Monday, January 31, 2011

Maher Zain - Insya'Allah (Malay Version)




Versi Melayu sudah keluar :)
Read more

Iklan Jalur Lebar




Iklan jalur lebar yang menarik untuk tontonan bersama
Read more

Sunday, January 30, 2011

Kesan Perlantikan William Daley Terhadap Malaysia


Saya terbaca statement ini di Facebook @Koin Ajidin tentang satu artikel di website ibnuyaacob.com yang agak menarik untuk diberikan perhatian selanjutnya. Sila klik di sini untuk bacaan lanjut --> Kesan Perlantikan William Daley Terhadap Malaysia
Read more

Wednesday, January 26, 2011

10 PERKARA YANG AKAN DITUNAIKAN DALAM 100 HARI JIKA MENANG PRU-13


Saya terima banyak juga email dari kawan-kawan dan kawan-kawan kepada kawan-kawan berkenaan dengan Buku Jingga yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat. Buku ini dikatakan sebagai program yang akan dilancarkan oleh Pakatan Rakyat sekiranya mereka memenangi PRU-13. Semua kawan-kawan saya mahu saya berikan ulasan ringkas tanpa berpihak dan dalam tulisan ringkas ini saya akan cuba memberikan pandangan ringkas saya bersesuaian dengan janji Pakatan Rakyat yang akan melaksanakan beberapa perkara asas yang saya kira 'harus diberikan perhatian' sekiranya hendak dilaksanakan dalam 100 hari. Cuma saya tidak menemui sebarang 'sumpah' atau 'akujanji' bertulis yang mereka berikan bahawa 'tanpa sebarang alasan atau dalih, segala 10 perkara asas tersebut wajib dilaksanakan selengkapnya dalam masa 100 hari'. Bukan apa, takut bila sampai masanya nanti... tiba-tiba mereka tunjukkan atas tulisan kecil di bawah sekali... 'TERTAKLUK KEPADA SYARAT DAN PERATURAN'. Mari kita lihat satu persatu 10 perkara tersebut.

MEMANSUHKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI

Memang tak adil rasanya kalau seseorang ditahan tanpa dibicarakan sewajarnya. Apatah lagi bila seseorang ditahan atas sebab politik atau agama. Cuma bagaimana dengan kes dadah, kongsi gelap, gangsterisme dan segala bagai jenayah terancang. Rasanya mereka perlu mendapatkan maklumbalas dari pihak keselamatan dan nasihat perundangan tentang perkara ni kerana dah banyak kali kedengaran beberapa 'ketua penjenayah' terlepas begitu sahaja kerana tidak cukup bukti walhal polis dikatakan memang mempunyai bukti namun tidak lengkap sebagai 'bukti mahkamah' disebabkan perkara teknikal. Dari sudut ini saya kira agak kurang adil kepada orang ramai seperti kita yang bimbangkan keselamatan.Memang la sesiapa juga boleh berikan ulasan panjang lebar tentang perkara ni tapi kalau perkara tak selesai dan kes asyik tangguh sampai bertahun-tahun... saya kira jenayah sifar tidak akan tercapai kerana itulah matlamat keamanan.

AMBILALIH KONSESI DAN ASET LEBUHRAYA UNTUK HAPUSKAN TOL

Saya sangat bersetuju la dengan usul ni sebab bagi sesiapa yang tinggal di Shah Alam... inilah bandar yang dikelilingi oleh lebuhraya NKVE, KESAS, Persekutuan, NPE dan Shah Alam-Kemuning... ada 5 lebuhraya bertol tu. Nak keluar kena tol, nak masuk kena tol. Kerajaan Selangor sekarang bolehlah mulakan usaha ni dengan mengambilalih semua pengurusan tempat letak kereta yang diselenggara oleh swasta dan dikutip oleh pihak majlis... letak di bawah Menteri Besar Incorporated dan umumkan pada 1hb Februari... 'SEMUA TEMPAT LETAK KERETA DI SELANGOR ADALAH PERCUMA'. Jadi bila dah memang PRU-13 nanti, tak payah la baru nak set berbagai jawatankuasa untuk melaksanakan janji. Jadi saya sokong la usaha ni.

MENGURANGKAN SUBSIDI SWASTA DAN ALIHKAN KEPADA SUBSIDI RAKYAT

Saya kira ini merujuk kepada subsidi yang kerajaan berikan kepada penjana bebas.  Kalau benar subsidi tersebut hanya menguntungkan swasta dan TNB dipaksa untuk membeli tenaga dari penjana swasta tersebut walaupun ianya tidak diperlukan... memang molek rasanya usul ni. Kerajaan Selangor juga boleh la pasang semua jalan yang ada di Selangor ni dengan lampu jalan yang terang... rasanya tokeh I-City boleh bagi cadangan kot. Banyak lampu LED kat I-City Seksyen 7 Shah Alam tu... tiap-tiap malam pasang tapi kena bayar la kalau nak masuk kawasan tu. Takkan tak boleh free kot... untuk rakyat.

IMBUHAN RM500 KEPADA GURU

Takkan guru je kakitangan kerajaan yang ada... lain-lain jawatan pun kakitangan kerajaan kan, mereka juga memainkan peranan yang begitu penting di dalam pembangunan negara. Cuma tak diterangkan adakah RM500 tu je la untuk seumur hidup atau setiap 100 hari atau setiap tahun atau setiap kali pilihanraya umum. Untung jadi cikgu ni... rezeki masing-masing. Kita di bidang lain ni tak payah la irihati terutamanya yang bekerja di swasta sebab memang takde imbuhan untuk pekerja swasta.

