Saturday, May 23, 2009

PNSB Warisan Beraksi Lagi.... Dan Lagi



Coach Zainal sedang menyusun strategi baru untuk separuh masa kedua... 'aku rasa rumput belah sana tu kena tanam lebih lagi...'


Ada gossip bola yang mengatakan bahawa punca ketandusan jaringan PNSB Warisan berlaku setelah Shahrom naik pelamin... hantarannya sering tersasar disebabkan kedudukan lututnya memerlukan sedikit alignment... orang kata la


Aku musykil betul dengan game malam Sabtu lepas... macam mana PNSB Warisan boleh lawan dengan 2 teams, dalam satu game, dalam satu malam... nak lapor ke GERAK ke SPRM?


Rileks la Abang Shahrul... pemain Malaysia pun kalau boleh nak tiang gol macam game Rugby tu... tendang tinggi pun dah tentu gol... {Boss: Aku tampor gak si Lanun ni... depan gol pun tak masuk}




Penjaga garisan@Pengadil... yang cukup berdedikasi. Tapi.... hmm macam pernah ku lihat jam itu...



Aksi penjaga gawang... Haziq@John. Masih lagi berhempas pulas cuba memperbaiki tangkapan bola atas





Capt Faizal: 'Rileks la Kob... u neva walk alone'. Kata-kata perangsang kepada Pak Kob apabila percubaan berkali-kali tidak menghasilkan sebarang jaringan... mungkin juga PNSB Warisan akan menurunkan seorang pemain yang hanya menjaringkan gol dengan tandukan


Yunus @ The Boss... aksi keletihan setelah bertarung hebat... mungkin 'tension' sebab tidak dapat menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan PNSB Warisan
Read more

Tuesday, May 12, 2009

The End Of Food


Buku ini baru saya beli di Kinokuniya, KLCC kerana kebetulan tajuknya bersesuaian dengan beberapa perbualan terdahulu dengan beberapa rakan tentang makanan. Buku ini ditulis oleh seorang wartawan Amerika iaitu Paul Roberts yang juga pernah menulis buku The End of Oil pada tahun 2004. Cuma 'cover' buku yang dijual di Kinokuniya agak berlainan sedikit dengan tajuk penuh 'The End of Food - The Coming Crisis in the World Food Industry'. Harga buku adalah RM48.50.

Mungkin topik tentang makanan tidak begitu mendapat perhatian masyarakat umum di Malaysia kerana setiap hari hampir kesemua media lebih berminat memainkan lagu-lagu politik. Namun ada beberapa perkara yang agak mengganggu fikiran saya tentang makanan:-
  1. Penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun perosak dan baja bagi memaksimakan pengeluaran semata-mata memenuhi matlamat keuntungan maksima pengusaha.
  2. Kebersihan di tempat pemprosesan makanan.
  3. Lambakan makanan segera di pasaran.
  4. Mutu makanan yang dihasilkan dan kesannya terhadap kanak-kanak.
  5. Harga makanan berkualiti yang semakin naik dan mungkin suatu hari nanti hanya mampu dibeli oleh golongan kaya.
  6. Kebanyakan penduduk Malaysia yang dikatakan 'overweight' atau 'obese'. Dalam Bahasa Melayunya... boroi.

Saya belum sempat membaca buku ini, seperti kebanyakan buku-buku yang saya beli kerana sudah menjadi hobi saya... membeli buku. Namun yang pastinya, buku ini pasti akan dibaca.

Fakta ringkas buku ini:-

  1. Harga: RM48.50 (Paperback Edition)
  2. Penulis: Paul Roberts (Penulis buku The End of Oil - 2004)
  3. Kedai buku: Kinokuniya, Suria KLCC
  4. Mukasurat: 400
  5. Tahun: 2008

Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...