Monday, July 26, 2010

ANTARA HALAL DAN HARAM



Sekali lagi isu makanan halal timbul apabila JAKIM mendedahkan perihal sebuah kopitiam terkemuka (... katanya) di Kuala Lumpur menghidangkan ayam tidak disembelih (... bangkai la maksudnya kan). Ramai juga kawan-kawan meng'sms' saya bertanyakan hal ni... bukan la kerana saya ni pakar agama atau orang JAKIM apa ke... tapi sebab hobi 'jalan-jalan cari makan' saya (... err ketara sangat ke?).

Saya juga tertunggu-tunggu apa respons dari 'ahli politik berjiwa rakyat' tentang perkara ni... namun seperti biasa... hampa (... amekao!). Sampai ke hari ni tak habis-habis orang tu cabar orang ni... orang ni ngata orang tu. Isunya: HALAL ATAU HARAM PERTEMUAN DUA ORANG BERAGAMA ISLAM MEMBINCANGKAN TENTANG MASA DEPAN APA-APA PERKARA BERKAITAN DENGAN ISLAM DAN MELAYU. Rupanya mereka tak peduli pun tentang makan minum orang Islam... sebab takde manfaat politik kot (... tapi saya yakin kalau mereka ulas pun, mesti dengan cara menyalahkan orang lain dan suruh orang letak jawatan... huhu lemau beb).


Jawapan ringkas saya kepada kawan-kawan... syarat pertama pengeluaran lesen halal kepada pengusaha kedai makan ialah YES, I'M A MUSLIM. Saya yakin hanya seorang Islam mampu menjaga halalnya makanan kepada seorang Islam yang lain. Bukankah begitu janji Allah di dalam Al Quran bahawa orang bukan Islam tidak akan redha akan seorang Islam sehingga orang Islam itu mengikuti cara mereka yang bukan Islam. Lain-lain syarat hanyalah berbentuk teknikal tentang soal-soal kebersihan dan kesihatan yang boleh digubah bila-bila masa mengikut apa juga keadaan yang memerlukan. Namun pemilik kedai dan pengusahanya haruslah BERAGAMA ISLAM... fullstop beb.

Saya masih menunggu sebarang pengumuman dari sesiapa jua yang dipertanggungjawabkan tentang hal ini untuk mengeluarkan kenyataan tentang ini... jika mereka tidak bersetuju, mereka harus jelaskan dengan nyata bahawa... TIDAK SEMESTINYA PEMILIK KEDAI MAKAN BERAGAMA ISLAM UNTUK PENGELUARAN SIJIL HALAL. Jika demikian keputusannya, saya juga minta mereka menambah klausa di dalam pengeluaran sijil halal tu... BAHAWA SAYA, POLAN ANAK SI POLAN AKAN MENANGGUNG SEGALA SALAH DAN DOSA DENGAN PENGELUARAN SIJIL HALAL INI.

Saya fikir juga tidak perlulah berhujah yang berat-berat tentang perkara ni... kalau berdebat sangat, rasanya macam susah benor jadi orang Islam kat Malaysia ni... meleret-leret hujah untuk melakukan satu perkara baik yang sememangnya amat mudah dan 'straight forward' kata orang kampung saya. Semuanya hendak bercakap apatah lagi kalau orang tu lebih kurang macam saya je yang agak cetek ilmu agama dan sememangnya amat perlu bergantung kepada tunjuk ajar dari guru agama.

Dan kepada semua kawan-kawan lelaki... sesekali tu 'turun dapur' la beb tolong bini masak. Memang 'kompom' halal dan sedap... akhir kalam... MARILAH KITA HIDUP SECARA HALAL... apa pun maksudnya, niat memang baik... hahaha.

Malu la abe weh kalau tak tau masak... kata nak ikut sunnah Rasulullah. Cuba la ikut Chef Wan tu... habis dah semua ilmu dia bagi kat orang suruh masak... balik-balik megi je... chait.




Read more

Sunday, July 25, 2010

FAKTA MENARIK BULAN RAMADHAN DI MALAYSIA


Ramadhan 1431 datang lagi... alhamdulillah Allah izinkan kita bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. Teringat zaman kecil dulu, bulan ramadhan ni sememangnya satu bulan yang amat dinantikan sebab tiap-tiap malam ada makan-makan selepas solat tarawikh dan... sebulan lepas tu hari raya... duit raya beb.

