Wednesday, September 9, 2009

Kisah Durian

Semasa saya kecil, raja buah ini amat diminati dan ditunggu musimnya kerana pokoknya hanya berbuah pada waktu tertentu. Tak banyak jenis durian pada masa tu. Tak macam sekarang, dah macam-macam kacukan dan hampir sepanjang tahun ada... Siam mali. Tapi baru sekarang saya tahu rupanya ada orang Melayu tak makan durian... busuk katanya. Ayah saya sendiri dulu ada kebun di Jugra, Banting. Dapatlah merasa setiap tahun durian sebesar kepala kera.

Saya cuma ingin bercerita kisah pembeli durian pada bulan Mac 2008 yang lalu. Musim kemuncak durian berbuah dan masing-masing berebut memborong. Tunjuk saja, hulur duit... dah dapat durian. Ada seorang pembeli dari Kuala Selangor ni, datang ke Sabak Bernam nak beli durian. Dia datang berjumpa tuan punya kebun, hajat awal nak beli satu raga. Bila ditengok, dinilai kebun tu, rupanya lebih elok beli kebunnya sekali. Maka ditawarnya la sampai tuan kebun tak mampu nak tolak... dan bertukar tanganlah kebun durian tu.

Tuan kebun baru ni pun jamulah semua orang makan durian, maklumlah tengah musim. Kalau dulu dia asyik komen durian orang sedap tak sedap, sekarang ramailah pulak yang komen durian dia. Dek kerana egonya yang bijak laksana dalam bisnes, jenuhlah dia nak menjawab bagi mempertahankan tindakannya beli kebun durian tu. Malamnya pulak tak tidur malam dia nak menjaga kebun dari pencuri dan binatang. Esoknya pulak bila dia pusing keliling, baru dia perasan semak tak ditebas, longkang rosak, putik durian gugur sebab hujan... pendek kata, macam-macam lagi dia kena tengok untuk pastikan kebun terjaga.

Lama kelamaan orang keliling tengok tuan kebun baru ni makin tak terurus. Pakai kain pelikat pun asyik tergulung-gulung sampai dah singkat macam skirt dek pening memikir nak jaga kebun.

Satu hari datanglah tuan kebun lama berjumpa tuan kebun baru. Mengeluh dia pada tuan kebun lama... 'hajat dulu tu nak beli makan durian je, terbeli kebun pulak'. Kata tuan kebun lama... 'dah 50 tahun kebun durian tu, sejak dari arwah datuk saya. Penat kami menjaga, hasilnya memang la hak kami menikmatinya. Sekarang kamu baru setahun memiliki kebun yang kami penat lelah usahakan selama 50 tahun, kamu dah merungut macam-macam dan kata pula seolah-olah kami tak pandai jaga kebun.'

'Lain kali kalau nak makan durian, beli sajalah. Tak payahlah beli kebun orang dan canang kamu ada buah durian yang baik. Sekarang baru kamu tahu macam mana susahnya menjaga kebun durian dan pembeli tak peduli semua itu kerana meteka hanya mahu durian yang baik' kata tuan kebun yang lama sambil tersenyum simpul.

Read more

Sunday, September 6, 2009

Mati Dan Jatuh Miskin Kerana Kos Kesihatan

Antara tugasan saya semasa bekerja dulu di salah sebuah anak syarikat kerajaan ialah akan mengendaikan program kebajikan masyarakat. Kata orang korporat... 'Corporate Social Responsibilities' atau CSR. Hampir berbelas tahun saya melakukan namun pada tulisan hari ini, saya hanya ingin menyentuh tentang kemiskinan dan kesihatan secara spontan serta ringkas sebagai permulaan kepada tulisan atang.

Semua orang berhak mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan sudah menjadi trend fikiran... yang terbaik pasti membabitkan kos kewangan yang tinggi. Bagi orang miskin, kos sebanyak RM30 untuk rawatan demam di klinik swasta... adalah kos makanan mereka untuk beberapa hari. Malahan ada penduduk miskin yang saya temui berkata wang sebanyak itu adalah kos makanan mereka selama satu minggu. Jika dinisbahkan dengan purata pendapatan bulanan mereka rata-rata RM300... bermakna ianya adalah 10%. Itu satu jumlah yang banyak untuk seorang yang demam, bagaimana pula kalau 3-4 orang yang demam? Kerana rata-rata penduduk miskin berkeluarga besar!!

Apakah seseorang itu patut menjadi papa kedana kerana terpaksa menanggung kos kesihatan yang tinggi?

Apakah seseorang itu patut mati atau terbiar mati hanya kerana tidak mampu mendapatkan rawatan terbaik kerana bimbangkan kos rawatan yang tinggi?

Apakah kita patut menyalahkan mereka lagi kerana mereka malas bekerja dan berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih?

Apakah ADUN kawasan yang hidup kaya-raya berumah banglo merata-rata pelusuk dunia tidak mahu langsung mengeluarkan duit sendiri membantu mereka?

Atau...

