumah kita... jangan harap la orang lain nak tolong jaga atau nak kasi huru-hara. Lagi banyak diaorang bercakap lagi kuat BAU TELORRRR. Itu la... dulu takmo amik English education... sibuk sangat dengan bahasa baku nyer. Sekarang bila tertinggal, sibuk suruh gomen nolong... sibuk ngata gomen gile. Agak-agak kalau melebih sangat diaorang ni... KITA BAKOR JEEEEEEE
Read more

Monday, March 21, 2011

RM25 NETT... NAK MAKAN BANYAK DAN SEDAP

Dulu saya pernah tulis apa yang boleh kita makan seafood dengan nilai duit sebanyak RM100. Lebih-lebih lagi zaman ekonomi 'tak berapa nak gi'... tapi tekak nak makan sedap dan kalau boleh banyak pilihan. Hari ni saya cerita pasal RM25/satu kepala pulak... dengan duit sebanyak ni kita boleh makan banyak benda dalam satu makan malam... STEAMBOAT. Memang ada beberapa tempat yang menyediakan hidangan steamboat dan ada yang lebih murah lagi dalam lingkungan RM15-RM22 satu kepala. Cuma seperti biasa, saya kena la pilih satu tempat dulu kan... mana ada time nak gagau merata tempat test beb.


Inilah kedai makan yang saya maksudkan... TUPAI-TUPAI. Kenapa saya pilih kedai ni... pertama, saya pernah makan di kedai yang sama tapi terletak di depan Dewan Bahasa KL. Kedua, tidak jauh dari rumah saya. Ketiga, sebab LAPAR time hujan. Keempat, dah banyak kali saya lalu depan kedai ni... tak tahan, kena singgah gak. Ada banyak lagi alasan tapi alasan terakhir... SAYA SUKA MAKAN. Kedai ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam, berhadapan dengan Apartment Acapella. Sebelum kedai ni beroperasi di sini, dah ada beberapa operator mencuba nasib... tapi gagal dan pernah terbakar sekali rasanya. Saya tak tau siapa ownernya tapi kalau orang kita... baguslah berniaga, mudah-mudahan berjaya.

Bagi suspens sket sebelum cerita bab makan... macam mana kemudahan di kedai ni. Tempat parking memang banyak cuma kalau ramai orang... jauh sikit la kena parking, ala dalam 20-30 meter je jauh. Takkan nak park dalam kedai pulak kan macam ada sesetengah orang, kalau boleh depan pintu kedai walaupun halang lalulintas. Meh kita tengok...


So takde alasan la kan bila dah masuk waktu tu...


Ada juga disediakan ruang makan berhawa dingin yang boleh memuatkan hampir 20 orang kot... saya tengok dari luar je.

Ini pula ruang makan utama... terbuka. Boleh muat ramai nih... ada meja untuk 2, 4 dan 6 orang... so takde masalah nak datang berapa orang pun. Ada tv flat skrin di sudut strategik dan kipas besar... so makan panas-panas memang takde masalah juga. Tapi bila pekena steamboat time hujan... memang tak boleh nak kata apa dah.


Ini pula 'hut' untuk buat air... so kalau sapa-sapa nak minum ala-ala The Beach kat Jalan P. Ramlee tu... boleh try sini... tapi takde alkohol la. Boleh la merasa minum kat bar... haha.


Ini pula beberapa jenis 'sauce' yang ada... sambal belacan pun ada tu.


Agak-agak larat nak makan semua? Mee ada, nasi goreng ada... spaqghetti pun ada.


Berapa pinggan agak tu ada jenis-jenis sayuran


Inilah seksyen nasi dan mee


Spaqghetti... dan mee goreng :)


'Free flow' minuman... air sejuk ada malahan teh tarik, kopi kaw dan teh o pun ada... minum la sebanyak mana yang nak... tapi ambil la sikit-sikit... takut membazir nanti.


Cuba tengok... aneka jenis seafood pun ada... pepahat pun ada beb, bukan senang nak dapat tu.


So bila dah pilih makanan yang kita suka... kasi masuk dalam kuah steamboat tu. Tunggu la dalam 5-10 minit kasi masak sikit... lepas tu confirm tak sabar-sabar nak makan lebih-lebih lagi bila bau kuah tu naik. Kuah untuk steamboat ni ada 3 jenis perasa... pedas, ayam dan manis tapi boleh pilih dua je la. Saya syorkan pedas dan ayam.


i

Ini pula seksyen aiskrim... ada enam jenis aiskrim


Amacam... agak-agak sedap tak?

