Thursday, February 26, 2009

Daulat Tuanku



FROM STAR ONLINE
By: Wani Muthiah & Edward Rajendra

SHAH ALAM: Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah is upset and worried over the intrusion of privacy and private rights for the purpose of destroying a person’s dignity and reputation.

His private secretary Datuk Mohamad Munir Bani said in a statement that the Sultan was sad that the private life and rights of people were being made public and subject to public scrutiny via the mass media.

The Sultan also expressed his sadness and sympathy over what Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong had suffered.

He hoped that Wong would remain calm and be patient in continuing with her life after the incident.

The statement was released after Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim had an audience with the Sultan at Istana Mestika here Wednesday morning.

Khalid had sought the meeting after the scadalous photographs of Wong surfaced, forcing her to offer to quit as exco member and Bukit Lanjan assemblyman. The party has yet to accept her offer.

On Wong’s political position, the Sultan declined to offer any decision as he intended to remain above politics.

The Sultan said whatever decision Khalid was going to make, it would be done accurately, fairly and with wisdom by taking into consideration the interest of the people in particular and the State of Selangor generally.

Later, Khalid thanked the Sultan for the trust in him and the state exco in dealing with the matter.

“We thank the Sultan for believing in us to make the decision regarding Wong.

“The state government will abide by the Sultan’s wishes by making a fair decision while at the same time taking into consideration the best interest of the people and the state,” Khalid said.

He was accompanied by the entire exco at the press conference which was held after the exco meeting.

Khalid said the state government was also thankful for the Sultan’s opinion regarding the intrusion of an individual’s privacy.

Khalid Ibrahim also said Wong’s leave would be extended.

He said this was done pending police investigations and any decision would only be made after the investigations had been concluded.

When contacted, former Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo said the Sultan made the right decision by declining to get involved in determining Wong’s fate.

“Khalid was wrong to bring the matter to the Sultan who must not be burdened with these problems. The problem is a party matter and the palace cannot be involved in it,” said Dr Mohd Khir.

He questioned Khalid’s intention in prolonging the issue, adding that the government was delaying accepting Wong’s resignation because it was trying to avoid the inevitable by-election in Bukit Lanjan.


The full press statement by the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, over the controversy involving Bukit Lanjan state assemblyman Elizabeth Wong, issued by his private secretary, Datuk Mohamad Munir Bani

“I am pleased to inform that Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim, the Dato’ Mentri Besar Selangor has sought an audience with His Royal Highness, The Sultan of Selangor, on Wednesday, 25th February 2009 and duly informed His Royal Highness on the political development and the issue which involved Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, the Selangor State Assemblyman for Bukit Lanjan who is also the State Selangor Exco Member.

His Royal Highness, The Sultan of Selangor, has commanded me to inform that His Royal Highness could not offer any guidance or advice to the Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar of Selangor in the matter related to the issue of Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping as it was still under police investigation and it involved her political position. It is His Royal Highness’ stance as the Sultan of Selangor to be above politics.

His Royal Highness believes that whatever decision that is going to be made by the Yang Amat Berhormat Dato’ Mentri Besar of Selangor will made with accurateness, fair and with wisdom by taking into consideration the interest of the Rakyat in particular and the State of Selangor generally. His Royal Highness is upset and worried as of late the intrusion of someone’s privacy and private rights was being used to destroy one’s dignity and reputation. It is a sad thing as one’s life and private rights were being made public and subject to public scrutiny by publicising in the mass media.

To Yang Berhormat Elizabeth Wong, His Royal Highness felt sad and sympathised with her as to the unfortunate event she had suffered and hoped that Yang Berhormat Elizabeth Wong will remain calm and be patient in continuing with her life henceforth.”

Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani Dato’ Lela Bakti Private Secretary to His Royal Highness The Sultan Of Selangor

Read more

Wednesday, February 11, 2009

Laman Maya Kelab Bolasepak PNSB



Sukacita dimaklumkan, Kelab Bolasepak PNSB sedang di dalam proses menyediakan laman maya dan dijangka akan siap dalam masa terdekat. Alamatnya adalah http://pnsbfc.com/v2/

Laman tersebut sedang dikemaskini buat masa ini.
Read more

GABEM Selangor



Saya pernah aktif bersama GABEM Selangor dahulu dan secara peribadi saya menghormati perjuangan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan di dalam GABEM Selangor. Walauapapun pandangan masyarakat politik, GABEM tetap boleh memberikan impak signifikan dalam menggerakkan ekonomi orang Melayu. Biarlah ada di antara kita yang mengeluh tapi jangan jemu berjuang. Lebih baik buat bising dan berjuang dari buat bising dan letak tangan di belakang.
Read more

Bukit Selambau... Siapa Calonnya?