MENJADIKAN HAK AIR SEBAGAI HAK RAKYAT

Benar, air di Selangor telah diberikan subsidi. Tapi apabila MB Selangor seorang ahli korporat yang terhandal di Malaysia ditambah dengan Penasihat Ekonomi negeri yang terkenal seantero dunia... saya rasa air patut percuma sekarang di Selangor walau apa pun alasannya... mesti percuma sekarang. Tapi bila percuma.. tentu ada pihak yang kena bayar untuk rakyat kan... siapa agaknya dan berapa dah dibayar... guna duit rakyat gak tu rasanya walaupun dikatakan dari anak syarikat kerajaan negeri.

INTERNET DAN WIFI PERCUMA

Saya masih kena bayar untuk internet dan wifi di Shah Alam. Saya masih sukar mendapatkan perkhidmatan jalur lebar yang amat laju dan tidak semua bangunan kerajaan negeri di Selangor yang memberikan wifi percuma. So, bila nak buat di Selangor dulu? Takkan kena tunggu PRU-13.

MEMBATALKAN FELDA PLANTATIONS DAN BUKA LADANG-LADANG BARU KEPADA GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA

Habis kita yang bukan dari FELDA ni tak boleh dapat tanah ladang percuma ke? Kalau sampai ke generasi ke-3 Felda pun boleh dapat tanah... habis kita yang bekerja swasta dan memang anak Selangor ni takkan tak boleh dapat tanah sekangkang kera di Selangor kot. Kenapa sampai sekarang Kerajaan Negeri tak umum langsung pemberian tanah 1 ekar seorang untuk setiap penduduk Negeri Selangor? Bukanlah kita dengki tapi tidakkah kita juga patut berpeluang menerima anugerah tanah? Jadi buat la di Selangor dulu... sebelum janji akan beri kelak. Tapi apa cerita Perbadanan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) sekarang ni? Dengar ceritanya ramai betul kakitangan lama yang berhenti atau dipaksa berhenti secara terhormat. Takkan takde tanah-tanah PKPS yang boleh dianugerahkan kepada semua penduduk Selangor.

MENAIKKAN ROYALTI MINYAK KEPADA SABAH DAN SARAWAK

Saya tak tau nak komen la pasal hal ni sebab Selangor takde minyak... taik minyak dan naik minyak banyak di Selangor ni. Jangan lupa pulak Kelantan dengan Terengganu nanti... banyak minyak gak tu. Agak-agak pantai belah Selangor ni ada minyak kot... kena buat research ni.

MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK PULIH BADAN KEHAKIMAN

Ini pun saya kena dapatkan pandangan rakan-rakan peguam... mereka tentu lebih arif. Dan kalau boleh. jangan la benarkan langsung tangguh kes... bertahum-tahun tangguh tak elok, bazirkan duit rakyat, mana nak cover pulak nanti.  Tapi kalau kes Teoh Beng Hock pun sampai ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja... kes liwat contohnya boleh gak kot... ahaks, jangan marah... tanya je. Rasanya kalau ditubuhkan suruhanjaya seperti ni... kena la samarata kan, barulah rakyat rasa ada keadilan.

MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK PENDATANG ASING DAN KERAKYATAN DI SABAH

Sama la seperti di atas... suruhanjaya seperti ini jangan la bermotif politik je. Rumah urut haram, pusat judi haram, karaoke haram, GRO, kedai makanan tak halal tapi pamer logo halal dan apa jua yang seperti ini juga merupakan ancaman kepada rakyat dan negara. Kena la buat Suruhanjaya DiRaja dan mesti diselesaikan dalam masa 100 hari.  Janganlah pulak nanti suruhanjaya seperti ini hanya digunakan sebagai senjata 'character assasination' orang-orang tertentu yang 'tidak sebulu' dengan kita... mintak dijauhkan kerana ianya amat mengimarahkan fitnah dan buruk sangka.

Jadi selepas menang PRU-13 nanti, sekiranya segala perkara di atas tidak dapat dilaksanakan dalam masa 100 hari, parti pemerintah tersebut harus meletak jawatan beramai-ramai... boleh dimasukkan ke dalam akujanji bertulis sebelum PRU-13... boleh kot?
Read more

Monday, January 24, 2011

APA CERITA SIDANG KHAS DUN SELANGOR HARI NI


Terkejut juga pagi ni bila lihat ramai orang berhimpun di Dataran Shah Alam yang terletak hanya 1km dari Dewan Undangan Negeri Selangor berhampiran Bangunan SUK, Shah Alam. Tak begitu pasti jumlahnya tapi mungkin dalam angka ribu... penuh Dataran Shah Alam. Hajat hati nak ke Lembaga Perumahan Hartanah Selangor di Bangunan SUK terbantut kerana polis trafik dah tutup jalan. Saya cuba juga jenguk kiri kanan kot-kot terjumpa la mana-mana artis... mana la tau ada event ke. Tapi kebanyakannya berpakaian dari parti UMNO dan ternampak juga rakan-rakan dari PERKASA. Ada demo rupanya... macam mana saya orang Shah Alam boleh tak tau nih.