Selalunya bila nak masuk Ramadhan ni, penuh la semua ruang dalam 'mainstream media' siarkan kelebihan bulan Ramadhan (... tiap-tiap tahun macam tu je ulasannya, ye la... rakyat Malaysia tak insaf-insaf kot). Mari kita lihat dari perspektif yang agak berlainan kalaupun tidak radikal tentang... perkara menarik yang cuma berlaku di bulan Ramadhan. Harap-harap takde la mana-mana kutu yang dok kaji setiap patah perkataan saya dalam tulisan kali ini sebab membahaskan sesuatu isu berdasarkan setiap patah perkataan... pada saya SUNGGUH KEBUDAK-BUDAKAN... gi cari orang lain ajak bertekak... heh.

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Seingat saya la... dari umur saya mula mengenal peti talibisyen hitam putih hingga la sekarang ni... saya tak pernah lihat orang lain yang akan mengumumkan tarikh mula berpuasa. Skripnya pun sama je dari dulu sampai sekarang. Tapi dulu best... pengumuman ni memang dinanti-nantikan sebab tarikh puasa ditentukan selepas lihat anak bulan. Sekarang tidak lagi... siang-siang kita dah tau bila tarikh berpuasa... potong stim betul la. Tapi macam mana pun, seperti biasa, saya akan tunggu siaran pengumuman ni... haha, kadang-kadang ada perkara yang kita hargai lebih dari wang ringgit... dan ini adalah salah satu darinya.

BAZAR RAMADHAN


Kalau nak cari la kuih-muih Melayu di luar bulan Ramadhan... memang jenuh satu Shah Alam ronda. Balik-balik goreng pisang dan goreng cempedak. Tapi bulan Ramadhan ni la... bulan berhimpunnya segala bagai kuih... yang pelik dan tak pernah dengar pun ada. Semua orang kata sedap padahal... siapa pulak la yang jadi 'tester' sedangkan kuih tu dibuat time orang puasa... ek eleh. Lauk-pauk jangan cerita la... tak percaya pergi la kat Stadium Shah Alam tu... macam funfair beb. Ustaz kata time Ramadhan ni la perut kena rest... buah pinggang nak kurang operasi. Tapi kalau tengok abang kakak jalan berlenggang imbang badan dengan kiri kanan tangan penuh plastik berisi makanan... macam nak buat kenduri pun ada... apahal.

PEROKOK


'Inilah tahun terakhir ko tengok aku hisap rokok'... begitulah sucinya azam kawan-kawan setiap kali tiba Ramadhan. Sesungguhnya memang begitulah pun azamnya... SETIAP TAHUN sejak beberapa tahun lama yang lalu. Dan setiap kali itu jugalah apabila azan Maghrib ke udara... diaorang ni teguk air je, lepas tu bersidai kat luar pagar rumah... 'berjaya jugak aku tak merokok untuk hampir 12 jam'... aku agak dah. Kalau tengok rupa diaorang ni la tengah puasa... haha, lembik.

PENGHILANG DAHAGA


Bendera Malaysia pun kalah... macam baju pantai... berwarna-warni. Kadang-kadang ringan gak mulut nak tanya penjual tu... kaler apa diaorang pakai? Halal ke? Selamat ke? Takut weh kalau masuk dalam darah, lepas tu buah pinggang nak proses... terkejut organ tu. Elok-elok sihat... boleh jadi sakit. Patut-patut la kan... cari rezeki halal tu takde hal... buat orang jatuh sakit sebab air kaler-kaler tu... jadi lain pulak nanti.

BAGI MEREKA YANG 'UZUR' TAKLEH PUASA


'Layout' drive thru McD ni memang nampak biasa je... mana nak masuk, mana nak order dan mana nak keluar. Namun ini la satu-satunya cara paling 'mulia' dan selamat untuk kaum yang 'uzur' berpuasa... baik si Hawa mahupun si Adam. Yang si Hawa... takde hal. Yang si Adam, siap pakai spek itam beb... haha, macam la orang takleh cam keta yang takat berpusing-pusing area Shah Alam. Jangan marah, nanti kena jual. Tapi sekarang dah banyak pilihan... dulu ada McD Drive Thru je di Seksyen 3, Shah Alam, sekarang dah ada Burger King dan KFC... so tak payah la nak upah kawan-kawan 'non-muslim' atau budak-budak pompuan tolong tapau... amekkao, buat sendiri.

Jangan la ada yang marah saya dengan tulisan ni... sekadar bacaan ringan dan tiada kena-mengena samada yang hidup atau mati. Semoga Allah berikan Ramadhan yang terbaik buat saya dan semua kawan-kawan yang saya muliakan... amen.