Saya masih lagi menunggu maklumbalas dari seorang sahabat yang pernah dicalonkan untuk bertanding di Bukit Selambau pada Pilihanraya Ke-12 yang lalu tetapi tidak dapat bertanding akibat 'kesilapan teknikal'. Pada Pilihanraya Ke-11 juga, beliau pernah bertanding menentang Zainudin Maidin (Zam), namun tewas. Takkan takde sebarang berita panas sheikh?
Read more

Apa Cerita Bukit Gantang...

Pilihanraya lagi… kali ini bukan disebabkan oleh ahli lompat parti atau meletak jawatan tapi kerana kematian Ahli Parlimen, YB Roslan Shaharum akibat serangan jantung. Bermakna pilihanraya harus diadakan dalam tempoh 60 hari. Pada pilihanraya lalu Roslan mendapat undian sebanyak 20,015 manakala pesaing terdekatnya dari BN, Azim Zabidi mendapat undian 18,449. Jumlah pengundi berdaftar adalah 55,471 dengan pecahan pengundi 63.5% Melayu, 27.1% Cina dan 9.4% India.

Secara peribadi dan sebagai pemerhati awam, saya lihat pilihanraya kecil kali ini lebih menarik dan berstatus ‘pecah panggung’:-

1. Salah sebuah DUN di bawah Parlimen ialah Changkat Jering yang kebelakangan ini terkenal dengan berbagai kontroversi, YB segera bernama Mohd Osman Mohd Jailu. Sekarang beliau mewakili parti bebas bertaraf penyokong BN. Kesian dia, khabarnya masih di hospital akibat masalah jantung, kes mahkamah sedang disebut dan sekarang terpaksa bersengkang mata berkempen untuk parti lompatnya.

2. Ianya berlaku semasa Perak ‘diterajui’ oleh 2 orang yang mendakwa Menteri Besar yang sah. Zambry menduduki Pejabat Rasmi MB manakala Nizar masih menduduki rumah rasmi MB yang dijadikan sebagai pejabat rasmi MB.

3. Ianya juga berlaku semasa kerajaan baru yang ditubuhkan oleh BN dengan sokongan 2 orang ADUN yang sedang menghadapi tuduhan rasuah.

4. Ianya menjadi medan aksi untuk MB yang baru dilantik dari BN.

5. Berlaku dalam suasana rakyat Perak berbelah-bagi terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Perak yang merestui perlantikan MB yang baru.

6. Sudah tentu Najib akan memastikan kemenangan BN bagi memastikan lantikannya sebagai Presiden UMNO pada bulan Mac berlaku dengan bergaya. Najib dilihat akan cuba menghapuskan persepsi sebilangan rakyat Perak bahawa pengambilalihan kerajaan negeri Perak adalah benar dan mengikut lunas undang-undang.

7. Memberi lanjutan platform kepada Anwar untuk menyebarkan falsafah politiknya yang dilihat semakin terhakis sejak akhir ini. Beliau mengatakan bahawa pengambilalihan kerajaan negeri oleh BN adalah tidak bermoral, tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan.

8. Keputusan pilihanraya ini kelak mungkin dijadikan sebagai satu referendum rakyat tentang perasaan dan kehendak sebenar rakyat.

9. Isu rasuah dan sifat bongkak UMNO yang dimainkan oleh PAS pada pilihanraya lalu dilihat dapat memenangi hati pengundi bukan Melayu. Apakah isu ini masih bertahan dan ini boleh memberikan petanda bahawa pengundi melihat samada UMNO benar-benar telah berubah atau tidak.

