Monday, February 28, 2011

APABILA ANAK KECIL BERAKSI DI PADANG BOLA


'Sangat meriah'... itulah kata-kata yang boleh saya ungkapkan apabila berkunjung ke Stadium Mini, Seksyen 13 Shah Alam hari ni. Begitu ramai anak-anak kecil yang saya lihat begitu bersemangat bermain bola di setiap inci ruang yang ada di padang bola stadium itu. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor melalui Akademi Bolasepak PNSB merupakan penggerak utama program bolasepak remaja ini... kalau tak silap saya, tahun ni merupakan tahun ke-5kot program ini dijalankan.

Pada awal program ini dijalankan... sambutan agak terhad namun ianya berkembang setiap tahun. Dengan adanya program ini juga, PNSB telah melancarkan Karnival Bolasepak Merdeka setiap tahun sempena meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia... dan sambutan pada setiap tahun memang di luar jangkaan. Saya dimaklumkan juga ada pasukan yang tidak berpeluang menyertainya kerana terlalu banyak pasukan yang ingin bertanding.

Kelmarin saya sempat berkunjung menyaksikan latihan oleh pelatih Akademi Bolasepak PNSB dan ianya sama sekali menghapuskan sangkaan saya bahawa budak-budak sekarang cuma minat main bola di televisyen... atau main PSP... atau lain-lain jenis permainan yang tidak memerlukan mereka untuk bergerak aktif.



Inilah sebahagian dari gambar yang sempat saya paparkan di sini... ada beratus-ratus lagi gambar. yang mungkin akan saya haplod jika berkesempatan nanti... insyAllah. Dan penyertaan remaja perempuan juga adalah di luar jangkaan saya. Syabas kepada semua tenaga Akademi Bolasepak, Kelab Bolasepak PNSB, ibubapa dan semua pelatih akademi... selamat majujaya, semoga suatu hari nanti saya akan melihat anak-anak remaja ni menyarung jersi pasukan antarabangsa... mudah-mudahan berkesempatan lihat mereka bermain bersama The Gunners...

... hail Meriam Kabaid!!!


Read more

SHAH ALAM vs MERLIMAU

 
Hujung minggu nih pilihanraya kecil di Merlimau, Melaka. Tiba-tiba saja tempat ni menjadi terkenal bagi sesiapa yang setakat sampai ke Bandar Hilir jika bertandang ke Melaka... bak kata orang Melaka... lahabau betul, Merlimau pun tak tau dekat mana. Kalau nak tau... tengok google map... hahaha.

Memang takde mercu tanda yang menarik di Merlimau nih... beberapa kilometer dari sini jika menghala ke selatan, kita akan sampai ke Muar (ada orang sebut 'Muau'... ada yang kata 'Muor)... kira dah masuk Johor Utara la tu. Berhampiran Merlimau ni juga la terletaknya dua tempat ikan bakar yang menjadi buah mulut pelancong yang datang ke Melaka... Pernu-Umbai dan Serkam. Ada juga beberapa lagi tempat lain seperti di Pengkalan Balak.

Itu baru sebut ikan bakar... belum lagi asam pedas Melaka. Memang pelancong akan cari dua benda makan ni... ikan bakar dan asam pedas. Saya pun tak habis lagi explore semua tempat makan yang ada di Melaka... maybe satu hari nanti nak kena stay sana dalam seminggu kot... jalan-jalan kasi gemuk makan.

Tiba-tiba saya teringatkan Shah Alam... kalau nak dibandingkan Shah Alam dengan Merlimau dari segi tempat makan... Shah Alam lagi berlambak kedai makan. Pendek kata semua jenis la ada di Shah Alam... bahkan asam pedas Melaka yang dijual oleh bukan orang Melaka... dan mungkin juga bukan orang Malaysia... hahaha. Musykil betul kadang-kadang makan di Shah Alam nih sebab yang hidangnya bukan orang kita... Tibet ada, Vietnam ada, Cambodia ada, Bangladeshi ada... Indonesian jangan cakap la, dia sesaja.

Tapi ada satu pesanan SMS yang saya terima dari kawan yang sedang buat liputan pilihanraya di Merlimau... yang membuatkan fikiran saya agak terganggu seketika. Dia kata di kawasan Politeknik Merlimau berhampiran dengan Medan Selera... akses WiFi adalah percuma... 24 JAM... line pun laju beb... tak payah nak pakai password bagai.




... saya tertanya-tanya juga, maybe di Shah Alam ada kot tempat public disediakan WiFi free tanpa perlu masuk password.... tapi di mana ya?

... kalah juga kita dengan Merlimau rupanya... haissssss lemau beb.


Read more

Sunday, February 27, 2011

KEDAI MAKAN DI SANA SINI

Saya kira agak banyak juga kedai makan Melayu Muslim yang dibuka di sana-sini di Shah Alam... hampir setiap pelusuk Shah Alam. Bagus juga sebab banyak pilihan... namun Mamak's atau India Muslim masih mendominasi setiap kawasan. Bayangkan... Syed Restaurant sahaja ada hampir 4 buah di kawasan sekitar 5km radius dari HQ Syed yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam. Kesemuanya hampir penuh sahaja sepanjang masa dengan pengunjung dari berbagai bangsa... terutamanya waktu pagi. Saya tidaklah terlalu particular tentang tempat nak sarapan pagi... mana sempat je.

Meh kita lihat dalam kedai-kedai makan yang agak baru di kawasan yang baru di Shah Alam... Seksyen 13. Hampir semua orang tak tau di mana Seksyen 13 ni... tapi kalau saya kata Stadium Shah Alam... 'aaaaaa tau tau'. Mari saya tunjuk beberapa kedai makan yang ada di Seksyen 13 ni... di area baru Laman Seri.

 
Ni Meat Combo set dari Laman Grill... sapa nak makan semua jenis daging, bolehlah order set ni. Ada kambing, lembu dan ayam serta hidangan sampingan... memang sedap hidangan untuk 2 orang ni. Harga dalam RM54.90. Carrot juice memang pekat... dalam RM6.50 kot. Rasanya Tony Roma mungkin better kot tapi ada juga hidangan di sini yang tidak ada di kedai jual steak di tempat lain... dan ownernya orang kita (wajib support beb kalau sedap). Tempat berhawa dingin, cantik, luas dan untuk kaki 'smoker'... tempat duduk kat luar memang cantik. Cuma kalau korang berlonggok ramai-ramai hisap rokok... sah la kotor macam sesetengah kedai makan.


Ni pulak kedai yang specialize jual kuey teow. Tapi ada la juga jual makanan lain... orang kata sedap. Saya dah try... boleh la tahan. Mungkin saya tidak begitu menggemari yang goreng-goreng... tak try la kuey teow sup dia. Tempat yang paling happening di kedai ni ialah bahagian belakang sekali... maksud saya view je la... agak privacy hahaha. Kuey teow special kat atas ni harganya RM7.50... ada telur.


Sebelah kedai jual kuey teow tadi (Nama kedai 'Ban-J') ada kedai kopitiam... Killiney. Lebih kurang macam kedai kopitiam lain la makanannya... rasanya takde yang special. Kadang-kadang penuh kedai ni... tapi adakalanya service lambat sket. Owner dia memang peramah... rajin menegur.

Saya juga dapati ada beberapa buah lagi kedai yang akan dibuka disini... dan 2 lagi kedai mamak kot. Hadoi... asyik kedai mamak je. Bukak la kedai seafood ke, nasi dagang ke, nasi campur ke...atau yang specialize jual sup. Apapun, selamat majujaya kepada semua yang berniaga... kalau sedap, insyAllah kita akan war-warkan untuk support... iklan free beb, janji bagi service terbaik untuk pelanggan kaki makan macam saya.

.... nasihat saya untuk yang jaga badan... bila terasa sedap tu, berhenti la makan... hehe gerenti maintain slim beb.