Sempat juga saya telefon beberapa rakan di SUK bertanyakan hal ni... rupanya ada Sidang Khas DUN Selangor... sidang yang dikatakan akan mengembalikan kuasa Sultan Selangor. Saya memang ada terbaca mengenai perkara ni. Pakatan Rakyat kata nak kembalikan kuasa Sultan dan nampak macam UMNO tentang... memang ramai orang berhimpun dan nak berarak ke arah bangunan Annex DUN Selangor. Hairan juga apabila kedua-dua pihak mendakwa hendak mempertahan dan mengembalikan kuasa Sultan... kenapa bergaduh pulak? Sedangkan perkara yang dituntut adalah sama... politik.

So, terpaksalah saya 'konar' stereng kereta ke kedai mamak di Seksyen 3... pekena apa yang patut sambil borak dengan kawan-kawan yang memang jadi penunggu setia kedai mamak di waktu pagi. Nampaknya tenghari la baru dapat ke SUK... itupun kalau takde 'road block' la sebab khabarnya persidangan dewan akan berlanjutan hingga ke petang.

Sempat belek akhbar Sinar Harian di kedai mamak... satu-satunya akhbar yang saya rasa agak neutral dalam melaporkan berita sekarang ni.  Muka depan melaporkan 'Perhimpunan Bantah Khusrin Suram'. Isu perlantikan SUK Selangor ni la yang membawa kepada sidang khas DUN ni sebenarnya. Dari gambar di Sinar Harian... jumlah yang hadir di perhimpunan semalam di Stadium MPPJ Kelana Jaya lebih kurang 500 orang walaupun penganjur mengatakan boleh mengumpulkan 10,000 orang.

Akal orang marhaen seperti saya ni tidak dapat tidak... mesti nak congak-congak sendiri keadaan ini menggambarkan apa sebenarnya... apatah lagi ianya berlaku di negeri yang saya adalah pengundi tegar. Tanpa perlu saya ambilkira persoalan yang tersurat dan tersirat secara terlalu mendalam, saya lebih gemar memberi sekilas pandangan sahaja... ia sudah tentu tidak mencerminkan pendapat berpihak tapi sekadar 'itu la agaknya kot'.

Saya yakin penyokong dan para simpati la yang akan menentukan halatuju sesebuah gerakan, baik parti politik, NGO malahan apa jua perkumpulan. Hanya 500 orang yang hadir di perhimpunan membantah lantikan Khusrin bukanlah satu petanda yang baik kepada Pakatan Rakyat. Dan apabila DUN Selangor bersidang di mana YB dari Pakatan Rakyat akan membentangkan pindaan... saya tertanya juga adakah ianya benar-benar kehendak rakyat atau kehendak pemimpin politik sendiri yang mementingkan 'survival'. Sebab parti politik ni laju je keluar 'statement' berbunyi 'itu adalah pandangan peribadi YB tersebut yang tidak menggambarkan pandangan parti' setiap kali mana-mana YB mengeluarkan 'statement' yang menaikkan kemarahan rakyat atau merugikan parti. 

Dan kehadiran ribuan penyokong yang membantah sidang khas DUN Selangor hari ni juga harus diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri kerana angka tersebut mungkin menggambarkan hasrat sebenarnya penduduk Selangor walaupun ianya datang dari pihak yang bertentangan.

Hampir pukul 12.00, saya pun bergerak ke SUK Selangor dan memang banyak kenderaan di kiri kanan bahu jalan menghala ke bangunan itu. Dari pos pengawal ada sebuah trak polis dengan anggotanya kelihatan sedang berkemas... demo dah habis kot. Namun kelihatan beberapa anggota polis beruniform yang sedang berkawal di sana-sini memerhatikan keadaan sekeliling... alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Belum sempat saya naik ke atas, kawan di SUK dah sms nak jumpa di tempat lain... baik boss. Dalam perjalanan ke SACC Shah Alam, sempat saya lalu di depan Quality Hotel dan di seberang jalan... kedai mamak Syed Bistro (Bangunan Alam Sentral) agak sesak dengan orang yang berpakaian ada logo UMNO dan PERKASA.

... politik oh politik.
Read more

LE TOUR DE LANGKAWI 2011 TELAH BERMULA

Sumber: ltdl.com.my
Le Tour de Langkawi 2011 telah pun bermula secara rasminya semalam, 22hb Januari 2011 dan dijangka akan berakhir pada 1hb Februari 2011. Acara lumba basikal terbesar di Malaysia ini memang menarik dan jarang sekali saya terlepas untuk mengikuti perlumbaan ini sekiranya ia melalui Shah Alam atau Klang. Terdapat 10 peringkat perlumbaan dan Uitm Shah Alam - Kuala Lumpur loop adalah peringkat ke-10 iaitu yang terakhir.

Pada pandangan peribadi saya, perlumbaan lumba basikal ini lebih menarik dan mencabar berbanding Formula 1 atau GP Motor Malaysia kerana jumlah jarak perlumbaan 10 peringkat adalah 1,315.4 km... jauh tu beb. Tidak seperti Formula 1 atau GP Motor yang hanya berlegar-legar puluhan kali dalam satu litar... asal lalu depan tempat duduk kita je... kita bersorak. Lepas 5-6 round, masing-masing boring dah... harap-harap ada la yang eksiden atau terbabas kot... barulah thrill balik race tu. Kalau tidak... yang tidur ada, makan jangan kata la... yang melayan henfon pun ramai.