10. Berdasarkan kata-kata Najib dan Zahid Hamidi bahawa mereka akan berhabisan menakluk kembali Perak, apakah akan ada lagi ADUN PR yang mengisytiharkan keluar PR dan menjadi ahli parti lompat yang menyokong BN pada hari-hari terakhir pengundian nanti?

11. Sekiranya UMNO memainkan isu anti-Monarki dan anti-Melayu semasa tempoh berkempen kelak, apakah ahli-ahli komponen lain akan mengambil pendirian berbeza? Sudah tentu watak-watak Hang Tuah dan Hang Jebat akan dimainkan dengan hebatnya memandangkan Perak sendiri penuh dengan cerita sejarahnya.

12. Ianya turut akan menjadi medan kempen 3 orang ‘pemuda’ yang sedang berebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sudah tentu ketiga-tiga mereka akan memainkan sentimen kemelayuan bagi memenangi hati wakil-wakil bahagian yang bakal mengundi mereka pada pemilihan parti kelak. Melainkan Mukhriz yang dilihat kukuh dengan peribadi dan sokongan kuat Tun Mahathir, Khir dan Khairi dilihat terpaksa bekerja lebih keras memandangkan Khir bukan lagi orang penting dalam UMNO Selangor dan Pak Lah yang dilihat akan menyerahkan jawatan kepada Najib. Isu Melayu yang keterlaluan boleh memberikan impak ke belakang kepada BN lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat yang begitu pantas sekarang ini.

13. PAS awal-awal telah menunjukkan kesediaannya menghadapi pilihanraya apabila mencadangkan pembubaran DUN manakala BN dilihat lebih berminat menerima ahli lompat sebagai ‘balasan kepada apa yang dimulakan oleh Anwar’. Sudah tentu persediaan yang akan dibuat oleh kedua-dua pihak melebihi kebiasaan dan ini akan menjadikan kempen di DUN Bukit Selambau menjadi kurang menarik kerana ianya dilihat kemenangan yang tidak banyak mengubah situasi politik di Kedah.

14. Lain-lain perkara biasa yang memeriahkan lagi suasana kempen. Rumah-rumah sewa dan harga makanan di Bukit Gantang akan naik harga. Tokeh lori sengih. Kenderaan pacuan 4 roda habis disewa. Kedai mamak jadi tumpuan.

15. Berdasarkan pilihanraya yang lalu, 72% dari pengundi berdaftar yang keluar mengundi. Untuk memenangi Parlimen ini, calon haruslah memperolehi sekurang-kurangnya 20,000 undi. Sekiranya peratusan keluar mengundi diambilkira dan sokongan 50-50 dari orang Melayu, jumlah maksima pengundi Melayu yang boleh diperolehi oleh kedua-dua pihak adalah 17,620 pengundi Melayu sahaja. Ini bermakna kedua-dua pihak amat memerlukan pengundi bukan Melayu yang merupakan ‘swing voters’ iaitu undi penentu. Ini belum lagi mengambilkira undi pos, sekiranya ada, dilihat sebagai ‘simpanan tetap’ BN kerana walau apapun keputusan undian, undian pos sebanyak 90% akan tetap diberikan kepada BN.

ISU-ISU YANG DIJANGKA AKAN DIKUMANDANGKAN OLEH PARTI-PARTI YANG BERTANDING

ISU DERHAKA


BN - Isu ini benar-benar dimanipulasikan oleh terutamanya apabila En Karpal, Pengerusi DAP bertindak menyaman Sultan Perak dan keengganan En. Nizar melepaskan jawatan MB Perak. Kedua-duanya dituduh derhaka terhadap Sultan Perak. Rakyat yang berbangsa Melayu sudah tentu akan marah sekiranya kedaulatan raja mereka dipermainkan dan diperbodohkan oleh sesiapa jua.

PR – Mereka telah menyatakan tidak menyokong kenyataan En. Karpal. Sudah tentu PR akan memainkan kembali situasi yang berlaku semasa pemilihan MB Terengganu yang lalu apatah lagi bahan-bahan beritanya berlambak di laman maya. 35 tahun yang lalu dalam sejarah Perak, mengikut cerita dari buku biografi Tan Sri Ishak Tadin, semasa pemerintahan Baginda Tuanku Sultan Idris Shah. Pada tahun 1974, MB pada masa itu adalah Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu ayah kepada Mohd Tajol Rosli, bekas MB. Dikatakan Tuanku tidak memperkenan lantikan Ghazali untuk penggal kedua namun Ghazali tetap berdegil dengan pendirian bahawa Sultan tiada hak memecat atau memberhentikan seseorang dari jawatan Menteri Besar. (Mungkin ini yang digunapakai oleh Nizar sekarang ini). Tuanku juga telah bernazar tidak mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti. Akhirnya beliau berhenti juga pada tahun 1977 setelah dinasihatkan oleh Tun Hussein Onn.