Read more

Saturday, February 19, 2011

AKU KAYA

Selepas Mesir, kini beberapa negara Arab Islam lain juga bergolak... sana-sini rusuhan atas alasan mahukan perubahan dan menentang ketidakadilan pemerintah. Kalau dah beratus-ratus ribu orang ramai berhimpun atas jalanraya, saya kira takkan ini dirancang oleh mana-mana parti politik kan... ianya nampak spontan dan hanya berlaku sekali dalam puluhan tahun. Kalau di Siam tu mungkin juga saya ragui keikhlasannya sebab cukup terancang dan dirancang. Susah la kalau macam tu kan... siapa juga yang naik memerintah, pasti puak satu lagi akan 'stage' perhimpunan yang sama atas nama rakyat... kacau kalau macam tu.

Salah satu punca kebangkitan rakyat di Mesir ialah faktor ekonomi dan kemiskinan... dengarnya ramai rakyat yang takde kerja dan pendapatan mereka tidak begitu memberangsangkan. Saya pernah ke sana tahun lepas... dan memang ada di antara mereka serba kekurangan. Malahan kebanyakan rumah di Cairo juga dindingnya tidak berplaster... nampak batu-bata je. Getir juga tengok orang Mesir cari duit.

Cakap pasal duit... apa yang anda akan buat sekiranya terima email mengatakan anda menang 800,000 pound sterlings. Bangun pagi je, ada email masuk suruh claim hadiah kemenangan... di SOUTH AFRICA. Ini dah macam harta Ismet di luar negara.

Saya kira ramai orang berharap email seperti ini adalah benar... bayangkan duit ni kalau ditukar ke Ringgit Malaysia... selesai semua hutang (... dan buat hutang baru hehe). Hairan betul, skim macam ni mesti datang dari negara Afrika.

... tahun 70an dulu, ada rancangan khas cabutan Toto. Ada la sorang akan putar-putar bekas bulatan yang ada nombor-nombor untuk cabutan nombor bertuah... haha, dulu-dulu lagi orang dah cakap pasal transparency... takde orang dakwa-dakwi keputusan nombor cabutan bertuah tu dimanipulasi. Apa taknya, ditayangkan satu negara beb. Hahaha... tapi jangan la buat, judi tu.

Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan kita semua.

Read more

Friday, February 18, 2011

NASIONALISME MALAYSIA DI BUMI ARAB

Gambar: Sinar Harian
Tajuk ni saya pinjam dari akhbar Sinar Harian hari ini...ditulis oleh wartawannya, Farah Zamira Farush Khan... saya tak kenal dia. Satu-satunya kakitangan Karangkraf yang menerbitkan akhbar ni yang saya kenal ialah Badak... nama ganas tapi hati baik beb. Sampai sudah saya tak tahu nama sebenar Badak ni... haha sori bro. Hari ni agak santai sedikit fikiran saya... kawan-kawan pun takde tanya soalan yang berat-berat... sebab hari Jumaat kot. Pagi ni saya terbaca sisipan tentang cerita Ops Piramid... operasi Kerajaan Malaysia yang menyelamatkan rakyat kita yang terkandas di Mesir baru-baru ni. Yang bestnya berita ni... wartawan tersebut sendiri mengikuti operasi itu di Mesir... sesuatu yang harus saya kagumi.

Banyak berita dan tulisan yang saya baca tentang operasi ni... ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang 'spin' dengan berbagai pendekatan bagi menafikan usaha murni ni. Ikut masing-masing la... cuma saya kadang-kadang tersengih sendiri bila 'kaki kutuk' ni semuanya tidak berada di Mesir tapi ceritanya macam dia ada di situ. Tapi zaman internet yang terlalu laju ni kan... spin la macam mana pun, perkara yang benar akan timbul juga... kecuali la kalau hati dah gelap sangat macam Laut Hitam.

Saya suka mengambil sepotong ayat dari tulisan wartawan ini untuk renungan bersama... 'jika yang banyak mengkritik itu mempunyai idea bernas, mengapa tidak dikongsikan bersama dan mengapa kepakaran itu tidak ditawarkan dalam membantu misi itu tempoh hari?'. Untuk semua blogger lelaki, saya ulangi sekali lagi... Farah Zamira ini adalah seorang gadis... ingat tu baik-baik. Beliau kini sebahagian dari sejarah cemerlang negara... bukan seperti kita yang handal bising di sini... malu la.

Sekali lagi... syabas kepada semua yang terbabit di sana... anda adalah hero dan heroin kami. Sekarang kami boleh menarik nafas lega kerana tahu jika negara di dalam kesusahan, kami ada tempat untuk bergantung harap... terima kasih banyak-banyak.

Sesiapa yang ingin baca cerita ni sila klik di sini Nasionalisme Malaysia Di Bumi Mesir

Read more

Thursday, February 17, 2011

UFO DI MALAYSIA

Gambar dari internet



Beberapa rakan saya minta cerita tentang UFO... saya pun tak tau kenapa tiba-tiba beriya-iya diaorang nak tau. Saya kira ini tentu pengaruh media... dan ada juga yang mengakui pernah terlihat objek seperti UFO. Tapi bila saya tanya adakah objek tersebut seperti di atas (saya pun terpengaruh dengan objek yang selalu disumbat oleh media sejak kecil)... mereka kata seolah-olah cahaya terang yang bergerak laju dan kadang-kala berhenti seketika di udara. Memang menarik... nak percaya takde bukti, takmo percaya ada pulak kawan-kawan keluar kalimah 'bukan kita je makhluk Allah di dunia ni'... so. saya senyap je la bila ada ustat dah kata macam tu.

Gambar dari internet
Oleh kerana tidak pernah membaca secara serious tentang 'benda alah' ni... saya pun browse la internet, kot-kot ada berita pasal UFO di Malaysia. Terkejut sekejap bila saya google... ada 1,660,000 results tentang topik tu. Dan gambar di atas adalah salah satu gambar yang dikatakan diambil oleh jurugambar amatur di Kuala Lumpur... kehadiran objek UFO di Kuala Lumpur. Buku yang ada di dalam collection pun banyak yang tak terbaca lagi... dalam plastik pun ada lagi. Takkan nak kena beli buku pasal UFO pulak kot.

Saya agak meragui tentang UFO ni... mungkin kerana saya tidak pernah nampak sendiri dan kedua... kebanyakan gambar yang ada terlalu kabur dan bentuknya boleh ditafsirkan dengan berbagai maksud. Namun, orang yang mengambil gambar tersebut bersungguh-sungguh mengatakan itu adalah UFO.

Kenapa UFO ni sibuk sungguh nak datang Malaysia yang cuma nampak macam 1cm je besarnya atas peta globe tu? Kenapa datang macam sergah-sergah lepas tu cabut kalau mereka itu dikatakan makhluk yang sungguh advance dan kita ini primitif? Kalau pun kita boleh buat contact dengan UFO ni... apa manfaatnya pada kita? Mereka nak ajar ke teknologi dan ilmu mereka tu pada kita?

Mungkin lambat lagi kot saya nak tumpukan bacaan tentang UFO ni... macam takde manfaat pulak. Lebih baik rasanya saya baca tentang pembinaan Corinth Canal sepanjang 6.3km di Greece... agak menakjubkan bila terusan ini boleh dibina pada tahun 1891-1893... di zaman yang tidak begitu advance.

Gambar: Wikipedia
Read more

Tuesday, February 15, 2011

JALAN-JALAN SAPEDERK SEAFOOD DENGAN RM100

RM100... kadang-kadang terfikir juga makanan berlauk seafood apa yang boleh saya dapat dengan duit sebanyak ni. Murah tapi berbaloi value for money... cam kedekut kan tapi apa ada hal, kena cari juga. Tempat-tempat biasa pergi gerenti burst punya bajet... so kena cari tempat baru. Lagipun boring dah asyik Port Klang je... tekak takmo dah dengan chef situ... so, mana beb?

(Iklan: ... member travel agent, Aisyam Ali meset kat FB kata must go to Japan next trip.. orang sana stylo habis kata dia... saja kasi hangin sama wa... haisss)

Kebetulan, Ahad lepas... lepas habis karaoke lagu-lagu yang jarang saya dan Mrs try di Red Box, Garden (believe it or not... ada lagu 'Aku Takut Anjing'), we decided pekena seafood kat Bagan Lalang, Sepang (kat mana... google sendiri la beb). Walaupun quite a distance dari Kay El, ku gagahi juga demi tekak (...dan Mrs) and let me story you guys about the journey... konon Travelog Makan la ni and here it goes.