Basikal ni pulak mana ada enjin... kena kayuh sendiri. Bayangkan pelumba berkayuh turun naik Cameron Highlands atau Genting Highlands... kita nak kayuh ke kedai pun, jenuh lap peluh. Masa sekolah dulu ada la juga saya ikut budak-budak yang main lumba basikal ni... serious beb, kayuh dari Klang ke Gombak masa tu memang sungguh mencabar. Itupun terlarat berkayuh pergi je... balik basikal masuk van.

Sumber: ltdl.com.my
Tahun ni LTDL 2011 masuk Shah Alam pada peringkat terakhir iaitu Uitm - Kuala Lumpur pada 1hb Februari 2011. Upacara akan bermula di Padang Kawat UiTM dan mereka berkayuh hingga ke Hotel Concorde Shah Alam di mana perlumbaan rasmi akan bermula pada pukul 1 petang... kalau takde apa-apa masalah teknikal la. Tapi kalau nak tau detail... lawat la http://www.ltdl.com.my/. Kalau nak tengok boleh la berlonggok dekat-dekat Concorde Shah Alam... jangan lupa bawa kamera. Datang la awal sikit, takut jalan kena tutup awal sebab kena beri laluan untuk perlumbaan ni.

So, pada sesiapa yang berminat nak ambil gambar... pastikan kamera telah tersedia. Majulah sukan untuk negara.
Read more

Sunday, January 23, 2011

FAHRENHEIT 88 - SHOPPING MALL BARU DI KUALA LUMPUR

Sumber: fahrenheit88.com.my
Baru hari ini berkesempatan berkunjung ke Fahrenheit 88 Kuala Lumpur walaupun ianya telah dibuka pada penghujung tahun lepas. Saya telah 'notice' bangunan ni semasa ianya sedang diubahsuai dulu namun tidak begitu diberikan perhatian kerana dahulu bangunan ini dikenali sebagai KL Plaza. Dan pada tahun 80-an dulu pun, saya tidak begitu berminat jejak kaki di bangunan ni kerana tumpuan lebih di BB Plaza yang terletak tidak jauh dari situ... sebelum Pavillion KL didirikan.

Sumber: uniqlo.com.my
Pada November 2010, sebuah kedai pakaian yang terkenal di Jepun, telah secara rasminya dibuka di Fahrenheit88 ni. Agak menarik juga iklan promo yang dibuat... 'MADE FOR ALL' dan 'FROM JAPAN TO KUALA LUMPUR'... iklan yang memang 'mempelawa' naluri untuk ingin berkunjung. Semasa ianya baru dibuka, saya ada berkunjung ke sana namun tak dapat masuk sebab terpaksa beratur untuk masuk ke kedai. Dan selepas itu dari beberapa blog dan facebook yang saya baca... kedengarannya tempat ini agak menarik kerana dikatakan murah.

Hari ini dapat juga saya berkunjung ke Fahrenheit88 walaupun waktunya agak lewat... walaupun hujan turun rintik-rintik petang tadi. Oleh kerana keadaan Jalan Bukit Bintang di mana terletaknya Fahrenheit88 ini sentiasa 'jem', saya 'park' kereta di Pavillion KL yang terletak hanya di seberang jalan berhadapan Fahrenheit88. Mungkin kerana hujan atau petang Ahad, orang tak begitu ramai... akhirnya saya dapat juga jejak kaki ke tempat ni. Masuk je ke dalam... hmmmm, lebih kurang macam Bukit Bintang dan Imbi Plaza je suasananya. Kedai yang terdapat di dalam Fahrenheit pun lebih kurang sama macam di Bukit Bintang... takde apa sangat yang menarik. Ruang kedai di tingkat bawah pun banyak yang kosong lagi namun di tingkat-tingkat lain agak penuh. Jadi kalau sesiapa yang nakkan suasana macam Bukit Bintang... boleh la datang ke sini... ruangnya agak luas dan tak bersesak.

So, apa cerita dengan Uniqlo ni? Rekaan pakaian yang dijual agak ringkas, menarik dan MURAH. Patutlah diaorang guna slogan 'MADE FOR ALL'. Terdapat berbagai jenis pakaian yang berharga di bawah RM50 dan masing-masing boleh lagi menjadi 'stylo'... pada mata 'photographer' macam saya la. Memang amat sesuai untuk mereka yang gemarkan pakaian yang ringkas tetapi menarik. Kedai ni 3 tingkat... bahagian lelaki di tingkat 3... lain-lain untuk pompuan.

Jadi, bagi sesiapa yang ingin 'explore'... saya syorkan park sahaja kereta anda di Pavillion dan berjalan kaki ke Fahrenheit88 melalui ruang legar tengah Pavillion di mana 'events' selalu diadakan. Tempat letak kereta di Pavillion pun banyak (... tapi mahal la, park 2 jam dekat RM8 beb) dan tempat nak menjamu selera pun banyak pilihan berbanding di Fahrenheit88 yang memang amat terhad buat masa ni.
Read more

Thursday, January 20, 2011

SHAH ALAM FOR DUMMIES 2.0


Ramai sangat dah kawan-kawan dari luar Shah Alam yang kerap bertanyakan arah jalan dan tempat setiap kali cuti sekolah atau cuti umum... kalau tak nak ke kenduri kahwin.... bersunat... ataupun ziarah saudara-mara. Dan setiap kali itu jugalah la, jenuh saya nak terangkan arah sambil cuba men'visualisasi'kan kedudukan mereka... bayangkan mereka hanya beritahu landmark berdekatan... dah saya terpaksa buat mind mapping dalam kepala. 