Seperti biasa la... bila makan steamboat ni kena ambil sikit-sikit. Jangan ambil banyak-banyak dan lambakkan dalam bekas masak steamboat tu... nanti tak larat nak makan macam-macam dan terbuang begitu je, membazir pulak


... nak tahu sedap ke tak sedap, kena la cuba sendiri beb tulisan ini tidak dibayar. Kalau sedap boleh datang lagi, kalau tak sedap... ada banyak lagi kedai steamboat yang ada, rajin-rajin la pusing stereng tu.

Selamat makan... kadang-kadang ini je la kot yang menyatupadukan kita.

Photographer: Shidabee

Read more

Sunday, March 20, 2011

KESAN GEMPA BUMI DI JEPUN... KITA PATUT TAHU

Sedih dan terkejut... itulah reaksi saya apabila melihat video kejadian tsunami baru-baru ini di Jepun. Air laut yang melimpah ke daratan sapu bersih segala yang ada di laluan. Bagi rakyat Jepun, kejadian tsunami dan gempa bumi mungkin perkara biasa namun bagi kita yang berada di Malaysia... ianya amat menakutkan pada pandangan mata. Saya ada juga terbaca di beberapa blog rakyat Malaysia yang berada di sana... dari tulisan mereka pun cukup menggerunkan saya... mudah-mudahan Allah melindungi rakan-rakan kita di sana dan permudahkan urusan pembangunan semula kawasan yang terjejas.


Gambar pusaran air yang berlaku semasa tsunami ini masih menjadi misteri... apakah agaknya yang terjadi di bawah sana. Namun ada beberapa perkara yang mungkin kita patut tahu tentang gempa bumi di Jepun ni... ianya bukan sahaja menjejaskan penduduk Jepun malah ada memberi kesan secara langsung kepada bumi... tempat tinggal kita yang sekangkang kera dan ada yang sanggup saling berbunuhan untuk menguasainya.

BILANGAN GEMPA BUMI SETAHUN DI JEPUN

Saya ada juga terdengar gempa memang kerap berlaku di Jepun dan kalau dilihat dari cara Jepun membangunkan negara mereka... semua struktur bangunan yang dibina haruslah mencapai tahap piawaian kalis gempa bumi yang telah ditetapkan. Secara puratanya dilaporkan sebanyak 1,500 gempa bumi dicatatkan berlaku dalam setahun di Jepun... bermakna hampir 4 kali gempa berlaku setiap hari. Namun kekuatan gegaran tersebut berbeza dan gegaran yang baru berlaku beberapa hari lalu berukuran 8.8 - 9.0. Itu adalah gegaran yang terbesar sejak Perang Dunia Ke 2 dan yang ke-5 terkuat direkodkan sejak tahun 1900.

PUTARAN BUMI

Pakar geo-fizikal dari NASA mengatakan, akibat dari gempa bumi ini... putaran bumi telah dipercepatkan selaju 1.6 mikrosaat. Ini bermakna bila putaran semakin laju, kiraan masa dalam sehari jadi lebih pendek. Serious ni beb... ini baru gegaran di Jepun. Semasa gegaran di Sumatera pada tahun 2004 dulu... putaran bumi telah dipercepatkan selaju 6.8 mikrosaat. Jangan ingat takde kesan sampingan akibat putaran bumi yang semakin laju ni... ianya akan menyebabkan eko-sistem dan cuaca bumi menjadi semakin tidak stabil dan jangan terkejut suatu hari nanti... salji boleh turun di Shah Alam.

REAKTOR NUKLEAR DI JEPUN

Jepun adalah negara ke-3 besar pengguna tenaga nuklear di dunia dan ada 52 reaktor nuklear yang aktif seluruh Jepun manakala 3 buah lagi di dalam pembinaan. Banyak tu beb... dan kejadian gempa bumi baru-baru ni menyebabkan dua buah loji di Fukushima terbakar dan bocor. Udara dan air telah tercemar dengan bahan uranium dan mula merebak. Bayangkan Jepun yang terletak di atas plat gempa bumi yang sangat aktif dan ada 52 buah reaktor nuklear di atas Jepun... kalau la semua sekali bocor... selamat jalan romeo la dunia nih. Sekarang rakyat dunia telah mula mempersoalkan keselamatan loji-loji nuklear kerana walau secanggih mana pun teknologi pembinaannya tetap tidak dapat melawan kehendak alam semulajadi.