PERJALANAN

5.30pm, we got out of Garden Kay El and headed lurus ke KLIA (just a landmark as a guide to continue your drive to Bagan Lalang)... guna highway ke selatan. Hari Ahad, all the wheels tak banyak atas jalan... do alert your speed limit guys... ada speed trap (especially kawan-kawan yang pakai kereta 2-pintu topless tu kan). Sampai interchange Nilai/KLIA... jangan terus pulak hala ke Seremban... you guys have to turn the wheel heading to KLIA. Bayar tol dan drive terus around 10 minit kot sebelum nampak signboard GOLD COAST SEPANG or Litar F1... belok ke situ and drive sampai ke trafic light simpang empat sebelum Litar F1. Jangan terus pulak... nanti hala ke LCCT. Kena belok kiri dan drive dalam 5 minit sehingga jumpa trafic light simpang empat... belok kanan dan atas bukit tu boleh nampak signboard ENSTEK. Selepas ni, you guys kena pandu terus je sampai la jumpa pekan kecil Sungai Pelek. Selepas pekan ni... terus lagi hingga jumpa simpang ke GOLD COAST SEPANG/Bagan Lalang... turn left dan terus je pandu sampai la ke pantai.

... kalau confuse gak, pandai-pandai la pakai GPS atau application MAPS kat dalam iPhone tu. Gerenti jumpa der... unless you never use it (hehehe)

TEMPAT MAKAN

Kami sampai dalam pukul 6.45pm... so, drive sejam 15 minit ok la kot. Di pantai ni ada beberapa kedai seafood. Remember i told you before to drive straight ahead to the beach... penghujung jalan pantai tu akan ada simpang... oleh kerana ini pertama kali nak cuba makan di sini... saya pilih kedai hujung masuk simpang ke kanan.


Inilah kedai makannya... boleh la tahan cantik ala-ala Muara Ikan Bakar di Port Klang tu. Nampak proper tempat ni dan view pun cantik... so, maybe itulah sebabnya saya pilih kedai ni dulu. Mana la nak tau kan kalau tak cuba.


Di sebelah je... nampak la orang tengah memancing di kelong ni dan di sebelah belakang... itulah Gold Cost Sepang... chalet atas air yang menghala ke laut tu... kata orang famous (... famous ke?)


Cantik kan pemandangan waktu senja... ni belum cerita pasal makan lagi ni. Bagi seorang fotographer seperti saya... ini adalah pemandangan yang amat cantik. Sorry la gambar kurang cantik sikit sebab cuma guna Olympus PEN-2... Canon 1D tak bawak... berat.


Bila hari nak gelap je... ada big screen. Jadi sambil-sambil menjamah makanan, bolehlah tonton berita.

MAKAN TIME

Makanan kena pilih sendiri... boleh pilih ikan (... tak banyak pilihan la pulak hari tu), udang yang memang fresh dan lain-lain seafood. Mungkin pengusaha kedai makan ni boleh pelbagaikan lagi jenis ikan... saya cuma nampak ikan pari, kerapu dan siakap. Mungkin itu yang mereka tangkap sendiri di Sepang kot... kalau letak ikan lain takut yang diimport pulak... sah la tak fresh. Kot la kan ada... bolos ke, gelama papan ke, tetuka ke... kot la kalau ada kan.


Ini pilihan pertama... PEPAHAT... saya rasa ramai tahu kot. Tokeh tu kata masak berkuah cili telur sedap... so, kitaorang try la. Dan memang sedap... lama tak makan pepahat nih. Saya cerita sikit pasal pepahat ni. Tahun 80an dulu... pepahat ni banyak di di pantai Morib. Dulu saya tak berapa gemar makan sebab geli tengok 'binatang' ni panjang dalam sarung dan kalau dalam air masin tu kadang-kadang dia julur keluar. Nak tangkap dia sukar juga... kena jolok dengan besi bercangkuk hujung dan tarik. Rasanya lebih kurang macam kupang... memang sedap.


Yang ni tak payah cerita la... SOTONG. Tak berapa fresh sotong dia... agak keras sikit je. Tapi habis jugak kena bedal... hehe.


Yang macam kerang ni... KEPAH. Pun saya rasa ramai yang kurang tahu tentang kepah ni. Sama seperti PEPAHAT tadi... kepah ni memang banyak di Pantai Morib tahun 70an dan 80an. Begitu banyak hinggakan kalau kita berjalan di pantai semasa air surut... mudah saja kita rasa dengan kaki. Kami dulu kalau ke Pantai Morib... mahu satu baldi boleh dapat. Masak apa sedap kepah ni... sup dan berkuah serai cili padi campur halia. Kepah ni agak liat sedikit... so jangan pilih yang besar-besar dan memang kena makan panas-panas baru lembut sikit.


Udang laut besar ni... memang fresh dan memang sedap bila dimasak pedas berladung. Tak tau macam mana nak cerita... kena rasa sendiri beb.


Dan yang terakhir, lauk wajib kegemaran saya... kerapu sweet sour halia

HARGA

Harga ni untuk makan dua orang... tapi lauk yang diambil tu nampaknya macam boleh makan untuk 4 orang. Cuma kalau 4 orang, mungkin kena tambah dalam RM10-RM20 kot untuk nasi putih dan minuman.





 ... mission accomplished dan kenyang... alhamdulillah.


Read more

Monday, February 14, 2011

MAULIDUR RASUL 2011 DI SELANGOR


Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Muhammad Rasulullah s.a.w. Semoga kita mampu mengikuti ajaran dan suruhan yang telah diajar kepada kita oleh para guru yang menerimanya dari guru-guru yang terdahulu bersusur galur hingga ke Rasulullah s.a.w. Esok, 15hb Februari 2011 adalah Maulidur Rasul dan seperti kebiasaannya, ia disambut satu negara (... dan cuti umum). Minta maaf la, saya tidak begitu arif menulis sesuatu tentang Islam secara terperinci... bimbang tersilap tutur kata... 'buat ajaran sesat' kata budak-budak sekarang. Namun dari semasa ke semasa insyAllah buku Sirah Nabawi tidak terlepas dari senarai bacaan rutin saya... mudah-mudahan Allah permudah dan terangkan hati saya untuk memahami dan mempraktikkannya. Jadi jika rakan-rakan ingin cerita agama... silalah ziarah website Ustaz Haron Din atau Ustaz Muhammad El-Muhammady... antara tulisan yang saya gemari walaupun kadangkala terpaksa rujuk dari rakan-rakan yang lebih arif tentang tulisan tersirat.

Untuk pengetahuan pembaca blog saya dari luar negara (aceh ceh... ada kot), Malaysia masih menyambut Maulidur Rasul secara rasmi. Umat Islam akan berkumpul dan berarak sambil mengucap selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, aktiviti yang dijalankan sejak saya kecil masih berjalan hingga sekarang. Di Selangor, perarakan akan diadakan esok... bermula dari Stadium Mini Shah Alam Seksyen 13 dan berarak ke Stadium Mini, Shah Alam yang terletak berhampiran... 20 minit berjalan kot. Selalunya hampir semua jabatan kerajaan, agensi kerajaan negeri dan anak syarikat akan menghantar kakitangan secara berkumpulan 40 orang sambil memakai baju melayu yang seragam mengikut pilihan masing-masing sambil berjalan membawa banner mengucapkan salam dan selawat.

Saya tidak pasti samada semua orang pernah merasai pengalaman ini dan pada sesiapa yang belum... mungkin boleh membabitkan diri. Semasa saya kanak-kanak dahulu, kami berebut-rebut hendak menyertainya walaupun takde kumpulan khusus yang kami boleh sertai. Kami pakai baju melayu bersampin bagai, hala ke Masjid Sultan Sulaiman, Kampung Jawa Klang dan masuk je dalam mana-mana kumpulan yang ada... janji dapat berarak. Mungkin teruja masa tu sebab Almarhum Tuanku Salahuddin akan ikut berarak sama dengan rakyat. Dan selepas itu semua berkumpul di satu tempat dan Almarhum Tuanku akan berikan 'buah tangan' (bab buahtangan ni tak ingat samada semasa keputeraan Tuanku atau Maulidur Rasul... hehe). 'Buah tangan' ni kadang-kadang berupa bekas plastik yang cantik berisi makanan. Bekas tersebut selalunya kami akan gunakan untuk bawa bekal makanan ke sekolah... dan tayang di sekolah. Sebab masa tu, siapa ada bekas makanan tu kira 'cool' la der... hehe.