Saya amati, ramai sungguh yang cukup fobia dengan jalan di Shah Alam. Mari saya senaraikan beberapa perkara 'mitos' moden tentang Shah Alam yang seringkali menghantui kawan-kawan saya yang pertama kali masuk ke Shah Alam:-

NAMA KAWASAN DAN ALAMAT
Tidak seperti kawasan lain di Malaysia (agaknya la), Shah Alam antara bandar yang mula-mula meng'segmen'kan perbandarannya menggunakan perkataan SEKSYEN. Dan selepas tahun 2000, telah muncul pula perkataan SEKSYEN U. Agaknya dah terlampau banyak seksyen hingga ke angka 38, maka U telah diperkenalkan untuk kawasan-kawasan baru.

ROUNDABOUT

Seriously beb, bila orang ingat je Shah Alam... diaorang akan terbayang roundabout yang begitu banyak. Saya sendiri pun tak ingat ada berapa roundabout... mungkin puluhan kot. Percaya atau tidak, ada juga yang bawak kereta berpusing-pusing di roundabout sebab tak tau nak masuk simpang mana.
TAMAN PERUMAHAN

Bilangan taman perumahan juga memang banyak di Shah Alam pada pandangan orang. Jadi orang fikir kalau tersesat masuk satu taman... nak cari jalan keluar sampai kena berpusing dan silap-silap dah pandu keluar Shah Alam.

Sekarang, saya akan ceritakan serba ringkas tentang Shah Alam agar memudahkan sesiapa jua sekiranya mereka berkunjung ke Shah Alam. Saya takkan cerita la secara detail sangat sebab sesiapa juga boleh rujuk di internet sekiranya hendak mencari sesuatu lokasi secara spesifik. Mari kita kenali Shah Alam secara mudah:-

SEKSYEN

Memang alamat di Shah Alam menggunakan sistem SEKSYEN, samalah seperti PRESINT di Putrajaya atau SS di Subang Jaya. Kalau tak silap, takde Seksyen 1 di Shah Alam... ianya bermula dari 2. Saya kira semua orang tahu Lebuhraya Persekutuan. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, apabila anda melepasi Tol Batu 3 maka anda telah memasuki Shah Alam, penghujung Shah Alam adalah Tol Sg Rasa sekiranya anda memandu terus di Lebuhraya Persekutuan... di mana selepas tol tersebut, anda akan memasuki Bandar Klang. Kalau drive 90km/j, lebih kurang 10-15 kot dari tol Batu 3 ke tol Sg Rasa.
Sekarang, cerita pasal Seksyen pulak. Di sepanjang Lebuhraya Persekutuan itu, sebelah kanan lebuhraya adalah Seksyen 2-14 manakala Seksyen 15-38 (sampai Seksyen 38 kot) berada di sebelah kiri lebuhraya. di mana semua kawasan industri ditempatkan termasuklah kilang Carlsberg tu. So, sesiapa yang nak cari rumah, pastikan alamat tersebut berada di Seksyen mana dan masalah anda akan separuh selesai... especially yang terkial-kial nak cari dewan orang buat kenduri kahwin.

Tempat menarik yang ada di Seksyen 2-14... tengok Google Map la beb, takkan nak cerita detail pulak kan. Jangan risau, kalau sesat gak... cari kedai makan atau 7-11. Pekerja situ akan bagitau arah jalan... jangan tanya di stesen mnyak... memang lagi sesat la kalau Bangladeshi yang tunjuk jalan.

SEKSYEN U

Seksyen U adalah satu kawasan baru dibangunkan selepas tahun 2000 kalau tak silap. Ianya adalah kawasan selepas Stadium Shah Alam menghala ke Subang dan Sg. Buloh. Kawasan perumahan Bukit Jelutong dan TTDI Jaya terletak di kawasan ini. Begitu juga dengan kawasan industri Glenmarie. Boleh rujuk Google Map untuk maklumat lanjut.
TEMPAT MAKAN

Boleh dikatakan di setiap seksyen dan U ada tempat makan. Dari seringkas-ringkas jenis makanan hinggalah yang 'high class'. Jadi jangan risau kalau bermalam di Shah Alam kerana kebanyakan kedai mamak beroperasi 24 jam, kedainya besar dan ada 'big screen'. Mall yang besar seperti SACC Mall, Alam Sentral dan Plaza Masalam terletak di kawasan Seksyen 2-14 ini. Kopitiam ada di mana-mana... anda hanya perlu masuk ke mana-mana kedai apa saja untuk bertanya jalan jika tersesat... ingat, jangan bertanya di stesen minyak kecuali ada pekerja Malaysia di situ.
TEMPAT RIADAH

Tempat riadah yang paling selesa ialah di Tasik Shah Alam, Seksyen 4, Pusat Bandar... berhampiran UiTM Shah Alam dan Masjid Biru Negeri. Dan juga terdapat sebuah extreme park di sebelah Stadium Mini, Seksyen 13... bersebelahan dengan Stadium Shah Alam. Di extreme park ni ada KFC, Pizza Hut dan Burger King... boleh lepak makan hingga pukul 11 di Pizza Hut. Kalau tak silap KFC dan Burger King 24 jam kot... rasanya la.