RADIASI YANG MEREBAK

Jangan sangka radiasi hanya merebak melalui air dan udara. Kena ingat, sistem pengangkutan dunia sekarang amat cepat dan cekap. Pagi sarapan di Tokyo... malamnya dah boleh dinner di Kuala Lumpur. Kita dok screen orang yang masuk melalui pintu masuk imigresen di lapangan terbang... habis, kapalterbang yang mendarat tu siapa nak buat whole body screen?

So sekarang nih... apa yang bestnya kalau teknologi yang terlalu berlebihan akibat dari sikap manusia sendiri yang gilakan kemajuan teknologi dan penggunaan tenaga... akhirnya membunuh diri sendiri secara perlahan? Kalau tak perlu pasang lampu rumah tu... tutup je la... berjimat-jimat la sikit.  Bukan sahaja tenaga nuklear digunakan untuk supply keperluan tenaga dunia malahan arang batu juga dibakar secara maksimum untuk tujuan yang sama. Bila asap bahan bakar dari fosil lepas ke udara setiap hari ditambah lagi dengan asap kereta yang juga dari bahan bakar petrol... tak best rupanya tinggal di bumi ni.

... tu belum lagi dari asap rokok yang orang dok bakar setiap hari... hadoi lemau nih.

Percaya atau tidak... ada sebuah pulau yang terletak sangat berhampiran dengan pusat gempa bumi yang berlaku di Sumatera pada tahun 2004 yang lalu yang tidak bergantung pada kecanggihan teknologi moden apabila berlakunya gempa. Penduduk pulau ini seramai hampir 700,000 orang tapi tsunami yang melanda pada tahun 2004  lalu hanya mengorbankan 7 orang sahaja. Sejak turun temurun mereka menurunkan cerita nenek moyang apabila berlaku sahaja gempa, penduduk akan lari ke bukit berhampiran kerana tahu ombak besar akan melanda kampung... semuanya kerana hubungan kemasyarakatan yang begitu rapat dan saling mengingati.

... kita dok perabih duit belanja entah hapa-hapa tah untuk bagitau gempa nak melanda... buang duit betul.
Read more

BUKU MEMOIR TUN MAHATHIR


Saya kira semua orang dah tau kot pasal buku nih... RM100 senaskhah... boleh tahan mahal. Beberapa hari selepas dilancarkan, buku ni sold out... tak silap saya MPH dan Borders masing-masing edar 5,000 naskhah dan dengar khabarnya juga 3 hari kemudian... habis. So, ramai yang dah order kena tunggu cetakan yang berikutnya. Saya pun terlepas tapi kebetulan semasa hendak beli suratkhabar di myNEws.com di 1Utama... ada beberapa naskhah masih dijual. Mungkin kerana kedudukan kedai ni yang agak terpencil, ramai yang tak perasan buku tu. Malangnya, buku yang saya beli tersilap cetak... ada jumping pages selepas mukasurat 56. Semalam baru ada kesempatan untuk tukar yang baru dan terkejut juga... masih ada beberapa copies di rak sedangkan ramai juga orang merungut sebab terpaksa tunggu hujung bulan untuk dapatkan sebuah di MPH atau Borders.


Memang tebal beb buku nih, kualiti kertas pun bukan jenis kuning-kuning macam kertas surat beranak kita dulu... putih la. Kalau nak diusung sana-sini dalam beg, mau luruh gak bahu... saya lebih rela la usung kamera Olympus PEN-2 dan Sony video cam tu dalam pouch kecil saya yang disangkut di pinggang. So, baca kat rumah je la buku ni nampaknya.


Tu dia... sampai Chapter 62 yang berakhir di mukasurat 809. Selepas tu sampai mukasurat 843 adalah Glossary dan Index.


Ini adalah tajuk babak pertama... hanya 23 mukasurat dan selepas itu terus babak 'I Am A Malay'. Menarik juga susunan babak ni... kena tunggu habis baca dulu baru boleh ulas hal-hal tersirat... hahaha.


Seperti kebanyakan buku-buku memoir yang lain... dan sama macam sesetengah filem... penutupnya mesti ada persoalan baru yang cuba ditimbulkan. Tun Mahathir memerintah hampir 22 tahun... tentu beliau lebih melihat perkara lebih mendalam berbanding kita dan bukan semua boleh diceritakan.

So, takmo la komen banyak-banyak sebab tak habis baca... tengok la macam mana nanti... selamat membaca
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...