Semoga Islam kekal mekar di Malaysia.
Read more

GRAMMY AWARDS 2011

Sempat juga tengok sikit-sikit Grammy Awards 2011 tadi... kena tengok ulangan nanti untuk full show. Nampak macam best, performance pun dahsyat (Lady Gaga?)... pakaian diaorang pun jangan cakap la tapi ada juga yang lebih 'sopan' dari beberapa artis di Malaysia... hehe kurang la sikit fesyen kemban tadi. Tapi kalau artis barat ni nak pakai kurang sana-sini pun... dah memang macam tu 'adat istiadat' diaorang.


Tolak ke tepi sekejap showmanship dan fesyen diaorang (kalau nak banding sekarang dengan artis di Malaysia, rasanya Stacy je kot artis muda yang nampak menyerlah dan paling 'meletop' show dia... lain tu maintain je la suam-suam kuku). Dari dulu hingga sekarang, dalam mana-mana show anugerah di UK ke atau US ke... hampir semua artis mesti datang dan siapa sahaja yang dicalonkan pasti hadir. Jika tidak hadir pun, mereka akan buat rakaman awal atau 'live telecast' dari mana-mana tempat.

Di Malaysia juga banyak anugerah, terlalu banyak untuk komuniti hiburan yang kecil tapi terima kasih jugalah kepada banyak pihak yang sudi mengeluarkan perbelanjaan untuk menganjurkannya. Cuma setiap tahun mesti ada dua tiga orang artis yang 'uzur' tidak menghadirkan diri... terhegeh-hegeh la pengacara berteriak... 'WAKIL... WAKIL'... hadoi lemau beb.

Macam mana pun... dunia perfileman Malaysia kembali menarik dengan berbagai filem yang menarik. Ayat standard boleh la kata... 'boleh tahan la, kena perbaiki lagi'. Pigidah... korang kalau takmo tengok... tak payah keluar ayat-ayat skema PLKN der... konon tak 'barat' la tengok filem tempatan.

... tak sabar tunggu filem Hikayat Merong Mahawangsa... nampak prebiu macam best... ada 3D ke brader Norman?
Read more

Friday, February 11, 2011

USAHAWAN MUDA MINYAK ANGIN

Hari Selasa, 14hb Februari minggu hadapan adalah hari yang sangat-sangat tidak disukai oleh para ulama di Malaysia... Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih. Dan pada keesokkan harinya adalah Maulidur Rasul. Sejak dua tiga hari yang lalu, kes buang bayi dimainkan kembali oleh media utama negara samada di TV atau suratkhabar... menaikkan kembali kemarahan sebilangan rakyat Malaysia yang memang dah 'hangin' dengan fenomena yang menjijikkan ini yang nampaknya tidak pernah surut tahun demi tahun. Dan pada minggu ini juga saya ada terbaca tentang hasrat beberapa pihak yang hendak mengadakan program anti-zina, arak dan pergaulan bebas khusus untuk orang Muslim sempena Hari Valentine yang bakal menjelang tiba.

sumber: kktm.edu.my
Beberapa rakan saya ada juga membincangkan perkara ni yang nampaknya bersungguh-sungguh menyokong usaha anti Hari Valentine. Secara peribadi saya menyokong usaha murni ni... bukan kerana sempena Hari Valentine tetapi ianya adalah suruhan Islam... agama suci yang kita anuti. Cuma saya ini mungkin seorang yang agak... 'terlalu berfikir' yang menyebabkan sukar bagi saya menerima apa jua perkara 'sekali telan'.

Saya sebenarnya lebih gemar jika program ini dijalankan sepanjang tahun atau 'lifetime learning'... dan saya agak kurang senang apabila program ini lebih diutamakan sedangkan Maulidur Rasul itu lebih penting untuk kita bincangkan, hayati dan semarakkan... lebih elok jika sebulan sebelum hari Maulidur Rasul. Tetapi perkara itu tidak berlaku kerana semua pemimpin lebih berminat membuat program politik yang menguntungkan dari segi sokongan.

Saya juga sempat menarik perhatian rakan-rakan saya tentang satu perkara yang tidak kurang penting... yang amat mengganggu fikiran saya setiap kali saya ke stesen minyak atau kedai makan di Shah Alam atau di tempat letak kereta di Giant Shah Alam. Dan saya harap para ustaz yang begitu bersemangat ini... samada dalam parti politik atau kerajaan... lihat dan amati... sanggupkah kita lihat anak-anak yang sepatutnya berada di sekolah atau menelaah di rumah... berjalan ke sana-sini membawa kalendar dan minyak angin sambil merintih sayu memohon belas kasihan orang ramai memberikan 'sumbangan' kepada mereka sebagai tukaran barangan seperti minyak angin dan kalendar. Mereka itu dikatakan anak yatim... dan terpaksa berbuat demikian atas 'suruhan bos' barangkali. Sebab kalau dilihat dari raut wajah... mereka enggan melakukannya tapi terpaksa.

Tapi saya lihat perkara ni seperti tidak dipedulikan... kerajaan lebih berminat membelanjakan duit untuk hal-hal lain. Malahan harga 'demokrasi dan kebebasan bersuara' seorang ahli politik adalah lebih penting dari masa hadapan anak-anak bergelandangan seperti ini. Begitu juga dengan berbagai lagi perbelanjaan yang lain dalam jutaan harganya. Kadang-kadang terfikir juga di benak hati saya... apakah membeli kad dan bunga di Hari Valentine adalah lebih besar dosanya dari membiarkan anak-anak kecil ini dieksploitasi? Sekiranya fikiran saya ini salah... moga-moga Allah mengampunkan saya dan sesungguhnya Allah Maha Memberi Petunjuk.

Saya selalu memberitahu rakan-rakan... bayangkan jika ditakdirkan mereka meninggal dunia awal sedangkan anak-anak mereka masih terlalu kecil dan tiada saudara-mara terdekat yang boleh menjaga... sudah tentu anak-anak itu dihantar ke mana-mana rumah anak yatim. Dan selepas besar sedikit... anak-anak itu diberikan uniform dan beg.... menjual minyak angin, kalendar dan resit. Mudah-mudahan Allah jauhkan dugaan sedemikian rupa dari sesiapa jua... kerana reaksi muka rakan-rakan saya memang tidak gembira.

Tapi... kita masih lagi lihat anak-anak kecil ini di hampir semua stesen minyak di Shah Alam... hingga ke hari ini. Entah bila mereka makan... mana mereka nak lelap mata apabila hampir seharian suntuk hingga 10 malam masih lagi bergelandangan di luar. Mungkin juga ada budak-budak nakal curi hasil 'kutipan' mereka... siapa tahu. Tarik nafas panjang nih... marah pun ada bila lihat masih ramai pemimpin yang nampak macam orang Islam berdiri di atas pentas berucap tentang moral. Kalau dah semua bercakap je... siapa nak buat?

... apa nak buat nih... sekiranya ada peluang, insyAllah saya akan mengajak rakan-rakan berbuat sesuatu dan moga-moga Allah memudahkan urusan sesiapa jua yang melakukannya dengan tulang empat kerat... bukan dengan air liur sahaja.
Read more

Wednesday, February 9, 2011

MALAYSIA DI MATA DUNIA

Hari-hari asyik baca berita pasal jenayah dan politik di Malaysia pun jelak rasanya... menyampah pun ada tapi tak boleh elak, nak kena baca juga. Tak baca nanti takut hilang hujung pangkal bila kawan-kawan dok syok bercerita macam-macam isu semasa dan tak lepas peluang nak 'menembak' kita kalau kita tak 'alert' dengan isu semasa Malaysia mahupun dunia.

Bila tengok kejayaan Kerajaan Malaysia yang begitu bersusah-payah menyelamatkan rakan-rakan kita di Mesir dan kejayaan skuad bolasepak Harimau Malaya yang menang Piala AFF baru-baru ni, saya teringin pulak nak tulis beberapa pencapaian Malaysia yang boleh kita renungi dan banggakan. Kalau nak layan pandangan negatif... memang tak terlayan, so kita lihat apa cantiknya Malaysia di mata dunia tapi seringkali 'diburuk-burukkan' oleh segelintir rakyat Malaysia di luar negara.


Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan ke-4 terpanjang di Asia dan ke-10 terpanjang di dunia. Sepanjang 13.5km yang menghubungkan tanah besar dan pulau. Panjang tu beb... tol pun boleh tahan mahal tapi one way je la kena.


Ini dia... Masjid Negeri Shah Alam di Selangor. Masjid ini juga adalah kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Tapi dome Masjid Shah Alam ni adalah yang terbesar di dunia dan boleh menampung hampir 24,000 jemaah... banyak tu (tapi tiap kali solat waktu especially siang, lebih kurang dua saf je orang datang berjemaah kecuali solat jumaat... full).


Dari tahun 1988 hingga 2004, bangunan berkembar Petronas ni adalah yang tertinggi di dunia sehingga takhta tersebut 'dirampas' oleh bangunan Taipei 101. Namun hingga ke hari ini, bangunan ini kekal sebagai bangunan berkembar yang tertinggi di dunia.

 
Menara Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Nenas (depan Batu Keras KL la) adalah menara yang ke-6 tertinggi di dunia. Namun menara ini adalah 'freestanding tower' (tak tau apa maksud ni) yang ke-2 tinggi di dunia. Ramai tak pernah datang sini kan... cuba dulu baru tahu.

S.K.O.M.K.H.P.K.J.C.D.P.W.B.

Syarikat Kerjasama Orang- Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Kerana Jimat Cermat Dan Pinjam-Meminjam Wang Berhad. Wahhh, jenuh nak menaip singkatan yang paling panjang di dunia kot... atau setidak-tidaknya yang paling panjang di Malaysia. Dalam Wikipedia pun takde nama syarikat ni beb.

 
Gua Nasib Bagus yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak ini adalah gua yang terbesar di dunia... besar beb. 40 buah Boeing 747 boleh dimuatkan dalam gua ni. Nampaknya satu hari nanti kena cuba 'explore' gua ini untuk sesi fotografi.

... ada lagi kot rekod Malaysia yang diiktiraf di dunia yang patut kita ketahui... rajin-rajin la 'browse' di mana-mana.


Read more

PERJANJIAN BERTAJUK 'MARAH KENA JUAL'

 
Gambar di atas saya pinjam sekadar untuk menggambarkan tentang perkara yang hendak saya tulis kali ini. Bukanlah ulasan tentang cerita 3 Abdul yang cukup mahsyur berdekad lamanya tu... tapi tentang perjanjian 'kalau marah kena jual' yang terdapat di dalam cerita tu. Cukup menarik hinggakan idea cerita tersebut boleh digunapakai sehingga ke hari ini.

Sehingga hari ini ada kawan yang berjanji hendak memberikan Buku Jingga keluaran khas Pakatan Rakyat tidak juga kunjung tiba ke pangkuan saya. Agaknya kena tunggu cetakan kedua kot. Tapi takpe... saya dah baca di blog 'mesra PR' yang kerapkali beberapa rakan-rakan 'link' ke email saya bila ada posting baru.

Jawapan balas ringkas saya kepada rakan-rakan 'penganut Buku Jingga'... sebahagian janji-janji di dalam buku itu memang amat menarik, cukup menggiurkan. Tapi ianya berat sebelah... cuma 'janji politik ala Ismet Ulam Raja'. Seolah-olah kita kena terima bulat-bulat dan 'sign' je. Bak kata Abdul Wahub... ini perjanjian berat sebelah.

Jadi hari ini, saya menyediakan 'Perjanjian Ala Abdul Wahub... adil dan saksama walaupun takde 25 persen. Sebagai rakyat Selangor, saya yakin kita yang sepatutnya menyediakan 'perjanjian' kepada PR... dan mereka juga harus mengikuti kehendak kita... PENGUNDI.

Antara isikandung 'Perjanjian Abdul Wahub':-
  • Tiada cukai pintu dan taksiran. Sekiranya cukai ini hendak juga dikenakan, Kerajaan Negeri haruslah memperincikan setiap perkhidmatan yang akan diberikan berserta nilai RMnya bagi setiap nilai cukai yang dibayar
  • Tidak bayaran letak kereta.
  • 100% halal kedai serbaneka di setiap kawasan kepadatan penduduk 2,000 orang.
  • Setiap kawasan taman kediaman mesti berpagar dan disediakan khidmat pengawal keselamatan percuma dengan kawalan 24 jam.
  • Bekalan air percuma.
  • Bekalan elektrik percuma.
  • Pusat penjagaan kanak-kanak percuma untuk ibubapa yang sibuk bekerja di siang hari.
  • Rumah yang dibina oleh kerajaan haruslah sekurang-kurangnya berkeluasan 2000 kaki persegi dan harga tidak melebihi RM150,000 sebuah.
Itulah bab pertama perjanjian, bab-bab lain akan menyusul mengikut kesesuaian keadaan. Dan setiap YB haruslah menandatangani Surat Akujanji (tanpa kehadiran peguam 25 persen) di mana sekiranya dalam masa 100 hari, kesemua permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi... mereka akan secara otomatik melepaskan jawatan pada tengah malam 12.01am hari berikutnya dan tidak akan bertanding lagi untuk seumur hidup.

Ini barulah perjanjian adil dan saksama... dia  minta dan kita usulkan kehendak kita. Kita undi mereka dan mereka ikut kehendak kita. So, lepas ni nanti takde sesiapa nak dakwa dakwi.

... ada beran?
Read more

Monday, February 7, 2011

KHUSRIN + KHALID = SELANGOR MAJU

Gambar: mStar Online
Akhirnya... inilah pertemuan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Selangor. Pertemuan di antara Setiausaha Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor. Pertemuan pertama kali bagi membincangkan arahan dan harapan MB terhadap SUK Selangor. Amtara yang dibincangkan ialah pengurusan hartanah dan aset Kerajaan Selangor, masalah setinggan, kecurian pasir dan mungkin beberapa perkara yang lain (tidak dilaporkan oleh mStar).

Banyak perkara yang hendak saya ulas dari pertemuan ini tapi buat masa ini saya tidak mahu mengambil kesempatan 'menghentam' MB Selangor walaupun tindakan dan arahan beliau ini sebenarnya 'membuka beberapa kelemahan ahli politik PR' dalam beberapa perkara... itu tidak penting buat masa ni. Saya cuma ingin menyatakan ucapan terimakasih terhadap MB Selangor kerana sudi bertolak-ansur. Semoga pertemuan ini akan memakmurkan Selangor dan memberi manfaat yang bererti buat kami di sini.

... takde pulak terbaca MB suruh Khusrin pergi kelas Bahasa Inggeris
... takde pulak terbaca MB suruh Khusrin tarik pelabur asing datang ke Selangor
... takde pulak terbaca MB suruh Khusrin buat lawatan ke luar negara untuk promosi pelancongan

So, ada YB yang bising-bising kata Khusrin tak pandai Bahasa Inggeris tu.... please la buat kerja. Tugasan sebagai ADUN dan MP tu pun dah besar rasanya... tak payah la melalak dok ganggu kerja orang lain sedangkan kerja sendiri pun tercicir sana-sini.

Dan harapan penduduk Shah Alam kepada Brother Khusrin... tolonglah nasihatkan Pegawai Kewangan Negeri jangan guna dana awam untuk biaya kes perundangan ADUN Sri Muda tu... dakwaan tu atas kapasiti peribadi beliau... takde tulis atas kertas dakwaan tu PKR ke, ADUN ke... tapi atas nama peribadi. Selangor ni dah tipis sangat duit rasanya... takyah la buang duit tak tentu pasal.