Begitu juga dengan kes imuniti raja-raja suatu ketika dahulu di mana media memainkan peranan yang bukan sedikit dalam memainkan cerita-cerita berkenaan perilaku peribadi raja-raja sehingga memaksa raja-raja tunduk kepada kehendak pemerintah. Sejarah ‘pemberontakan prinsip’ oleh BN terhadap institusi raja telah berlaku sejak dahulu lagi. Di Kelantan, ada usaha-usaha dahulu hendak menabalkan Tengku Ibrahim menggantikan Raja Kelantan yang ada dan kisah Tuanku dengan Diablonya yang disimpan oleh kastam. Di Selangor, seorang MB membawa ‘lari’ puteri Sultan Selangor sehingga tuanku berkata ‘… habislah dengan saya-saya kena pindah ke Pulau Ketam’. Di Negeri Sembilan, kisah tuanku dan minuman kerasnya. Di Johor, membawa kepada pembubaran tentera peribadi tuanku iaitu Timbalan Setia Negeri. Di Terengganu, Tuanku Sultan Mahmud diugut akan digantikan dengan Tengku Ali yang dikatakan waris sah. Inilah sebahagian dari ingatan saya kerana saya juga sebahagian warga ‘keluarga diraja’ untuk hampir 20 tahun dan cerita-cerita ini saya perolehi dari kerabat-kerabat yang saya kenali. Apapun, PR mungkin menghadapi sedikit kesukaran mendapatkan undi Melayu kerana secara umumnya isu institusi Raja merupakan isu sensitif kepada orang Melayu. DAP yang memang dilihat konsisten dalam penentangannya terhadap Sultan dijangka memberikan satu persepsi kurang senang kepada sebahagian besar masyarakat Melayu

ISU RASUAH

BN – Mungkin tiada isu besar yang dapat dimainkan kerana dua orang ADUN yang sedang menghadapi tuduhan rasuah sekarang merupakan ahli bebas yang menyokong BN. Kalau ada pun, penyalahgunaan Nizar dalam isu pemberian geran kepada orang Cina dan pembelian kereta rasmi Toyota Camry. Atau mungkin juga ada isu rasuah penyalahgunaan kuasa setelah MB baru menginterpretasikan segala dokumen-dokumen yang ada semasa pemerintahan Nizar.

PR – Seperti biasa, isu rasuah yang dilakukan oleh BN terutamanya pemimpin-pemimpin atasan BN akan diulangtayang kepada umum. Namun beberapa isu mungkin akan diolah semula seperti harga minyak, harga barang, tarif TNB dan lain-lain berkaitan kepenggunaan akan cuba dimanipulasikan. Tuduhan rasuah ke atas dua orang bekas ADUN PR sudah pasti akan dilagukan semula dengan paluan nobat.

ISU PEMBANGUNAN

BN – Tiba-tiba akan ada peruntukan pembangunan yang entah datang dari mana. Dan secara tiba-tiba akan ada berbagai projek pembangunan yang akan diluluskan serta-merta. Tetapi agak menghairankan kerana isu ini tidak begitu mendapat perhatian pengundi.

PR – Memang tidak berduit mereka ini jadi tidak ada apa-apa pembangunan yang dapat diberikan segera kecuali janji-janji yang belum pasti dapat dilunaskan dalam masa terdekat.