PADANG GOLF
Bagi sesiapa yang berminat dengan golf... Kelab Golf KGSAAS 36 lubang terletak di Seksyen 13... sebelah Stadium Mini Shah Alam. Malahan Shah Alam dikelilingi dengan padang golf (.... dan 5 highways bertol) yang hanya dengan 15 minit memandu dah sampai. Kelab Golf Saujana, Glenmarie, Monterez dan Tentera Udara terletak saling hampir sebelah menyebelah. Jadi boleh pilih... pada sesiapa yang berminat la.

Demikian la serba sedikit tentang Shah Alam... sekali lagi, boleh rujuk Google Map sekiranya inginkan details. Selamat Datang ke Shah Alam... enjoy your trip and stay here. Don't worry... anda tidak akan sesat kecuali kalau ada gelabah... :)
Read more

Tuesday, January 18, 2011

PNSB U-20 BERAKSI DI FINAL PIALA TAN SRI MUSTAPHA KAMAL 2010




PNSB Under-20 beraksi lagi di perlawanan akhir. Kali ini Piala Tan Sri Mustapha Kamal 2010 di Stadium SUK, Shah Alam. Namun tidak seperti perlawanan akhir yang lain... saya merasakan sedikit kelainan pada kali ini. Mungkin kerana Malaysia baru saja menang Piala AFF maka 'excited' itu terbawa-bawa apabila coach pasukan ini, Mandonna beritahu saya PNSB Under-20 masuk perlawanan akhir... sekali lagi. Memang seronok... mungkin kerana saya telah mengikuti perkembangan pembangunan sukan PNSB sejak awal penubuhannya lagi (sudah tentu la beb, saya sendiri terbabit di dalam penubuhan PNSB FC).

Penonton memang ramai... tidak keterlaluan jika saya katakan stadium penuh. Mana taknya... semua tempat duduk memang dipenuhi sehingga ramai yang terpaksa berdiri dan semua tangga juga dipenuhi penonton. Saya tak perasan pulak tempat duduk penyokong Selangor (... tak minat nak tahu).

Memang PNSB hanya menduduki tempat kedua pada perlawanan malam itu tapi sorry Selangor... saya tidak akan 'mencemarkan' tulisan saya ini dengan bercerita tentang pasukan Selangor Piala Presiden di permulaan tulisan kerana saya tidak berminat... apatah lagi setelah saya melihat sendiri permainan mereka malam tu. Jadi saya akan letakkan cerita tentang Selangor di akhir tulisan... tengok la macam mana.

Seriously... saya hanya hadir menonton jika PNSB masuk perlawanan akhir. Tak sempat beb, kerja banyak. Dan apabila menyaksikan pasukan PNSB berdiri di atas padang sebelum perlawanan... saya telah menaruh keyakinan PNSB akan beri tentangan sewajarnya tanpa perlu saya memberi perhatian terhadap pasukan lawan. Mungkin saya boleh huraikan satu persatu 'perasaan' saya dari sudut pandang peminat bolasepak.

Memang muda-muda belaka pemain PNSB... sebahagian besar adalah dari pelatih di Akademi Bolasepak PNSB. Saya sendiri menyaksikan mereka berlatih pada usia yang begitu muda sehinggalah mereka diserapkan ke sebelasan utama. Dan pada malam itu mereka bermain dengan baik walaupun ada seorang dua yang mungkin agak gugup apabila beraksi di perlawanan akhir dengan penonton yang begitu ramai. Dan apabila separuh masa pertama berakhir dan keputusan masih seri... saya katakan bahawa PNSB telah pun menang kerana mereka berlawan dengan pasukan negeri... Selangor Piala Presiden (... saya tidak mahu ulas perlawanan Selangor sekarang kerana ianya akan merosakkan tulisan saya). Gol pertama yang diperolehi oleh Selangor umpama... NASIB BAIK (... sungguh memalukan). Dan apabila PNSB membalas dengan gol yang cantik jarak sederhana... terpinga-pinga pemain Selangor. Bayangkan team PNSB yang orang sangka kerdil (sorry beb... we never feel we are small) boleh balas jaringan gol yang cantik. Dan mereka tambah terpinga-pinga apabila seringkali pertahanan PNSB gagal dibolosi walhal saiz badan permain PNSB agak sederhana besar berbanding mereka. Saya boleh katakan dengan bangga... memang latihan pemain Selangor ni... fail total loss... main di home ground pulak tu.

Tak tahan dah ni nak komen pasal Selangor pulak... amekao

Namun, saya akui juga kawalan bola pemain Selangor agak baik (boleh la)... hantaran agak tepat tapi TAKDE RESULT. Buat apa lari laju-laju sampai depan semput... team Warisan PNSB pun boleh jaring gol bila sesekali menyerang. Dan apabila pemain Selangor dengan selamba derk lambat-lambatkan permainan... hek eleh, apa punya taktik saiko diaorang pakai ni... siapa hajau agaknya. Bayangkan diaorang buat hal masa lawan PNSB... PNSB bukan team negeri beb... bukan. Yang risau sampai buat taktik hamis terlentang la, berjalan lambat keluar bila kena tukar, buat-buat tak tau bila kena tukar... taktik ni dek, dah pupus... sama macam pupusnya kaum-kaum yang rosakkan bolasepak negara dengan rasuah. Kalau betul-betul bagus (status pemain negeri pulak tu), pamerkan la kehebatan agar penonton kagum dengan Selangor. Kena ingat la... mereka amat memerlukan penonton untuk memenuhkan Stadium Shah Alam bagi memberikan sokongan. Tapi bila tengok budak-budak pelapis Selangor ni main malam tu... ada la 2-3 orang yang boleh diharap... yang lain.. harammmm.