... nak tanya gak, berapa dah agaknya pelaburan masuk ke Selangor yang diusahakan sendiri oleh Kerajaan Selangor. Dengar khabarnya, ramai dah EXCO dan Penasihat Ekonomi ke luar negara... boleh la kot buat 'banner' gantung ke roundabout Kayangan tu... JUMLAH PELABURAN YANG DIBAWA MASUK ADALAH RMxx,xxx,xxx,xxx-00.
Read more

Sunday, February 6, 2011

JANGAN SILAP PILIH KERJAYA DER




Bagaimana agaknya peluang kerjaya sekarang ini di Malaysia. Bimbang juga bila lihat begitu banyak kolej dan universiti swasta tumbuh bagai cendawan bagi memenuhi permintaan penduduk remaja Malaysia yang semakin ramai meninggalkan alam persekolahan. Andaikata selepas mereka keluar dari sekolah atau universiti nanti, pekerjaan tidak dapat menampung permintaan... bagaimana mereka hendak menyambung hidup membantu keluarga dan membayar hutang pinjaman pelajaran.

Cuba tengok, jenis pekerjaan yang dahulunya ada tapi sekarang sudah amat berkurangan atau hampir tiada. Contohnya, jurutaip, kakitangan sebahagian jenis perkhidmatan di bank dan mungkin ada beberapa lagi jenis pekerjaan. Proses globalisasi melalui rangkaian internet, pengangkutan dan perkhidmatan yang begitu drastik telah mengecilkan sedikit sebahagian jenis pekerjaan. Dahulu ramai pekerja tempatan namun sekarang diambilalih pekerja asing... dahulu guna kederat tangan sekarang dah pakai 'mesen'... dahulu ada anak-anak dara di kaunter bank yang ditugaskan melayan kita apabila nak masukkan duit ke akaun sekarang belum sempat tanya, pak guard dah sound suruh guna ATM Cash Deposit... dahulu ramai minah kilang yang memang cun-cun sekarang berebut-rebut nak beli cendol dengan mat-mat Bangla yang baru keluar dari kilang sebelah... hais, cendol pun rasa tak sedap bro.

Buat adik-adik yang akan melanjutkan pelajaran... rajin-rajin la buat sikit study pasal jenis kursus yang akan diambil... mau ingat, korang sah-sah ambil pinjaman PTPTN, bukan free der. Tanya la abang-abang atau kakak-kakak yang dah bekerja tu... kalau free, rajin-rajin la hadir Seminar Kerjaya yang memang banyak pihak buat setiap tahun. Asyik berlonggok depan panggung dan main henfon je... esok korang kena cari rezeki sendiri baru tahu kaki jejak tanah ke tak... jangan asyik nak fly je berangan.

Satu lagi... bila time cuti tu cari la aktiviti yang berfaedah yang boleh menambahkan skill korang... kira korang ada 'added value' la berbanding orang lain... lebih kurang macam pakai henfon ada camera dengan takde camera la... nak korang pakai henfon takde camera 5 tahun akan datang? Kalau dah tak tau jugak nak buat apa... pergi masuk kursus pendek kelas bahasa... English, Arab, Mandarin, Cantonese, Tamil, Sikh, Urdu, Perancis. Wa cakap lu der... kalau wa boleh pusing time, wa bikin ini semua. Sepatutnya sekarang ni wa dah boleh cakap dalam bahasa tu semua. Tapi dulu internet takde... bahan bacaan terhad giler. Yang ada cuma Hardy Boys, Nancy Drews dan Gila-Gila je... korang sekarang apa yang takde... kecuali la kalau korang takde akal, tu abang takleh tolong der.

... jangan silap pilih kerjaya sebab duit bukan datang percuma... ingat der, ANDA BUAT ANDA DAPAT (hehe... ayat Ustazah Bahyah ni memang kicking la)
Read more

Saturday, February 5, 2011

MESIR... TANAH FIRAUN

 
Sejak beberapa hari yang lalu saya menerima beberapa kiriman ringkas dari rakan-rakan yang memaklumkan bahawa satu perhimpunan aman akan diadakan selepas solat Jumaat semalam dan akan berarak ke Kedutaan Amerika. Ianya diadakan khusus untuk menyatakan sokongan segelintir rakyat Malaysia terhadap revolusi rakyat di Mesir. Ada juga yang bersungguh-sungguh minta saya hadir bagi menyatakan sokongan... sokongan untuk perubahan di Malaysia!!

Saya tinggalkan dulu cerita propaganda politik cara demo ni... ada beberapa perkara yang 'mengganggu' benak fikiran saya apabila munculnya revolusi seperti ini. Persoalan samada saya bersetuju atau tidak dengan revolusi (katanya la) ini, adalah satu cerita lain.

Pada tahun 2010, saya telah berkunjung ke Mesir. Memang sejak kecil saya teringin sangat hendak ke negara yang dikenali sebagai 'Land of Paraohs' ni, apatah lagi kerana telah dididik sejak dari kecil betapa jahatnya firaun ni sehingga kisah mereka disebut di dalam Al-Quran. Selain dari peninggalah sejarah, Sungai Nil dan Terusan Suez... tidak ada apa yang menarik tentang Mesir ni. Dalam lawatan yang saya ikuti... ramai warga emas je, yang muda-muda tak minat berkunjung ke tempat-tempat sejarah sebegini... tak happening kata mereka. 
 
Rata-rata saya lihat, ramai rakyat Mesir terlibat dengan industri pelancongan samada secara langsung atau tidak. Factsheets CIA tentang Mesir yang saya baca juga menyatakan industri pelancongan dan perkhidmatan menyumbangkan pendapatan terbesar kepada Mesir hampir setiap tahun... bilion angkanya. Walaupun Firaun itu amat dibenci hampir oleh semua orang namun dari satu sudut ekonomi... kerana nama dan peninggalan Firaun inilah, berjuta pelancong datang ke Mesir membelanjakan berbilion duit setiap tahun. Dan faktor keamanan juga memungkinkan industri pelancongan ini begitu maju. Cuba ingat semasa militan Islam (dakwaan) melakukan pengeboman di Luxor suatu ketika dulu... sektor pelancongan jatuh merudum dan ramai penduduk mengalami kesannya.

Begitu juga di dalam industri pendidikan... di Mesir inilah terletaknya Universiti Al Azhar yang begitu terkenal di dunia Islam. Sejak puluhan tahun yang lalu, saya agak puluhan ribu kalau tidak pun ratusan ribu... rakyat Malaysia yang telah ke Mesir menuntut ilmu di universiti ini tanpa sebarang masalah besar... dan tanpa gangguan dari pihak pemerintah. Hampir kesemua ustaz yang berceramah di Malaysia jika sebut saja dari Al-Azhar... pasti agak dipandang tinggi oleh masyarakat. Dan faktor ini jugalah yang menarik rakyat Malaysia untuk melancong ke Mesir.

Sekarang telah berlaku pula satu gerakan yang dikatakan revolusi rakyat. Saya tidak begitu pasti berapa jumlah sebenar yang turun ke jalanraya atau adakah jumlah tersebut mewakili penduduk Mesir secara keseluruhan. Dan sekali lagi, saya tidak berminat membicarakan hal politik Mesir dan apa jua penilaian yang diberikan oleh rakan-rakan tentang ini... saya minta maaf, saya tidak berminat dengan penilaian bersifat sesumpah politik... kaler mereka sering bertukar mengikut kehendak dan nafsu.

Saya yakin sektor pelancongan akan menjadi teruk... kasihan kepada jutaaan penduduk Mesir yang hidup bergantung dengan hasil pendapatan dari pelancong. Satu harus akui Mesir amat menjaga pelancong, bukti ringkasnya... setiap tempat pelancong pasti menyediakan laluan dan tempat khas untuk pelancong luar siap dengan polis pelancongnya... hinggakan rakyat tempatan tidak dibenarkan letak kereta di tempat pelancong. Sampai begitu sekali mereka menghormati pelancong dan kita pun dengan rela hati berbelanja di sana. Tak tahulah berapa tahun agaknya Mesir harus berusaha selepas ini untuk memastikan bahawa melancong ke negara mereka adalah selamat.