ISU CALON


BN – Dahulu BN mempertaruhkan Bendahari UMNO namun ditolak oleh majoriti rakyat Bukit Gantang. Kali ini, BN tentu berhati-hati dalam memilih calon lebih-lebih lagi calon yang dilihat elit dan tidak mesra rakyat. Mungkinkah Khairy Jamaludin akan menjadi faktor penentu calon seperti yang didakwa berlaku di Kuala Terengganu dan mengakibatkan pemboikotan jentera pelobi protes? Atau kali ini calon akan ditentukan oleh Najib yang juga Pengerusi UMNO Negeri. Rasanya BN mesti menang kerana ini menentukan bahawa rakyat benar-benar menyebelahi mereka setelah apa yang berlaku kebelakangan ini.

PR – DAP sudah mencadangkan Nizar. PKR telah memberikan laluan kepada PAS. PAS belum lagi menentukan siapa calon mereka, mungkin belum dapat seru. Seperti biasa, PAS mungkin akan meletakkan anak tempatan.

ISU PEMBERIAN GERAN TANAH


BN – Sudah ada suara-suara yang tidak puashati dengan tindakan Nizar memberikan geran tanah kepada penduduk Cina. Namun apakah BN berani memainkan isu ini kerana kaum Cina mewakili 27% pengundi berdaftar. Jika pengundi Melayu yang menyokong BN adalah 50-50 bermakna pengundi Cina akan menjadi penentu.

PR – Ada sedikit kelebihan memandangkan PR dilihat memihak kepada semua kaum. Geran tanah milik kekal juga diberikan kepada banyak penduduk kampung Melayu walaupun ianya tidak digembar-gemburkan oleh media. Wakil Cina di dalam BN sekarang ini hanyalah dua orang dan sudah tentu perkara ini menjadi perhatian pengundi Cina yang dilihat lebih rasional dalam memilih wakil rakyat. Hanya ada seorang EXCO berbangsa Cina dalam exco Perak sekarang ini.

Apapun, kesemua parti-parti yang bakal bertanding pasti kena bekerja lebih keras kerana masing-masing mempunyai kelebihan. Cuma diharap isu yang boleh menyemarakkan perselisihan perkauman tidak dikumandangkan seperti biasa kerana adakalanya isu terdapat memakan diri sendiri. Dengar khabar, geng 'markas' sudah pun memulakan perang saraf dan geng 'Gerak Gempur' masih lagi menunggu bajet turun untuk memulakan kerja.

Selamat berkempen kepada rakan-rakan semua dan pesanan dari seorang abang, adik, saudara dan kawan... walau apa pun prinsip dan pandangan politik kita... kita tetap adik-beradik yang pernah makan sedulang dahulu.
Read more

Tuesday, February 10, 2009

Pemain Harapan Negara... Suatu Hari Nanti



Bakal pemain-pemain bolasepak negara yang akan dilahirkan oleh Akademi Bolasepak PNSB.



Acara 'stretching' melonggarkan urat-urat leher



Ni style baru yang diajar oleh coach.



Gaya 'jambu' bakal Kapten pasukan... bapaknya pun Kapten gak.



Jangan 'under estimate', ni Manager belum hantar buat trimming lagi nih.

Pesanan buat pengurusan dan jurulatih Akademi Bolasepak PNSB:-

1. Jangan sampai rugi meniaga.
2. Jangan main bomoh.
3. Jangan lompat kelab.
4. Jangan lambat datang mesyuarat.
5. Jangan letak jawatan.
6. Jangan lemah semangat.
7. Jangan pergi disco.
8. Jangan makan nasik lemak sampai 2 bungkus.
9. Jangan mintak cuci kereta free.
10. Jangan malas jogging.
11. Jangan me'manchester united'kan kelab.
12. Jangan suruh pemain-pemain ikut pemain Malaysia.
13. Jangan sebut perkataan 'siam' atau 'utara' depan pemain-pemain.
14. Jangan bawak 'henfon' dalam padang.

Dan yang paling utama... JANGAN PANDANG BELAKANG. Biarkan pencinta wanita frust menonggeng akibat kena tinggal, biarkan ahli politik tinggalkan masyarakat sebab nak kejar jawatan, biarkan pemancing termenung sebab dapat sepat lepas 3 jam mancing, biarkan bonet keta tak ber'repair' sebab takde keta 'spare', biarkan kasut pecah sebab nak tunggu Pakcob sponsor, biarkan cameraman bengang sebab lampu stadium malap, biarkan boss marah sebab padang tak roll... tapi JANGAN PANDANG BELAKANG.