Apakah patut kerajaan berusaha keras memberikan rawatan terbaik percuma kepada setiap warganegara Malaysia?

Apakah patut kerajaan berusaha keras menyediakan pusat-pusat makanan berkhasiat percuma kepada orang miskin di setiap daerah?

Apa pandangan kawan-kawan semua? Harap-harap orang tak baling saya dengan kepala lembu atau kerusi atau telur... hanya kerana saya berkata begini. Duduklah berbincang dengan baik demi fakir miskin ini kerana saya amat yakin... tidak ada seorang pun patut mati atau jatuh miskin hanya kerana tidak mampu menanggung kos kesihatan yang tinggi demi mendapatkan rawatan yang terbaik...

... mereka juga mahu menikmati kehidupan yang penuh dengan senyum dan gembira.

Selamat Berbuka.

Read more

Saturday, September 5, 2009

Ekonomi Negeri Selangor... Apa Cerita?

Senyap dan sunyi... itulah ayat spontan yang boleh saya katakan terhadap aktiviti ekonomi anak syarikat Kerajaan Selangor. Tiada projek baru dan tiada aktiviti baru yang dapat menjana ekonomi Selangor dalam skala yang besar. Maklumlah, Selangor bukanlah calang-calang negeri, sentiasa terkehadapan dalam segala-galanya. Jadi, aktiviti ekonominya haruslah pada skala besar bagi menampung segala operasi pentadbiran dan pengurusannya yang juga besar-besar belaka.

Kata seorang pakcik di Bazaar Ramadhan, silap-silap kutipan zakat Lembaga Zakat Selangor lebih besar dari keuntungan semua anak syarikat Kerajaan Negeri. 'Kenapa pulak begitu' tanya saya. 'Itulah orang muda macam ko ni, lembab menilai' kata dia. Rupanya tanya soalan boleh mendatangkan kemarahan. 'MB Selangor tu kan ke pakar ekonomi, orang korporat. Takkanlah dia nak bergantung hasil kerja MB lama, bergegor-gegor dia salahkan orang itu ini, apa dibuatnya?'. Rupanya anak pakcik ni kerja di salah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri. Anak dia beritahu banyak projek ditahan, projek baru tiada, ramai yang ambil keputusan bersara dan berhenti, halatuju syarikat tak tau ke mana... panjang cerita pakcik ni. 'Anak ni duduk mana, kerja apa?' tanya dia. Ohhh panjang dia bila saya kata saya cuma seorangcameraman.

Ada juga beberapa pengarah syarikat usahasama dengan anak syarikat Kerajaan Negeri beritahu saya... sekarang semua tak boleh jalan, banyak susah. Mereka banyak melabur di China untuk pembangunan hartanah dan lain-lain. Saya amat memahami keluhan mereka, maklumlah modal dah keluar, pakai duit bank pulak tu... mana tahan tanggung interest bank lama-lama. Tapikan, kalau dah MB sendiri tokoh korporat tentulah projek jalan lebih cepat berbanding doktor gigi dulukan. Mungkin jugalah, mereka ingin mengenalpasti status projek dulu, ada seleweng ke, ada pengarah orang BN ke... lepas tu mungkin mereka akan ambil tindakan. Proses ni pun dah berjalan setahun enam bulan... hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak kot. Lepas itu barulah ada projek baru agaknya. Kita tunggulah sebab kalau nak lawan berhujah dengan bijak pandai ni... confirm kita kalah. Maklumlah, kita hanya seorang PENGUNDI.

Ada lagi cerita pakcik tadi. Dia tanya saya bolehkah seorang ahli politik seperti MB jadi Pengerusi anak syarikat Kerajaan Negeri? PM pun tak jadi Pengerusi mana-mana GLC kata dia. Lebih elok hal-hal pengurusan ekonomi diuruskan oleh profesional jadi tidaklah timbul isu berat sebelah atau kronisme. 'Ini tidak, semua dipukalnya. Anak syarikat dia Pengerusi, syarikat induk pun dia Pengerusi. Berani agaknya kakitangan nak bantah atau komen dia kalau dah dia sendiri adakuasa MB jadi Pengerusi? Esok bila bertukar kerajaan, MB baru pulak nanti tuduh kakitangan tu talibarut MB lama. Samalah macam yang berlaku sekarang, sibuk tuduh pegawai tu orang UMNO. Siapa jadi mangsa, kakitangan juga. Jadi eloklah jangan bagi orang politik pegang jawatan dalam anak syarikat, biar bebas dan adil.' kata dia. 'Selamat berbuka puasa pakcik, nanti kita sambung'... saya pun salam... jalan.

Terlalu awal untuk saya berikan komen. Mungkin setelah saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang masih bekerja di anak-anak syarikat, barulah gambaran yang lebih jelas dapat saya perolehi. Cuma saya sentiasa berkeyakinan... kadangkala suara kecil bisa menggegarkan dunia... banyak kawan-kawan saya mempunyai pandangan sedemikian juga kerana... kami pernah melaluinya dahulu.

Selamat Berpuasa.