Dan jika saya la seorang bekas pelajar Al-Azhar dan dapat belajar di sana dengan aman dan damai... dapat menguasai bahasa Arab... dapat berkawan dengan penduduk di sana... dapat pulang ke Malaysia dengan tanda 'bekas Al-Azhar' di dahi hinggakan dipandang mulia oleh rakyat Malaysia... saya tidak akan sekali-sekali meludah mereka dengan apa cara sekalipun. Apatah lagi memikirkan sebahagian penduduk mereka yang telah berpuluh tahun bergantung hidup di sektor perkhidmatan seperti pelancongan. Terfikir juga apabila pihak yang memberontak sekarang memegang kuasa kelak, apakah pihak yang sebelah lagi tidak akan melakukan perkara yang serupa di masa akan datang? Keadilan ditunjukkan dengan mempengaruhi penduduk menggunakan kekerasan di jalanraya apabila kematangan politik mereka gagal di meja perbincangan... rakyat mati, pemimpin angkat sumpah jadi Presiden... dan juak-juak Presiden muncul merata-rata menuntut ghanimah.

Memang benar, sifat paling sukar untuk kita lihat di kalangan pemimpin sekarang ini adalah IKHLAS. Sedang satu pihak bergelut tenaga, duit, masa, tenaga dan nyawa untuk memastikan kesemua rakyat Malaysia selamat di Mesir... muncul pula satu pihak lain yang sibuk memanipulasi keadaan tersebut di sini. Dan pemandangan tersebut amatlah menyedihkan hati seolah-olah nyawa rakyat Malaysia di Mesir adalah kurang bernilai berbanding 'berjuang menukar Presiden Mesir' dan itulah yang kita pertontonkan kepada dunia bahawa INILAH ISLAM SEBENAR. Sungguh saya amat hairan apabila dua pihak yang sama pegangan agamanya iaitu ISLAM tidak boleh langsung berganding tangan memastikan rakyat Malaysia semua selamat... mereka tak boleh langsung 'bercuti barang sebulan dua' sehingga kesemua rakyat Malaysia selamat dipindahkan keluar dari Mesir. Yang hairannya dulu masa berlaku Tsunami dan gempa di Indonesia... berebut-rebut orang nak ke sana. Begitu juga halnya di Palestine... masing-masing nak ada cop imigresen Palestine di paspot sebagai souvenir. Tapi apabila bala membabitkan orang kita sendiri... kita bergaduh tak habis-habis dan dengan tidak malunya memberitahu orang lain bahawa kita ni orang Islam.
 
... mudah-mudahan Allah menunjukkan kita jalan yang benar dan memudahkan segala urusan kita.
Read more

Friday, February 4, 2011

SIAPA MOHAMED EL BARADEI




Apabila krisis Mesir bermula, saya tidak begitu terkejut kerana saya telah mula mendengar sendiri rungutan beberapa anak muda di Mesir semasa ke sana tahun lepas. Walaupun lawatan saya ke sana agak singkat namun sedikit sebanyak dapat juga mengetahui bahawa penduduk tidak begitu gembira dengan keadaan ekonomi dan jumlah pekerjaan yang amat terhad. Malahan melihat dari beberapa struktur rumah yang ada di sana, saya agak terkejut apabila hampir kesemua rumah di sana bahagian dinding luarnya tidak di'plaster'. Malahan rumah dibina seperti tanpa kelulusan dan boleh disambung-sambung ke atas mengikut kesesuaian.

Tiba-tiba muncul nama Mohamed El Baradei, orang yang dikatakan memulakan revolusi rakyat Mesir ke atas Presiden Hosni Mubarak. Dikatakan juga Hosni Mubarak ni adalah 'puppet' Amerika dan sekutu kuat Israel. Anggapan saya tentulah rakyat tidak suka Amerika apatah lagi Israel. Dan dalam saat-saat genting ini tiba-tiba Presiden Obama meminta Hosni Mubarak supaya menghormati suara rakyat... dan El Baradei muncul 'out of nowhere'. El Baradei ini dikatakan menghabiskan sebahagian besar hidupnya di luar Mesir... dan tiba-tiba jadi 'self-appointed spokesman' untuk revolusi Mesir ini.

Saya jadi agak 'musykil' juga dengan kemunculan pemmpin-pemimpin di akhir zaman ini yang mudah mengaku mengatakan mereka mewakili rakyat yang mahukan perubahan. Dan pada pandangan saya, satu revolusi besar di negara yang sememangnya begitu strategik di negara Arab... memerlukan seorang yang 'superhero and well connected' untuk menggelarkan diri mereka sebagai 'spokesperson' dan berdiri di barisan hadapan.


Pencarian saya bermula di laman sesawang 'International Crisis Group' di mana El Baradei adalah salah seorang ahli 'Board of Trustees' (Board of Trustees). Melihat dari slogan-slogan di laman ini, saya yakin ini adalah 'a very influential NGO'. Dan lebih menarik apabila nama George Soros, pelobi dan tokeh kewangan berbangsa Yahudi juga berada di dalam Lembaga Amanah ini... memang amat menarik. Pencarian saya beralih pula ke beberapa orang lain di dalam Lembaga Amanah ini.... sosialis, komunis, kapitalis... semua ada. (Latarbelakang Lembaga Amanah). Malahan El Baradei ini juga dikaitkan dengan Council of Foreign Relations.

Saya cuma mampu berdoa dan berharap revolusi ini sekiranya yang dimahukan oleh majoriti rakyat Mesir, agar dipermudahkan perjalanannya oleh Allah. Harap-harap agar mereka tidak terlepas dari mulut harimau dan masuk ke mulut buaya. Agak sukar saya hendak menerima seorang pemimpin Islam apatah lagi bila mereka telah lama terbabit dengan mana-mana puak Yahudi dan Nasrani kerana demikianlah janji Allah yang saya dengar melalui ceramah agama bahawa kedua-dua bangsa ini tidak akan puashati selagi kita tidak mengikuti jalan dan kehendak mereka.

... akan adakah pemimpin Islam yang boleh kita sandarkan harapan?
Read more

DUIT, DUIT... DI MANA KAU DUIT





Berkali-kali saya belek kedua-dua jenis nota bank ini yang bernilai RM50 dan RM1 setiap satu. Memang agak ketara juga perbezaan kedua-duanya terutama dari segi saiz. Namun, percaya atau tidak... bukan sedikit kali kedua-dua nota bank ini menyebabkan perselisihan faham di antara penjual dan pembeli malahan ianya telah beberapa kali berlaku di depan mata saya.

Hari ini, di pasar basah Seksyen 6, Shah Alam... penjual dan pembeli di sebuah gerai menjual suratkhabar berbalah kerana si pembeli mendakwa dia beri RM50 kepada penjual dan penjual kata dia menerima RM1 dari si pembeli. Beberapa minggu sudah, ianya berlaku di gerai menjual ikan dan tahun lepas di gerai menjual sayur serta buah.

Saya sempat belek-belek kedua-dua nota bank tersebut... kalau dalam keadaan santai, memang kita boleh membezakan dengan jelas kedua-duanya. Hairan juga kenapa orang boleh tersilap dan apabila saya 'browse' beberapa forum di internet... bukan kecil rupanya isu nota bank ni. Saya juga sebenarnya, dalam keadaan kelam-kabut dan semasa fikiran tengah melayang memikirkan hal lain... beberapa kali telah tersalah memberikan nota bank. Mujur si penjual menegur saya... 'duit kecik takde bang?'.

Terfikir juga kenapa Bank Negara mengambil keputusan mengeluarkan kedua-dua nota bank ini dalam warna yang hampir sama dan boleh pula keluarkan nota RM5 dan RM10 dalam warna yang amat jelas berlainan kategori warnanya. Dan saya fikir Bank Negara juga harus mengambilkira bahawa di Malaysia memang ada orang yang 'color blind'. Jika mereka menafikannya, kenapa pula ada beberapa organisasi meletakkan syarat pekerjaan... 'Tidak Buta Warna'.

Saya juga pernah melihat satu video di Youtube adegan di sebuah stesen minyak apabila berlaku 'satu penipuan ala magik show' apabila si pelanggan dengan pantas menukar nota RM50 dengan nota RM1 dan memberitahu si penjaga kaunter bahawa beliau tersalah beri nota bank. Sudah tentu enggan berlakunya pertengkaran dengan pelanggan... si penjaga kaunter terus tukar nota tersebut dengan RM50 dalam keadaan yang terpinga-pinga.