Majulah sukan untuk negara.
Read more

Friday, February 6, 2009

Politik di Perak



Kesian rakyat Perak... yang menjadi penentu siapa memerintah Perak adalah orang-orang yang masih di dalam pendakwaan kes rasuah. Bak kata Che Det... diaorang masuk BN pun tak menambah kualiti BN... diterima pun, bila kes disebut di mahkamah dan kebetulan menang... orang kata BN pengaruhi mahkamah. Rasanya BN bukanlah parti yang menyokong rasuah kan... kesian Jawatankuasa Disiplin UMNO... nak kena siasat pulak ahli baru ni... apa pulak agaknya cadangan Tengku Ahmad Rithauddean. Mungkin agaknya dia cadangkan Kelab Penyokong UMNO untuk sesiapa yang suka melompat... ye la, nak dakwa manjang takde bukti. Nak buang, Presiden kata cadangan tak sesuai.

Nampaknya pilihanraya akan datang akan ada sayap parti baru.... Cap Katak.


Read more

Wednesday, February 4, 2009

BN ambilalih Kerajaan Negeri Perak




BN dah ambilalih Perak setelah 2 orang ADUN dari PKR dan seorang dari DAP mengumumkan bahawa mereka telah keluar parti dan menjadi ahli bebas... itu dakwa Najib. PR pula kata, Nasarudin telah masuk parti semula dan masih tunggu keputusan Sultan Perak membubarkan DUN Kerajaan Negeri.

Mana satu yang betul nih.
Read more

DUN Perak Bubar?



MB Perak dah umumkan pembubaran DUN Perak dan sedang menghadap Sultan Perak untuk meminta perkenan Baginda. Sehingga saat ini, masih tidak diketahui samada Sultan Perak memberi perkenan atau tidak. Rakan-rakan yang berada di Perak pun tidak dapat memastikan sebarang maklumat dari istana. Sama-sama kita tunggu.

Nampaknya terpaksalah rakyat Perak keluar membuang undi lagi. (Kena buang duit lagi nak buat persediaan pilihanraya negeri disebabkan 'keras kepala' dua tiga orang ADUN). Tapi kenapa pulak Pakatan Rakyat suruh wakil mereka tandatangan surat perletakan jawatan awal-awal kan... takut bertukar kerajaan la kot. UMNO masuk PR boleh pulak, tapi PR nak lompat ke UMNO... kena bubar DUN terus. Macam dah cerita Sadiq Sigaraga... 'ayahanda marah takde apa-apa'... 'kalau anakanda marah, seluruh harta anakanda, ayahanda rampas'.



Rakyat jugak jadi mangsa... hish. Siapalah jadi tuan penasihat 20 persen nih.
Read more

Monday, February 2, 2009

Harga Gula Naik



Harga gula pulak naik lepas ni. Shahrir kata 80-90 peratus gula kita diimport dan kebetulan pula kontrak beli gula dah tamat, jadi kenalah buat kontrak baru dengan harga baru yang tinggi sedikit dari harga lama. Harga lama kurang lebih RM1.45 sekilogram dan kalau kerajaan diminta kekalkan harga gula pada paras lama maka kerajaan harus memberikan subsidi. Gula tidak pernah diberikan sebarang subsidi oleh kerajaan. Shahrir tambah lagi, jika harga gula akan dinaikkan maka ianya akan dinaikkan secara berperingkat.