Read more

Friday, September 4, 2009

Ketua Polis Negara

'Tan Sri Musa Hassan dilantik semula sebagai Ketua Polis Negara'. Tidur tak lena dibuatnya orang yang tak suka terutamanya pembangkang. Mereka tidak mahu Melayu yang seorang ini... jahat katanya. Habis kalau tak lantik Musa, nak lantik siapa? Mereka sendiri meragui PDRM, bolehkah dilantik orang luar jadi Ketua Polis Negara? Saya juga tidak mengenali Melayu ini tapi kedua ibubapa saya mengenali ayahnya, Ustaz Hassan. Malahan, arwah bapa saudara saya merupakan kawan baik kepada Ustaz Hassan.

Bermula 13 September 2009, Musa ada 365 sahaja untuk mengotakan janjinya akan menurunkan kadar peratusan jenayah sebanyak 20%. Tolak masa tidur makan, lawatan sana sini, cuti, menghadiri majlis kerajaan dan lain-lain... rasanya makin kurang hari yang tertinggal.

Mungkin Abang Kamal di bahagian forensik lebih arif tentang kerja siasatan jenayah. Berapa lama agaknya masa diperlukan untuk siasatan satu kes jenayah. Berapa banyak kes pula dapat diselesaikan dalam 365 hari --. (bukan 365 hari ++)

Mungkin juga agaknya ada tangkapan besar-besaran selepas ini? Atau mungkin semua samseng-samseng akan ambil cuti ke luar negeri selama setahun?

Kalau diimbas secara 'lurus bendul' la macam orang awam seperti saya ni, memang melampau jika nak dikatakan polis tak buat kerja. Kalau tidak tentu penjenayah akan melakukan jenayah secara terang-terang macam orang beli roti canai di kedai mamak... selamba je.

Kalau polis terlalu lembut pulak, mahu ke penjenayah takut? Nak tangkap kena bagi notis 24 jam, siasat macam tok kadi tanya soalan pada bakal pengantin, buat penjara macam Hotel Seri Malaysia... boleh macam tu? Tengok apa jadi bila polis dikritik bila ambil tindakan pada mat rempit... NGO kata kasar sangat. Sekarang mat rempit naik kepala dah.

Polis pun kena sentiasa ingat, mereka bukan sahaja harus bekerja cepat dan betul malahan setiap anggotanya harus juga kelihatan cepat dan betul. Bukan sedikit cerita yang didengar tentang prilaku sebilangan anggota mereka yang dirasakan 'amat menghancurkan imej PDRM'... hancus.

Semoga Malaysia menjadi tempat yang selamat dan aman damai untuk kehidupan yang singkat ini.

Read more

Solat Tarawikh @ Masjid Shah Alam

Alhamdulillah, hari dah nak masuk hari ke 15 Solat Tarawikh. Seperti biasa, ramai orang solat di sini. Mungkin sehingga 13-15 saf panjang. Selalunya akan hanya tinggal 3 saf apabila selesai 8 rakaat kerana ramai memilih sedemikian, mungkin ada urusan masing-masing. Terdapat hari hari di mana imam yang mengalunkan surah-surah dengan suara yang amat merdu dan terasa seperti di Masjidil Haram Mekah. Pihak masjid juga menyediakan kerusi untuk warga emas yang kurang berupaya. Ramai juga anak muda yang turut solat.

Azan menandakan solat Isya' sudah kedengaran, kita sambung di lain kali.

Mungkin.... mungkin juga saudara seagama sekalian jika ada kelapangan, boleh turut sama. Masjid sebesar ini akan lebih hebat jika dipenuhi setiap ruangnya... siapa tahu ini mungkin solat berjemaah kita yang terakhir

Jumpa lagi.

Read more

Sibuknya Jalanraya Dalam Shah Alam

Tiap-tiap kali bulan Ramadhan, masalah yang sama akan berlaku... kesesakan jalanraya. Yang balik kerja akan keluar serentak bagai tak sempat-sempat padahal waktu balik lebih awal iaitu 4.30pm. Yang di rumah pun, time ni la sibuk nak keluar juga beli juadah puasa padahal beli kuih dua tiga ketul je. Bayangkan boleh sangkut atas jalan hampir sejam padahal di bulan lain selengang-lengangnya jalan. Kuatnya orang Shah Alam bakar fosil bulan Ramadhan ni.

Lokasi: Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam @ 6.00 pm. Ramai seperti biasa. Tapi kali ni peniaga tukar taktik jualan... kuih RM2.00 untuk 5 ketul. Dulu RM1.00 untuk 3 ketul. Bijak betul korang ni... bolehlah bayar zakat lebih tahun ni. Kerajaan Selangor pun nak pakai duit tu untuk pentadbiran tahun depan. Tapikan apa motif brader sorang ni jual belon?

Dengar khabar ADUN Bagan Pinang meninggal... Al Fatihah untuk beliau. Dan sudah tentu, pilihanraya lagi!!! Apa agaknya slogan di sana kali ini? Intan payung?

Mana chempedak ni?

Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...