Apa kata Bank Negara tukar warna nota bank RM1 tersebut dengan warna PINK?
Read more

mStar Online : Kutip RM7 Juta, Syamsul Boleh Tidur Lena


Selepas adik-beradik KRU... saya boleh berikan 'salute' kepada anak muda ni. Dalam masa orang lain sibuk bergaduh, bertekak, memekik dan saling berfitnah untuk duduk di kerusi No. 1, Putrajaya... beliau memilih untuk berjabat salam, membina empayar dan menyemarakkan ekonomi perfileman Malaysia dengan karyanya yang terbaru KHURAFAT yang dikatakan telah mengutip hampir RM7 juta.


Saya belum berkesempatan menonton filem ini namun insyAllah akan cuba berbuat demikian di masa cuti Tahun Baru Cina ni... walaupun agak terlambat sedikit. Harap-harap filem 'gegar panggung' ini masih lagi ditayangkan.


mStar Online : Kutip RM7 Juta, Syamsul Boleh Tidur Lena
Read more

Thursday, February 3, 2011

AIR MATA DI BUMI MEMALI

Ramai kawan-kawan yang sezaman dengan saya semasa berlakunya peristiwa Memali bertanya samada saya telah membaca buku terbaru karangan C.N. Al-Afghani, Saya belum membeli apatah lagi membaca buku tersebut, insyAllah saya akan membelinya jika berkesempatan. Tapi kalau ada rakan-rakan yang ingin menghadiahkan sebuah kepada saya... saya boleh beri alamat rumah :).

Dulu kerajaan ada mengeluarkan Kertas Putih berkenaan peristiwa tersebut dan saya ada salinannya kot... tapi entah di mana letaknya... dalam timbunan cetakan berbagai artikel yang saya simpan. Saya juga sudah tidak begitu ingat akan peristiwa tersebut secara terperinci namun ianya ada membangkitkan kemarahan bukan sedikit pihak pada masa itu dan ceritanya masih berkumandang hingga ke hari ini.

Saya tidak dapat memberi sebarang ulasan terperinci sekarang kerana belum membacanya namun tidak dapat mengelak dari membaca berbagai 'link' yang diberikan oleh kawan-kawan berkenaan dengan buku ini. Nampak menarik juga sebab tulisan buku ini dikatakan berbentuk penerangan dan pendedahan... kebetulan pula kerana saya memang minat buku bercorak penyiasatan dan biografi.

Buku ini dikatakan membangkitkan tentang Tabung Memali yang ditubuhkan untuk mengutip sumbangan, derma, sedekah atau pemberian bagi tujuan membantu keluarga mangsa tragedi Memali. Ianya telah menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan pengikut PAS, ada yang tertanya-tanya dan tidak kurang juga ada yang marah terhadap penulis buku tersebut yang juga dikatakan 'orang PAS'... tidak saya tahu secara tepat kerana saya tidak mengenali penulis. Namun saya fikir agak kurang wajar jika sesiapa jua memberi responsif awal yang bersifat penafian. 
Sebenarnya saya mengharapkan PAS akan berkata bahawa satu jawatankuasa bebas dan berkecuali akan ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut, bukannya 'statement' berbentuk penafian kerana masalah dan persoalan tidak akan selesai. Saya juga lihat PAS sebelum ini bersifat begitu 'agresif mendesak' apabila ada isu berbangkit yang membabitkan Kerajaan Persekutuan dan jika tidak ada tindakan segera diambil maka mereka 'ugut' untuk adakan perhimpunan... mungkin mereka berniat baik namun saya juga berharap dalam isu buku ini, mereka juga pantas membuat tindakan yang konstruktif.
Saya ingin sekali dengar mereka berkata akan bentangkan laporan audit atau laporan kewangan atau apa saja laporan berkenaan dengan pengurusan tabung tersebut. Bila tabung ditubuhkan, siapa yang bertanggungjawab ke atas tabung tersebut, berapa banyak kutipan dan simpanan dan berapa banyak duit yang telah diserahkan kepada keluarga mangsa... sama seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor bila mereka bentang kedudukan kewangan dan pengurusan negeri. Alasan bahawa ini adalah soal ahli dan parti, 'morally' saya nampak tidak wajar kerana saya yakin bukan ahli PAS juga ada memberikan sumbangan.

Jika kerajaan BN berani ambil tindakan kurang popular apabila sesuatu isu yang tidak menyebelahi kerajaan BN dan PAS ambil kesempatan menghentam untuk 'political mileage'... saya fikir PAS juga harus 'gentleman' dalam perkara buku ini. Bukanlah niat saya ingn melihat BN pula menghentam PAS tapi kejujuran dan keikhlasan memegang amanah apatah lagi hak anak yatim-piatu, ianya melangkaui prinsip kepartian... saya yang kerdil di kalangan ulama ini merasakan PAS harus menzahirkan keikhlasan mereka walaupun tindakan itu tidak popular.

Buat masa ini, pandangan saya terhadap segelintir pemimpin PAS semakin bercampur-baur, sama seperti terhadap segelintir pemimpin di dalam BN atau PKR. PAS bukanlah satu parti yang asing bagi saya kerana saya ada ramai kawan-kawan di dalam PAS dan juga kawan-kawan pro-PAS... malahan saya juga pernah mendapat sedikit ilmu dari Ustaz Nik Razi Nik Mat semasa saya di ITM dulu. Demi menghormati persahabatan, saya enggan menerjah fikiran mereka seperti rakan-rakan politik lain yang begitu gemar membuat provokasi 'hati kering'. Dan janganlah berhujah dengan saya menggunakan pendekatan 'lauk basi, salahkan dapur'.

Seikhlasnya saya tidak berminat mencari kesalahan PAS. jika ada. Cuma, saya semakin kurang selesa dengan beberapa pendekatan segelintir orang kuat PAS yang nampaknya lebih kurang dengan segelintir pemimpin parti lawan. Janganlah buka keburukan orang lain dalam isu yang spesifik ini kerana itu bukanlah jawapan. Kerana soalan yang berbangkit cukup mudah... APA JADI DENGAN TABUNG MEMALI?

Read more

Wednesday, February 2, 2011

HARAP SEMUA BAHAN SEJARAH DI MUZIUM MESIR SELAMAT




Saya pernah sampai di negara yang telah wujud ribuan tahun yang lalu... yang begitu dikenali sebagai Land of Paraohs. Apabila berlakunya krisis di Mesir sekarang ini, selain dari bimbangkan keselamatan rakan-rakan dan saudara-mara yang berada di sana... saya juga amat berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri bahan-bahan sejarah yang berada di merata Mesir. Berpuluh tahun lamanya pihak muzium Mesir berusaha untuk mengumpulkan ribuan artifak dan menjaganya dengan baik... jika ianya dicuri, saya rasa pencuri tersebut harus dihukum dan dimumia.

Boleh baca di link yang saya sertakan di bawah sebagai rujukan untuk semua. Semoga pergolakan di Mesir berakhir dengan segera tanpa pertumpahan darah yang sememangnya tidak perlu berlaku. Dan Malaysia... tolonglah selesaikan masalah rakyat kita di sana dengan segera.


Egypt Treasures Looted, but Public Strikes Back
Read more

Tuesday, February 1, 2011

SEJUKNYA MALAYSIA

 
Shah Alam telah dilanda musim sejuk sejak 3-4 hari yang lalu... kan best kalau snow betul-betul boleh turun di Selangor. Kalau nak merasa pun, kena la pergi kat I-City Seksyen 7 Shah Alam tu... khabarnya ada 'peti sejuk saiz besau' bagi sesiapa yang hendak merasa musim sejuk seperti di luar negara.

Pagi tadi masa nak keluar pergi kerja, meter temperature kereta saya pertama kali papar 24.0 degree celcius... suhu yang dikira agak sejuk jugalah untuk kawasan seperti Shah Alam. Kalau tidak meter suhu ni paling rendah pun dalam 28.0 degree celcius. Maklumlah hari-hari hujan... semalam hujan hampir 24 jam. Sekarang bila tidur malam pun... aircond tutup.

Ada la seronoknya juga cuaca sejuk macam ni tapi baju yang dibasuh lambat kering dan simpati saya kepada rakan-rakan di selatan tanahair yang terlibat di dalam bencana banjir. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan dimurahkan rezeki akan datang agar mereka dapat kembali membina kehidupan setelah rumah mereka ditenggelami air bah.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...