Penganjur pun satu hal... FAS pun dua kali lima. Kalau nakkan pemain pelapis yang berkualiti... bagilah perlawanan akhir di padang yang lebih bermutu. Apa masalahnya pulak kalau main di Stadium UiTM Shah Alam yang memang cantik. Takkan la sewa setakat RM1,000 untuk perlawanan akhir pun nak berkira. Dah la padang SUK tu, rumput dia punya la tebal boleh kasi lembu gemuk kalau tinggal 2 hari situ. Lepas tu dok bercakap pasal pembangunan bolasepak di Selangor. Padang FAS dekat Kelana Jaya tu pun dah dibuat apartment khabarnya... keras la korang nih. Kalau ikutkan hati, nak je cari sapa-sapa sponsor padang perlawanan akhir malam tu... tapi rasanya memang itulah standard Selangor kot, padang pun nak padang kerajaan.

Cukuplah cerita pasal Selangor... nasihat ringkas saya... jangan la rosakkan masa depan budak-budak Selangor ni yang memang berbakat main bolasepak.

Kepada pasukan PNSB Under-20... korang tak kalah. Kalau korang kalah... aku akan salahkan coach Mandonna (hahaha). Tapi percaturan Mandonna betul dari sudut displin asas pasukan bolasepak. Jadi korang rajin-rajin la datang training, serious masa latihan, dengar kata Pengurus... yang penting... masa main, main betul-betul. Jangan masa game... korang buat hal pulak posing macam nak bergambar atas padang tu (aksi tu pemain PNSB Warisan dah buat right reserved).

Akhir kalam... selamat majujaya kepada seluruh warga PNSB FC dan Akademi Bolasepak PNSB. Saya boleh katakan dengan bangga... anda semua adalah juara setiap hari apabila anda hidup sebagai satu keluarga yang besar. Kemahsyuran bola itu berlaku apabila anda semua jadikan bolasepak sebahagian dari cara hidup dan bersama-sama di padang setiap hari.

Syabas sekali lagi.
Read more

Thursday, January 13, 2011

BILA PM JUMPA AHLI PARLIMEN... NAK PILIHANRAYA KOT




Baru-baru ni PM Malaysia berjumpa dengan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional... tidak ada yang terkecuali, hampir semuanya kena hadir. Bila khabar angin ni kuat bertiup di sana-sini, maka hampir semua mainstream media kerajaan dan pembangkang malahan bloggers dok canang benda yang sama... pilihanraya ke-13 dah dekat. Macam-macam ulasan diberikan bagi menghangatkan berita... entah betul entah tidak. Dan bila pertemuan berlaku minggu ni... makin hangat cerita tarikh pilihanraya ni walaupun PM dah nafikan tarikh pilihanraya merupakan antara topik perbincangan.

Saya pun heran juga apesal semua orang hendak sangat pilihanraya cepat sangat... tunggu je la bila sampai tempoh matangnya.  Paling banyak gunakan alasan... 'ini berkaitan strategi dan peratus populariti'. Rasanya kalau tidak ada keperluan negara yang begitu mendesak untuk diadakan pilihanraya umum... tunggu je la tarikh matangnya. Bagi la semua pihak yang diberi mandat memerintah untuk menunjukkan prestasi masing-masing dan yang paling utama... membuktikan segala janji dan kata yang menggoda semasa meraih undi pada pilihanraya umum yang lepas.

Saya pun memang tak tahan telinga sebenarnya... hahaha. Tak puashati gak bila semua kawan-kawan dok speculate dan asak dengan macam-macam soalan serta hujah politik kedai kopi. Lalu saya hantar la beberapa kiriman pesanan ringkas kepada kawan-kawan dalam kerajaan... saja gatal nak tau apa cerita sebenarnya,

Rupa-rupanya... semua Ahli Parlimen BN dipanggil untuk melaporkan KPI masing-masing dan keadaan di kawasan jajahan mereka. Ala... macam dalam cerita Nujum Pak Belalang tu la... bila semua penghulu menghadap Sultan Shahrul Nizam dok report pasal kawasan masing-masing... kot la kan. Itu rupanya... dan dengar ceritanya ada Ahli Parlimen yang tengah menggelupur tak tidur malam sebab prestasi tak memberangsangkan. Maksudnya... ada yang bertukar atau mungkin digugurkan kot... rombakan kabinet la kalau macam ni kan.

Kalau benar la desas-desus ni... PM dah buktikan bahawa semua wakil rakyat harus ada KPI. Pada yang kena gugur tu... muhasabah diri la, jangan la dok pikir pulak nak buat hal ke... boikot ke. Terima la hakikat bahawa anda adalah wakil yang berkhidmat... bukan wakil berhormat. Kan tema PM pun kat atas tu... rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.