Read more

Saturday, July 10, 2010

KUDUNG


Sambil makan malam sebentar tadi, mata dan telinga saya tertumpu ke peti televisyen leper yang menayangkan tentang berita seorang wanita di Sarawak (... kalau tak salah dengar)... MENUNGGU 6 TAHUN UNTUK MENDAPATKAN KAKI PALSU UNTUK KAKINYA YANG KUDUNG. Mulanya saya sangka tempahan kaki palsu tersebut yang mengambil masa namun rupa-rupanya kedaifannya yang menghalang beliau untuk mendapatkan kaki palsu tersebut. Dan kepala saya mula terfikir bukan-bukan... takkan beliau nak kaki macam The Six Millionaire Dollar Man kot.


Habis makan 'dinner' saya pun menggagau la beberapa laman sesawang berkenaan dengan kaki palsu. Rupa-rupanya ada banyak jenis kaki palsu. Kaki palsu termahal yang pernah dicatatkan pun tak la sampai enam juta 'henggit'... RM90,000 sahaja. Namun kaki palsu untuk paras lutut ke bawah adalah semurah RM400... empat ratus 'henggit' sahaja. Dan untuk paras dari lutut atas lutut, harga adalah sehingga RM7,000 dan ke atas.

Saya kira bilangan orang yang kudung tidaklah begitu ramai di Malaysia ni... jarang-jarang kita jumpa. Dan apabila berita seperti ini dikeluarkan oleh sebuah stesen media perdana di waktu puncak siaran... ianya agak memualkan. Harapan saya agar semua pihak yang dipertanggungjawabkan atau 'membeli undi' untuk menerima tanggungjawab... lantik la wakil-wakil agar rajin melawat kawasan... bukan susah pun kan.
Read more

Friday, July 2, 2010

KHALID ATAU AZMIN? YANG MANA SATU IDAMAN KALBU... ANWAR.




Sejak berita Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid meletakkan jawatan sebagai Kepala Politik PKR di Selangor... sampai hari ni kawan-kawan dok minta pendapat saya. Tidak seperti dahulu, kali ni setiap kali saya jawab, ada saja hujah balas yang diberikan oleh kawan-kawan... terus-terang memang saya kurang senang dengan pergolakan politik di negeri tercinta saya ini namun saya agak gembira kerana kawan-kawan saya kali ini buat banyak 'homework' tiap kali berhujah dengan saya... hebat beb.

SIAPA MENTERI BESAR SEBENAR

Terima la hakikat bahawa Khalid adalah secara perlembagaannya Menteri Besar Selangor yang sebenar. Semua orang boleh berspekulasi kononnya Azmin adalah orang yang berkuasa sebenarnya di Selangor... memang itu pun kegemaran kita, amat bergantung benar pada bayang-bayang sedangkan hakikatnya jelas di depan mata. Saya yakin Azmin cukup sedar sekiranya beliau keterlaluan mengganggu urusan Menteri Besar, ianya akan mudah dikesan oleh rakyat Selangor dan beliau sudah tentu tidak mahu rakyat Selangor merasa terhina kerana mempunyai Menteri Besar boneka.

PENGAGIHAN KUASA BERKEPENTINGAN

Apabila Khalid menyatakan bahawa tindakan meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor bertujuan untuk menumpukan kerja-kerja pentadbiran bagi memacu ekonomi Selangor dengan lebih hebat... saya agak ternganga seketika. Dan apabila beliau menyatakan agar tiada 'conflict of interest' apabila memegang jawatan Menteri Besar dan Pengerusi PKR Negeri sekaligus... saya langsung terkedu. Bermakna sesiapa sahaja dari PKR yang bakal menduduki sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri harus meletakkan jawatan dalam parti... begitu? Jika demikian, dua orang EXCO Negeri iaitu Xavier dan Yaakob Sapari harus meletakkan jawatan di dalam parti juga.... namun hingga ke tarikh ini, tiada sebarang pindaan dibuat ke atas laman web PKR di mana Khalid masih kekal Pengerusi. Tapi kan... apa hal pulak kalau Menteri Besar tiada kuasa politik? Siapa pulak secara hak berkuasa mengagihkan harta kekayaan negeri? Menteri Besar kah atau Pengerusi PKR Selangor kah... (gaya Hang Tuah bercakap bila tertanya dia atau Jebat yang benar)

KPI MENTERI BESAR DAN EXCO KERAJAAN NEGERI

Saya kira tindakan perletakan jawatan Azmin di PKNS dan juga Nik Nazmi sebagai Setiausaha Politik kelihatannya seperti 'mendesak' Khalid meletak jawatan. Saya kira juga sudah tentu kedua-dua orang kuat PKR ini telah meneliti laporan KPI Khalid... buat-buat lupa pulak, KPI tersebut pernah dinyatakan oleh Khalid yang harus dipatuhi oleh beliau dan semua EXCO... setiap 2 tahun katanya prestasi akan dinilai... jika tidak 'perform', kena tukar. Kebetulan pula, 'desakan' ini dibuat setelah 2 tahun berlalu... agaknya masing-masing buat lupa, lalu Azmin mengingatkan kembali dengan caranya.