Gawat ni, macam-macam hal boleh jadi disebabkan gula ni:-
  1. Harga barang makanan lain yang berasaskan gula pasti naik juga.
  2. Bila Shahrir kata naik berperingkat, bermakna harga baru gula adalah tinggi. Tak mungkin naik 5 sen sahaja sebab tidak munasabah naikkan harga gula 1 sen setiap 3-4 bulan.
  3. Siapa yang pegang AP gula ni jika ada AP diperlukan?.
  4. Berapa banyak syarikat yang memonopoli pengimportan gula yang boleh menyebabkan harga dimanipulasi oleh mereka?
  5. Lepas ini tentu akan diadakan kempen dan promosi besar-besaran tentang bahaya gula. Siapa pula dapat kontrak buat iklan ni nanti?
  6. Mungkinkah ada pengilang gula di Malaysia yang enggan menjual gula di pasaran tempatan sebaliknya rela menjual ke luar negara pada harga yang lebih tinggi?
  7. Jika kerajaan ada memberikan banyak subsidi kepada pengilang gula di Malaysia dalam bentuk galakan pelaburan, subsidi harga dan taraf monopoli, bukankah tidak adil jika syarikat tersebut menjual gulanya ke pasaran luar negara dan membiarkan harga di pasaran tempatan tinggi?
  8. Tidakkah kerajaan terfikir untuk mengambilalih kilang-kilang gula ini kerajaan ianya adalah barang keperluan yang penting? Malaysia boleh hantar seorang penumpang ke angkasa lepas yang menelan belanja hampir RM100 juta, takkan tak boleh 'hendel' hal gula kot.
  9. Daripada bina satu lagi lapangan terbang sehingga RM1.6 billion, lebih baik dibangunkan industri makanan. Bukankah kerajaan sendiri habiskan duit buat kempen... 'Pertanian Adalah Perniagaaan'. Rasanya banyak lagi tanah-tanah yang terbiar di seluruh negara.
  10. Berita BERNAMA bertarikh 3 April 2008 dulu ada melaporkan Shahrir berkata... 'kerajaan boleh mengatasi masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga barangan menerusi langkah mengimport barangan berkenaan'. Tapi sekarang bila nak import, dah kena harga baru pulak, nampaknya salah juga strategi... atau BERNAMA tersalah lapor?
  11. Beberapa tahun dulu pernah dilaporkan permintaan gula di Malaysia adalah sekitar 900,000 tan sahaja berbanding keupayaan pengeluaran sebanyak 1.3 juta tan. Apakah perkara yang sama berlaku sekarang ini akibat dari manipulasi pengeluar-pengeluar gula? Nasib baik IJN tidak diambilalih oleh Sime Darby, jika tidak tentu perkara yang sama akan berlaku apabila harga rawatan dinaikkan dengan berbagai alasan yang menyebabkan akhirnya rakyat juga yang mengalah.
  12. Pernah juga dulu dilaporkan harga gula di utara tanahair tidak stabil akibat kekurangan bekalan dan akhirnya dipersalahkan KTM Berhad kerana keretapi lambat hantar gula. Rakyat juga yang kena tanggung akibatnya.
  13. Tidak bolehkah dikenakan penalti yang berat ke atas pengilang-pengilang gula tempatan sekiranya mereka tidak memenuhi permintaan gula tempatan sedangkan mereka mampu berbuat demikian, setiap tan gula yang dieksport akan dikenakan cukai berlipat ganda?
Mahu atau tidak, rakyat terpaksa mengurangkan penggunaan gula. Lagipun penggunaan gula berlebihan akan memudharatkan kesihatan. Tapi Kementerian Shahrir Samad pun janganlah asyik keluar suratkhabar cerita pasal naik turun harga sahaja... 'takkanlah manis kata di bibir sahaja'. Ekonomi makin gawat ni Pak Shahrir... rakyat kalau dapat 'gula-gula' sikit pun jadilah, mungkin boleh cadangkan pada Bakal Perdana Menteri... kurangkanlah sikit cukai pendapatan rakyat tahun 2009 ni... ramai pengundi BN tahun lepas minta tolong... takkanlah sampai 'habis madu sepah dibuang'. Nanti rakyat cari gula melaka pulak buat ganti madu.
Read more

Lompat Si Katak Lompat


Kena lagi rakyat... ADUN mereka lompat parti pulak. Penat-penat mereka keluar mengundi, 2-3 minggu berdebat dekat kedai kopi nak undi calon mana. Tak kurang juga sampai yang tidak bertegur sapa. Bila dah undi, ADUN mereka pulak main lompat katak. Rasanya kalau ada yang teringin juga, eloklah letak jawatan ADUN secara terhormat dan biarlah rakyat pilih semula wakil mereka.

Tapi nak buat pilihanraya kecil, kos besar juga tu. Mungkin kena fikirkan satu garis panduan, sesiapa yang lompat parti atau menyebabkan pilihanraya kecil diadakan tanpa alasan munasabah, harus dikenakan penalti... mungkin boleh difikirkan.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...