Sekarang saya tertunggu pulak... bila agaknya KPI kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentangkan. Teringin juga nak tahu apa standard yang digunakan, garispanduan atau apa saja la polisi yang digunapakai. Dulu ada juga dengar KPI akan dibuat setiap suku tahun... lepas menang pilihanraya di Selangor. Tahun 2009... umum pulak ada E-KPI... so, saya assume mesti la ada website yang rakyat Selangor boleh access kan. Masuk tahun 2010, takde gak apa laporan... so, tunggu la sampai habis 2010. Pun tak nampak lagi... cerita apa pun tak dengar tapi ada la terbaca program Retreat EXCO dibuat untuk membentang segala KPI dan perancangan masa depan. Bulan Januari 2011 pun dah setengah bulan... tanya la jugak kawan-kawan dalam Kerajaan Selangor, di mana boleh baca laporan KPI EXCO dan wakil rakyat PR Selangor... setakat ni tiada jawaban diterima selain... 'entah', Mana la tau kan... boleh la baca laporan KPI Penasihat Ekonomi Selangor sekali. Kalau takde... it;s ok la kalau kata... 'takde'. Takyah la balas soalan dengan soalan pasal orang lain pulak sebab soalan yang ditanya adalah spesifik. Kata ustat dulu-dulu... perangai jawab soalan dengan soalan tu perangai Yahudi. PR memang cukup terkenal dengan anti-yahudi kan... so, walk the talk bro. Let us see you through your actions... not just words.

... KPI ni bukan diperkenalkan konsepnya oleh Yahudi ke? Tak kot?
Read more

Tuesday, January 11, 2011

PNSB FC MARA KE FINAL PIALA TAN SRI MUSTAPHA KAMAL





Tahniah yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pemain bawah 20 tahun pasukan bolasepak Kelab Bolasepak PNSB yang sekali lagi berjaya masuk ke pusingan akhir Piala Tan Sri Mustapha Kamal, pengasas syarikat MK Land.


Dan inilah... salah seorang jurulatih kelab, Mandonna. Bukan calang-calang brader ni... bekas pemain bolasepak negeri (Negara kot Man?). Tanpa penat lelah dan komplen... beliau telah membuktikan keupayaan membawa pasukan ini mara ke peringkat akhir.


Ini pula adalah sebahagian dari pihak pengurusan kelab dan Akademi (...acedemi?) Bolasepak PNSB yang sentiasa komited berada hampir setiap hari di stadium menjaga dan mendidik anak-anak muda untuk menjadi pelapis pemain bolasepak negara. (Kob... takkan takde elaun der?)

Namun ada perkara yang lebih menarik tentang Kelab Bolasepak PNSB ni yang patut diketahui. Kejayaan demi kejayaan yang bukan sedikit pengorbanannya dan saya suka mengambil kesempatan ini untuk berkongsi untuk tatapan semua:-

  1. Sebahagian besar atau hampir kesemua tonggak pengurusan kelab ini tidak mendapat sebarang elaun kecuali mereka yang diberikan tugas secara spesifik di dalam pengurusan padang bola dan pasukan.
  2. Kesemua pemain adalah bekas pelatih Akademi Bolasepak PNSB dan ada juga yang masih menjalani latihan di bawah akademi.
  3. Ibubapa kepada para pemain pasukan dan pelatih akademi merupakan antara tonggak utama pasukan ini.
  4. Hampir kesemua pengurusan kelab adalah juga pemain untuk pasukan PNSB Warisan yang berumur di antara 30-50 tahun... satu-satunya pasukan yang bermain selama 3-half, tidak seperti permainan biasa yang mempunyai 2-half. Juga yang memakai kasut bola yang paling mahal... jersi pasukan yang paling banyak...tukang sorak yang juga adalah pemain... kebanyakan juga adalah penyokong kuat Arsenal atau MU (hak tui) atau Liverpool (tua der).
  5. Pengetua 'acedemi' juga seorang Pilot kapalterbang.
  6. Setiausaha Kelab, Pak Kob... Mandonna (... coach) dan AJK Kelab, Izman Farif jika diletakkan dalam sebuah lif... akan berbunyi la lif tersebut dan telah memenuhi kuota penumpang lif yang dibenarkan.
  7. Kelab ini dahulunya bermula pada tahun 1991 iaitu bersamaan dengan penubuhan PNSB... dengan menggunakan tanah kosong di belakang pintu gol di padang SUK, Shah Alam... sekarang telah beroperasi di padang sendiri di Stadium Mini, Shah Alam.
  8. Salah seorang jurugambar kelab 'dilarang' sama sekali untuk membawa kamera sekiranya pasukan PNSB berjaya masuk ke sebarang final... kerana setiap kali jugalah akan berlaku kekalahan. P/S: En Salleh (bukan nama sebenar)... bukan saya kata... orang kata.
  9. Presiden Kelab lebih dikenali dengan nama 'Abang Des The Boss'... (Sivaji The Boss...?)

Dan sekarang kelab telah membuktikan sekali lagi (... seperti biasa), mereka telah layak dan sememangnya layak untuk berdiri sama tinggi dengan mana-mana kelab bolasepak remaja yang ada di Malaysia... bukan sahaja kerana pemain dan pelatihnya... malahan komitmen berpanjangan warga pengurusan kelab, para jurulatih dan ibubapa yang telah menjadikan bolasepak... 'is a way of life'.

Selamat majujaya semua... selamat menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti. Make us proud bros... make us really proud of you so that one day we can proudly tell the world... 'I know him, he was my boy from academy'... make us proud when you wear The Gunners jersey one day...:)
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...