APAKAH AZMIN LAYAK JADI MENTERI BESAR

Secara umumnya, sesiapa sahaja (Melayu Islam...?) layak menjadi Menteri Besar. Malahan pernah juga terdengar khabar angin mengatakan sekiranya PKR memegang Putrajaya, mereka akan memberikan jawatan Menteri Besar kepada bukan Melayu Islam... cerita di kedai kopi la begitu. Mereka kata tiada masalah sebab di Pulau Pinang dan Melaka boleh... kata mereka di kedai kopi la. Tapi kalau Azmin jadi Menteri Besar, siapa pula akan dilantik jadi Pengerusi PKR Selangor? Apakah Azmin mampu menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Selangor sebaik mungkin... saya tiada komen kerana saya langsung tidak mengenali beliau. Cuma saya boleh katakan... mengikut 'resume', beliau tidak pernah jadi menteri atau timbalan, tidak pernah jadi CEO di mana-mana syarikat gergasi malah saya tidak pernah nampak beliau pernah melakukan perkara-perkara besar untuk negara. Selangor memerlukan seorang yang berpengalaman luas dan hebat sebagai Menteri Besar kerana Selangor adalah negeri hebat. Lihat dahulu apabila BN melantik orang tiada pengalaman langsung jadi Menteri Besar... orang Selangor kata huru-hara beb, buktinya rakyat pangkah orang lain sebab 'kebencian telah mencapai tahap gaban'. Kalau bukan kerana 'mass campaign' BN pusat... Selangor pasti tiada di atas peta Malaysia.

'BLESSING' SULTAN SELANGOR

Semua orang kata kalau nak pilih Menteri Besar mesti ada perkenan Istana Selangor... kalau Baginda Tuanku tidak setuju maka tak jadi la... kata orang la. Tapi saya lihat, Sultan Selangor tidak begitu gemar mencampuri urusan pentadbiran atau politik negeri. Cuma saya rasa jika ramai rakyat Selangor membantah, Tuanku pasti akan mengambilkira pandangan rakyat. Namun saya yakin rakyat Selangor juga menyimpan hasrat agar Menteri Besar juga haruslah sehebat Sultan Selangor yang pernah meredah lautan mengelilingi dunia dengan kapal layarnya... Jugra. Setidak-tidaknya, kita nampak la kehebatan dan pengalaman bakal Menteri Besar yang bukan setakat... banyak cakap je.

BUKTI BAHAWA PKR SELANGOR BERGOLAK

Saya bukan ahli parti PKR... jadi, no komen. Setakat boleh mengagak, berprasangka dan berspekulasi. Parti baru, memang sedemikianlah lakunya... namun yang pasti, mereka masih tidak sepakat tentang pelaksanaan polisi yang telah mereka sepakati. Setiap individu ada tafsiran tersendiri tentang polisi dan cara pelaksanaannya... bila kata-kata tidak sekata, jawabannya ialah huru-hara. Apatah lagi apabila mereka sesama mereka juga saling berprasangka dan agresif mendapatkan pengaruh untuk diri sendiri agar kelihatan penting di dalam parti... maklumlah mereka sedang 'mempromosi' diri agar dipilih oleh Anwar sebagai calon pilihanraya akan datang... dan saya yakin Anwar memang sedang menyenaraipendek calon-calon berpotensi... kempen beb, kempen.

Akhir kalam, secara peribadi saya yakin apa jua kerajaan yang ada, mereka hanya mempunyai 3 harta utama yang harus dijaga dan dihargai iaitu tanah, rakyat dan kerajaan. Sekiranya mereka meletakkan apa jua perkara lain di atas ketiga-tiga harta utama tersebut, yakinlah mereka pasti akan binasa... kerana kombinasi ketiga-tiga harta itulah yang membentuk KEHIDUPAN ASAS SEBUAH NEGARA. Harapan saya agar pemimpin meletakkan kuasa dan kepentingan peribadi di belakang... supaya tindakan mereka kelak tidak menyusahkan kita... RAKYAT.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...